Euforia Bola 2026
Semarak By: Ad Ops June 2, 2018 @ 8:00pm

Bersenam Ketika Di Bulan Ramadan, Perlu Atau Tak Payah? Ini Jawapannya

“Oh, memandangkan kita kena puasa, tak payahlah exercise.”

Mungkin ramai orang bersetuju dengan alasan sedemikian dan mengambil kesempatan ini untuk “berehat” daripada rutin senaman mereka. No!

Sebenarnya selagi kita berupaya, kita patut terus bersenam tak kiralah ia bulan puasa atau sebaliknya.

Kalau tak, anda akan rugi besar kerana ramai pakar kesihatan berpendapat bahawa bersenam sambil berpuasa akan membuatkan otak, saraf-saraf otak dan otot kita kekal muda secara biologinya.

Seorang doktor dari Dubai, Dr Javaid Shah berkata, “Badan kita akan terpaksa membuang lemak yang ada kerana proses itu dikawal oleh sistem saraf kita yang hanya akan diaktifkan oleh aktiviti senaman dan ketiadaan makanan dalam badan.”

Seorang jurulatih peribadi di Fitness First Gym and Health Club, yang hanya dikenali sebagai Sheu pula berkata, “Bersenam pada bulan Ramadan boleh membantu anda untuk mengawal berat badan supaya anda kekal sihat.”

Nampak tak? Kombinasi aktiviti bersenam dan berpuasa takkan memberi kesan buruk pun. Jadi anda tak perlu risau jika anda akan jatuh sakit.

Tapi ingat, ada waktu serta teknik senaman yang anda kena take note.

Foto: hmetro.com.my

Bilakah waktu paling sesuai untuk bersenam?

Dr Javaid mencadangkan selepas solat Terawikh. Itulah masa di mana badan anda sudah pun dibekalkan dengan makanan dan air yang secukupnya ketika berbuka untuk memberikan tenaga ketika anda bersenam. Untuk tambahkan lagi kekuatan anda, anda juga boleh meminum jus atau apa-apa air pada masa yang sama.

Selain itu, aktiviti senaman boleh dilakukan sejam sebelum berbuka puasa. “Dengan cara ini, anda tak perlu tunggu lama untuk mengisi balik tenaga yang badan anda perlukan.”

Apakah jenis aktiviti senaman yang sesuai?

Senaman intense yang menaikkan kadar denyutan nadi melebihi 150 seminit memang patut dielakkan, lebih-lebih lagi jika anda belum berbuka puasa. Senaman yang ringan-ringan lagi elok.

Para pakar mencadangkan aktiviti berjalan cepat (brisk walk), berjoging perlahan (slow jogging) atau aktiviti cross training seperti yoga, berenang dan berbasikal.

Selain itu, anda juga boleh bersenam dengan menggunakan peralatan gimnasium yang simple dan ringan. Kalau anda bersenam kuat-kuat, takut pengsan pula nanti!

Foto: iluminasi.com

Tapi apa yang paling penting untuk membantu anda untuk terus kekalkan rutin senaman yang sihat pada bulan Ramadan adalah diet yang seimbang dan pengambilan air yang secukupnya.

Ketika bersahur, anda digalakkan memakan makanan karbohidrat kerana ia akan membekalkan tenaga. Untuk berbuka pula, makan makanan berprotein, kerana ia akan menyegarkan kembali badan anda yang penat atau kekurangan tenaga.

Sumber: Khaleej Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 3 Mar 2020
Featured Tue, 14 Apr 2020

Formula KKM berkesan, tiada lengkungan ketara dicatat

Pemantauan berfokus bagi kawal jangkitan

Featured Mon, 27 Apr 2020

KKM tingkat keupayaan makmal bagi lakukan 22,000 ujian pengesanan COVID-19

Saringan perlu dilakukan sehingga vaksin ditemui

Featured Thu, 6 Feb 2020

10 cara berkesan untuk kuruskan badan, nombor 10 paling mudah!

Tanpa perlu senaman keterlaluan atau kurangkan makan 

Featured Wed, 3 Jun 2020

Betty Rahmad kesal tidak beri vaksin Influenza kepada bayinya

Bayinya berumur 11 bulan dimasukkan ke hospital

Featured Sat, 28 Mar 2020

44 kes positif COVID-19 sembuh dan dibenarkan pulang

Rekod harian tertinggi dicatatkan

Sihat Sat, 28 Sep 2019
Featured Mon, 9 Dec 2019

SUU Balm, produk pelembap kulit bebas SLS dan SLES

Ramai melihat perubahan selepas menggunakannya.

Featured Thu, 30 Apr 2020
Sihat Wed, 23 May 2018

Sedapnya Minuman Untuk Ibu Hamil, Confirm Bayi Sihat Dan Kulit Pun Cantik

Dalam usaha mendapatkan kandungan yang sihat dan sempurna, proses penjagaan bermula seawal pra kehamilan.

error: Content is protected !!