Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd August 18, 2020 @ 1:29pm

Berkelulusan Universiti Princeton, Kerabat Pahang Ini Dikagumi Ramai

Kerabat raja Pahang sentiasa mencuri tumpuan ramai dengan personaliti, ketampanan dan keistimewaan masing-masing.

Mungkin kelibat baginda di khalayak ramai tidak mendapat liputan meluas seperti Tengku Mahkota Pahang, namun persona Tengku Temenggong Arif Pahang ini mula mencari tumpuan ramai apabila Baginda dilihat aktif dalam aktiviti-aktiviti kebajikan dan menjadi pendukung utama Sultan Ahmad Shah Environment Foundation.

Pernah Menuntut Di Kolej Yang Sama Dengan Putera William, Eton College

Tengku Temenggong Arif Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah pernah menuntut di Kolej Eton, kolej yang sama pernah dihadiri oleh pewaris raja Britain, Putera William.

Putera raja berusia 26 tahun ini kemudiannya menamatkan pengajian di salah satu Universiti berstatus Ivy League, Princeton University.

Mempunyai minat mendalam terhadap alam sekitar, sukan bola sepak

Atas sumbangan dan minat Baginda terhadap alam sekitar, Tengku Fahd pernah menerima Anugerah Kepimpinan Antarabangsa dalam Pemuliharaan Hutan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Limkokwing (Limkokwing) 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Baginda juga merupakan pengasas bersama Tabung Amanah Alam Sekitar Sultan Ahmad Shah dengan bondanya Sultanah Kalsom dan menjadi pengerusi di TAT Alliance Services Sdn Bhd.

Bukan sahaja aktif dalam kebajikan alam sekitar, malah baginda mempunyai minat mendalam terhadap sukan bola sepak dan menjadi penaung utama kepada pasukan bola sepak, Pahang Rangers.

Semoga Tengku Fahad sentiasa menjadi contoh “real life prince charming” di luar sana!



Baca artikel berkaitan :Anaknda Agong Terima Darjah Kebesaran, Curi Tumpuan Ramai Dengan Kecantikan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 18 Jun 2022

Fizo Omar & Wak Doyok Dihentam Netizen Gara-gara Promosi Forex – “Tolonglah Bertaubat! Menyampah Tengok Iklan..”

Hmm no komen la kan sebenarnya ramai je main Forex ni betul tak? Doa je la baik baik 😅

Featured Tue, 29 Apr 2025
Hiburan Fri, 11 Oct 2024
Hiburan Thu, 28 Apr 2022

Selepas 34 Tahun, Tiz Zaqyah Bertemu Abang Kandung Buat Pertama Kali

Tiz Zaqyah pertama kali jumpa abang kandung

Hiburan Sun, 7 Jul 2024

[VIDEO] Tindakan Spontan Datuk Red Cium Kepala Adira Suhaimi Buat Ramai Terkejut

Masih dalam iddah lagi kan? Datuk Red terlebih semangat tu

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Trending Thu, 25 Feb 2021
Trending Thu, 27 Aug 2020

Larangan Rentas Daerah Di Kedah

Kita tunggu jelah keputusannya nanti okay!

error: Content is protected !!