Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 21, 2020 @ 11:00am

Beri Isyarat Lucah Dan Tendang Pekerja Wanita Foodpanda, Lelaki Ini Bakal Didakwa

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat memaklumkan, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan isyarat yang mengaibkan kehormatan kepada pekerja wanita Foodpanda terbabit.

Kejadian yang berlaku di Bandar Puteri, Puchong semalam menyebabkan lelaki yang menunjukkan isyarat lucah dan menendang pekerja penghantar makanan itu akan didakwa hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat

” Menerusi laporan polis dibuat wanita itu, kita jalankan siasatan dan kertas siasatan sudah dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya hari ini dan arahan telah dikeluarkan untuk menuduh lelaki itu

Namun, pihak polis masih menjalankan siasatan ke atas laporan yang di buat oleh lelaki berkenaan.

Ini kerana, pihaknya dimaklumkan mengenai beberapa berita palsu yang tular di media sosial berhubung kejadian berkenaan tuduhan mengatakan pihak polis tidak menjalankan siasatan.

“Perlu diingatkan perbuatan itu adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998” Katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Mar 2026

“Tak Pernah Rasa Ada Gambar Keluarga Lengkap…” – Emma Maembong Kekalkan Raya Sedondon Dengan Bekas Suami Demi Momen Manis Anak-Anak

Emma berkongsi pengalaman zaman kecilnya yang pernah berdepan situasi tidak memiliki gambar keluarga yang lengkap

Hiburan Sat, 12 Nov 2022

“Tajam Sangat Ke Bahu Saya Bang?” – Gelagat Aedy Ashraf & Peminat Buat Netizen Terhibur

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon Aedy Ashraf yang sering kali membuat ramai tak keruan melihat ketampannya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik seorang pengguna TikTok iaitu @nis4s0 yang merakamkan aksinya sedang bergambar […]

Trending Sat, 12 Dec 2020
Hiburan Tue, 18 Apr 2023
error: Content is protected !!