Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 17, 2024 @ 11:26am

Beri Hadiah Telekung Bernilai RM12,000 Kepada Isteri, Usahawan Ambil Positif Teguran Mufti – “Tak Nak Jawab Di Akhirat Nanti”

Selepas tular berita mengenai tindakan seorang suami yang juga merupakan pengasas dan pempengaruh media sosial, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman yang sanggup  membelanjakan wang sebanyak RM12,000 bagi menghasilkan telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski buat isterinya, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor tampil menegur tindakan berkenaan.

Menurut, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, dia mengingatkan supaya apa yang lagi penting adalah  menjaga kualiti ibadat dan tidak mensia-siakanya dengan perasaan riak yang boleh menghilangkan pahala ibadat.

Malah,  Allah SWT tidak menilai hamba-Nya berdasarkan rupa paras, pangkat kebesaran atau pakaian yang menghiasi dirinya, tetapi ketakwaan dan komitmen terhadap segala yang diperintahkan.

Tambah Wan Salim lagi, bersikap riak dan menonjol keistimewaan diri kepada orang lain merupakan sejenis penyakit hati yang perlu dirawat segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiahkan Isteri Telekung Bernilai RM12,000, Pengasas Jahit Sendiri & Hias Dengan 5,000 Swarovski

Bagaimanapun, tidak melatah dengan teguran yang diberikan, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman menerima teguran tersebut dan berlapang dada dengan pendapat yang diberikan Mufti.

Katanya, dia tidak tersinggung jauh sekali berkecil hati sebaliknya mengambil positif teguran itu kerana ia datangnya daripada ahli agama yang disegani ramai.

“Selama ini kita melihat mufti beri teguran kepada rakan artis dan orang lain, tak sangka kita pun terkena sekali jadi terkejutlah juga.

“Tapi saya hargai teguran itu kerana anggap ia membina untuk kita sentiasa beringat supaya jangan ada penyakit hati, riak dan meninggi diri.

“Saya akan cuba perbaiki diri, jauhi sifat riak dan bangga diri kerana tak nak kena jawab di alam sana (akhirat) nanti,” ulasnya.

Selain itu, dia menegaskan bahawa apa yang dimuat naik di TikTok sebelum ini sekadar perkongsian sebahagian kehidupan seharian untuk disimpan sebagai kenangan.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Jan 2026

Siti Nurhaliza Nasihat Wanita 40-an Buat ‘Weight Training’, Sambil Bersukan Ajak Peminat Nyanyi Lagu Kesuma

Menurut Siti, senaman beban penting bagi membantu menguatkan tulang dan memastikan tubuh kekal sihat seiring peningkatan usia.

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

BTS Will Finally Make Their Comeback on April 18th!

They’re also releasing another album. ARMYs are going crazy!

Trending Mon, 7 Dec 2020
Hiburan Sun, 2 Oct 2022
Featured Mon, 13 Apr 2020

Pesakit COVID-19 tanpa gejala dan sporadik umpama bom jangka

Fasa tiga PKP penting bagi hentikan COVID-19

Featured Sat, 18 Mar 2023
Featured Tue, 2 Sep 2025

“Kawan-Kawan Yang Hilang & Tak Lagi Bersama Saya Adalah Berkat Dari Doa Yang Allah Kabulkan” – Fazura

Fazura akhirnya menjawab persoalan mengenai hubungan bersama teman-teman rapatnya.

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Black Kongsi Nama Anak Melalui Video Pendek

Cahaya mata keduanya itu dilahirkan dengan berat 2.88kg diberi nama Rindu Dayyana

Hiburan Wed, 24 Oct 2018
Featured Mon, 30 Dec 2024

Raysha Rizrose Selamat Timang Bayi Perempuan

Pelakon Raysha Rozrose dan suami selamat timang bayi perempuan.

error: Content is protected !!