Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 13, 2025 @ 12:57pm

Bermula Dari Novel Ke Siri TV, Kini Diangkat ke Layar Perak.. Filem ‘Gantung: Musketeer Code’ Bakal Ditayangkan 5 Jun Ini!

Selepas tujuh tahun mengumpul cult following tersendiri, karya adaptasi popular Gantung akhirnya muncul dalam bentuk filem berjudul Gantung: Musketeer Code yang bakal menghantui layar perak bermula 5 Jun 2025!

Bagi peminat tegar novel Gantung tulisan Nadia Khan dan drama bersiri yang pernah disiarkan sekitar 2018 dulu, filem terbitan Neddo Works ini pastinya jadi ‘penutup buku’ yang ditunggu-tunggu.

Menariknya, Nadia bukan saja kembali sebagai penulis dan pengarah, tetapi juga selaku penerbit filem.

Menurut Nadia, filem ini lahir atas sokongan kuat peminat yang tak pernah berhenti bertanya tentang penamat kisah empat sekawan popular iaitu Gibbs, Ray, Troll dan KJ.

“Kami sendiri terharu bila lihat ramai yang betul-betul mahu cerita ini diangkat ke layar perak. Ia bukan sekadar nostalgia, tapi seolah-olah mewakili suara anak muda,” katanya.

Untuk menjayakan projek ini, pihak produksi menggerakkan usaha crowdfunding sejak Januari 2020 dan berjaya mengumpul lebih RM200,000 hasil jualan buku, t-shirt dan barangan eksklusif.

Namun, pandemik Covid-19 menyebabkan proses penggambaran tergendala sebelum berjaya disambung semula pada hujung 2023.

Filem ini dibintangi pelakon asal seperti Ikmal Amry, Hafreez Adam dan Brandon Salim (Indonesia). Manakala watak Gibbs dan Farah yang dulunya dimainkan oleh Randy Pangalila dan Mentari de Marelle kini digantikan dengan Ben Amir dan Shazia Rozaini.

Turut membuat menjayakan filem ini ialah Sofia Jane, Bront Palarae, Taufiq Hanafi, Nelissa Nizam serta penampilan khas beberapa pelakon berbakat tempatan.

Tak Tonton Drama? Tak Baca Novel? Masih Boleh Faham Filem Ini!

Menurut Nadia, filem Gantung: Musketeer Code berdiri dengan kisahnya sendiri dan boleh ditonton tanpa perlu mengikuti versi drama atau novel.

“Filem ini adaptasi novel pertama. Jadi, walaupun ada elemen berbeza, semangat asal cerita tetap saya kekalkan,” katanya.

Mengangkat tema persahabatan, trauma remaja dan tekanan sosial, Gantung: Musketeer Code dijangka mencuit emosi dan memori zaman persekolahan ramai penonton, sambil menyuntik elemen misteri yang buatkan kita tak senang duduk.

File mini mengisahkan tentang Khalil, seorang pengarah filem terkenal, dipanggil pulang ke sekolah lamanya oleh rakan lama, Farah. Di sinilah kisah lama kembali menghantui dan mula terkenang tragedi 10 tahun lalu di mana Khalil (dulu dikenali sebagai Ray) bersama tiga sahabat baiknya dituduh sebagai punca seorang pelajar perempuan, Ratna, menggantung diri di auditorium sekolah.

Gantung: Musketeer Code bakal ditayangkan bermula 5 Jun 2025 di seluruh pawagam Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Peminat Kagum Hisyam Hamid Kerap Cipta Momen Bersama Anak-Anak

Hisyam Hamid akui hanya kotakan janji terhadap anak-anak, bawa mereka berjalan satu dunia

Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Pamer Kemesraan Di SAG Awards, Aksi Brad Pitt dan Jennifer Aniston Jadi Perhatian

Hari yang penuh emosi dan bersejarah bagi bekas pasangan suami isteri, Brad Pitt dan Jennifer Aniston di Screen Actors Guild Awards (SAG Awards) 2020 pagi tadi apabila Brad Pitt diumumkan sebagai pemenang Outstanding Performance by […]

Hiburan Thu, 31 May 2018

《ntv7华语新闻》新时段强势出发!

深具公信力的《ntv7华语新闻》将开创大马第一个1小时的华语新闻,将原有的两节华语新闻整拼;从6月1日起,星期一至日,下午5时至6时,播出1小时的华语新闻。

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Tahniah! Tuanku Najihah Nama Bayi Sulung Sarimah Ibrahim

Dalam entri sama, beliau memuatnaik sekeping gambar memperlihatkan wajah anaknya selepas 12 jam dilahirkan.

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

“Rakan Duet Sebenar Tarik Diri” – Bongkar Konflik Lagu ‘Yaa Hari Raya’, Ayda Jebat Bersyukur Hazama Setuju Saat Akhir

Ayda mengambil langkah berani dengan menghubungi rakan seperjuangan, penyanyi Hazama secara spontan

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Hefny Sahad Teruja Tapi Tak Berharap

Mengusik soal jodoh pula, Hefny memberitahu dia kini dalam fasa memulakan hidup baru selepas putus cinta dengan pelakon Uqasha Senrose lapan bulan lalu.

Trending Tue, 8 Sep 2020
Hiburan Tue, 6 Feb 2018

PELIK KIRIMAN ‘KASIH’ KIM KARDASHIAN

  Hari Kekasih atau Valentine’s Day selalunya disambut dengan kiriman hadiah kepada pasangan masing-masing atas rasa kasih sayang. Tetapi lain pula bagi aktres Hollywood terkenal, Kim Kardashian. Isteri kesayangan penyanyi rap, Kanye West ini nampaknya […]

error: Content is protected !!