Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 18, 2025 @ 7:11pm

Berlakon Karya Bertemakan Ajaran Sesat, ‘Langit Ke Tujuh’ Naskhah Pertama Nora Danish Selepas Tampil Dengan Imej Bertudung

Drama bersiri Langit Ke Tujuh merupakan naskhah lakonan pertama aktres Nora Danish selepas tampil dengan imej bertudung.

Menurut Nora, dia menerima tawaran terbabit kerana watak menarik yang bersesuaian dengan imej baharunya.

“Langit Ke Tujuh merupakan karya pertama lakonan saya selepas tampil dengan imej berhijab. Karya ini mengangkat jalan cerita ajaran sesat serta pengikutnya.

“Karakter sebagai Kalsom agak berat tetapi wataknya sesuai dengan penampilan baharu saya. Naskhah mengenai ajaran sesat ini sangat menarik namun saya dan pelakon lain sering berhati-hati,” katanya.

Dalam pada itu, Nora juga teruja kerana dapat bergandingan dengan pelakon berbakat besar lain seperti Zamarul Hisham, Farahdhiya, Faezal Elai dan Chacha Maembong.

“Barisan pelakon drama bersiri Langit Ke Tujuh pun sangat berbakat dan hebat-hebat belaka. Ia membuatkan saya teruja untuk membintanginya.

“Saya berharap orang ramai dapat mengambil pengajaran jalan cerita drama bersiri Langit Ke Tujuh ini,” kata Nora lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Sinopsis Langit Ke Tujuh

Ayah Abdul (Zamarul Hisham), seorang pemimpin berkarisma yang mengetuai Tanah Surgo, sebuah komuniti pemujaan agama. Ayah Abdul menganggap dirinya sebagai penyelamat dunia dengan bimbingan dan ajarannya.

Pengikut Tanah Surgo malah percaya tempat itu adalah jalan mereka menuju Tuhan dan syurga, sehingga sanggup mempertahankannya walau apa jua perkara yang melanda.

Ayah Abdul memiliki tiga orang isteri iaitu Kalsom (Nora Danish), Zaynab (Farahdhiya), dan Suhana (Faezah Elai). Namun, kedatangan seorang wanita muda, Zahara (Chacha Maembong), yang terpengaruh untuk menjadi isteri keempat, mencetuskan perubahan.

Setelah mengetahui realiti di Tanah Surgo, Zahara sedar bahawa amalan yang diajarkan di sana sebenarnya menyimpang daripada agama. Zahara lantas berusaha untuk mendedahkan segala kegiatan di sebalik kepercayaan yang menyesatkan itu.

Pada masa yang sama, seorang pemuda bernama Yusuf (Nafiz Muaz) pula memasuki Tanah Surgo untuk meluangkan masa bersama ibunya, Mak Ina (Datuk Fauziah Nawi), setelah lama berpisah.

Namun, hari demi hari, Yusuf mula menyaksikan banyak kejanggalan yang membuatkannya berasa ragu-ragu. Melihat ibunya yang semakin terpengaruh oleh ajaran Ayah Abdul, Yusuf bertekad untuk menyelamatkannya, meskipun harus berdepan dengan pengaruh kuat yang sukar dilawan.

Apa yang menanti setiap watak yang terpalit dalam dunia Langit Ke Tujuh ini? Adakah mereka mampu mendedahkan kebenaran di sebalik ajaran sesat Tanah Surgo serta menghentikan pengaruhnya sebelum terlambat?

Bersediakan penonton untuk menyelami pengalaman hiburan yang melangkaui batas imaginasi, membuat mereka tertanya-tanya, adakah perkara ini benar-benar wujud dalam realiti?

Saksikan Langit Ke Tujuh, bermulai 23 Januari 2025, setiap Isnin dan Khamis, eksklusif hanya di Tonton. Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Oct 2018

The Taller You Are, the More Likely You’ll Have Cancer!

Being short is pretty good after all…

Trending Tue, 17 Apr 2018

Lama Menyepi, Syamel Kini Berat Sebelah!

Selain itu, dia juga dilabel ‘pilih bulu’ kerana hanya membuat persembahan yang boleh menaikkan namanya sahaja. Namun, Syamel telah tampil menjelaskan hal yang sebenar.

Featured Thu, 24 Mar 2022

Pelan Perlindungan Insurans Sehingga RM10,000 Akibat Kematian Isi Rumah – PM

Semoga dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Perlekeh Kanak-Kanak Tak Tahu Berbahasa Inggeris, Maya Karin Kena Hentam Teruk Di Twitter?

Apapun, niat Maya itu baik cuma cara menegur itu perlu dibetulkan barangkali?

Trending Thu, 17 Dec 2020
Featured Mon, 15 Jul 2024
Featured Mon, 22 Dec 2025

Alha Alfa Tegur Netizen Luah Kata Kesat Pada Zara Zya – “Please Diam! Boleh Down Orang Yang Ada Kanser Baca”

Datuk Alha Alfa, tampil menegur sikap segelintir netizen yang tidak berlapik melontarkan kata-kata kesat melibatkan isu penyakit serius.

error: Content is protected !!