Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops December 25, 2018 @ 5:00pm

Beribu Orang Kunjungi Bandar Artik Ini Setiap Tahun Untuk Melawat ‘Perkampungan’ Santa Claus!

Pernah tak anda terfikir, ke mana Santa Claus akan pergi setelah dia tamat mengelilingi dunia dan menghantar hadiah pada malam Hari Krismas?

Samalah macam orang dewasa lain – dia kena balik ke pejabat. Hmm… tapi di mana ya?

The Santa Claus Village yang terletak di Rovaniemi, Finland, adalah lokasi bagi pejabat dan perkampungan Santa yang dibuka sepanjang tahun.

Di sinilah juga seorang pelakon yang fasih dalam pelbagai bahasa, akan dress up sebagai Santa Claus untuk menjalankan tugas penting iaitu berjumpa dengan ribuan peminat serta menyebarkan rasa gembira.

Beribu-ribu orang mengunjungi tempat ini yang diselaputi salji. Jom tengok apa yang ada sini pada musim Krismas.

Foto: Reuters/Pawel Kopczynski

Bagi anda yang tak tahu, Rovaniemi telah musnah teruk akibat Perang Dunia Kedua, menurut laman web pelancongan bandar tersebut.

Tapi pada 1950, isteri kepada bekas presiden Amerika, Eleanor Roosevelt telah melawat untuk melihat sendiri usaha-usaha pemulihan kawasan itu.

Sebelum dia tiba, pihak berkuasa telah membina sebuah kabin di utara bandar itu, betul-betul di garisan Artik. Kabin ini masih berdiri kukuh di Santa Claus Village pada hari ini.

Foto: Santa Claus Village

Watak ‘Santa Claus’ pula diwujudkan beberapa dekad kemudiannya. 

Menurut lagenda, rumah asli Santa terletak di sebuah lokasi rahsia yang terpencil di Finland; hanya sesetengah orang yang terpilih saja yang tahu di mana.

Foto: Reuters/Pawel Kopczynski

Jadi pada 1985, “Santa” – dengan bantuan pihak berkuasa tempatan – membuat keputusan untuk mendirikan sebuah penjabat terbuka, betul-betul di kabin di Rovaniemi.

Di sini, dia berpeluang untuk berjumpa dengan kanak-kanak di sepanjang tahun, dan juga menarik minat ramai pelancong ke kawasan ini.

Tak lama selepas itu, perkampungan ini mula beroperasi, dan pada 2010, akhirnya ia digelar sebagai perkampungan rasmi bagi Santa Claus.

Foto: Reuters/Pawel Kopczynski

Tarikan utamanya adalah semestinya peluang untuk berjumpa dengan Santa. Lebih kurang 300,000 pengunjung datang ke sini setiap tahun.

Kanak-kanak yang datang boleh pulang dengan ‘bukti’ pengalaman penuh magis ini. Di sini anda boleh dapatkan sijil yang membuktikan bahawa anda betul-betul telah berjumpa dengan Santa yang sebenar.

Foto: Alexander Hassenstein/Getty Images

Tapi bagi mereka yang tak berkesempatan untuk terbang ke Finland, tulis surat pun boleh. Setiap tahun, lebih daripada separuh juta kanak-kanak telah mengutuskan surat kepada pejabat pos rasmi Santa Claus, di mana sekumpulan elf akan mengasingkannya mengikut negara.

Foto: Pawel Kopczynski/Reuters

Satu lagi tarikan popular adalah sleigh ride dan lawatan ke ladang reindeer. Tapi pengunjung diberitahu awal-awal yang hanya Santa saja yang layak menggunakan reindeer yang boleh terbang.

Ini adalah kerana “ia memerlukan skil memandu cekap yang mengambil masa berkurun lamanya untuk master”. Wah!

Foto: Pawel Kopczynski/Reuters

Mereka yang suka musim sejuk boleh menyewa bilik di hotel igloo di sini. Ia dihiasi dengan ukiran imej Santa dan sepasukan reindeer yang sedang terbang di langit.

Foto: Pawel Kopczynski/Reuters

Restoran Kotahovi pula menghidangkan masakan tradisional bagi Lapland, kawasan paling utara di Finland. Selain itu ada juga live music!

Foto: Pawel Kopczynski/Reuters

Teringin nak lihat sendiri bagaimana rupanya perkampungan Santa Claus? Lawati laman web ini. 

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 16 Sep 2018

Penggemar Sukan Berbasikal, Ini Tip Pemakanan Sihat Untuk Anda

Amalkan pemakanan ini untuk pecutan yang luar biasa!

Sihat Mon, 19 Nov 2018

Jangan Ambil Makanan Ini Kalau Tak Nak Sakit ‘Parah’ Ketika PMS!

Kalau salah makan, perut anda akan mengalami kekejangan yang teruk!

Sihat Sun, 21 Oct 2018

Jangan Sambil Lewa Kepentingan Vaksin, Pastikan Anak Anda Mendapatkan Suntikan Ini!

Suntikan vaksin dapat mengurangkan dan membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal, tetanus dan difteria.

Sihat Thu, 7 Nov 2019

3 langkah mudah kenal pasti strok

Akronim STR boleh selamatkan nyawa pesakit strok

Featured Fri, 25 Oct 2019

Pengambilan vaksin halal atau haram? Ini jawapannya

Pertimbangan berdasarkan maqasid syariah

Featured Thu, 6 Feb 2020

10 cara berkesan untuk kuruskan badan, nombor 10 paling mudah!

Tanpa perlu senaman keterlaluan atau kurangkan makan 

Sihat Sun, 17 Mar 2019

Anak kerap sakit? Ini punca utamanya

Ibu bapa perlu lebih prihatin!

Featured Mon, 20 Apr 2020
Featured Sat, 25 Apr 2020

Awas jangkitan malaria, cegah sebelum menjadi wabak

KKM sasar sifar malaria sempena Hari Malaria Sedunia

Featured Wed, 18 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan mungkin dilanjutkan

Kerjasama setiap rakyat dapat kekang penularan COVID-19

error: Content is protected !!