Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom December 9, 2019 @ 10:00am

SUU Balm, produk pelembap kulit bebas SLS dan SLES

Anda mengalami masalah keradangan kulit seperti gatal-gatal sehingga menyebabkan luka apabila digaru? Pelbagai inisiatif dilakukan untuk mengatasinya seperti mengamalkan penggunaan krim pelembap kulit yang disahkan secara klinikal tetapi masih juga belum sembuh.

Hakikatnya, tidak dapat dinafikan masalah keradangan kulit seperti ekzema misalnya, adalah sejenis penyakit yang kekal dan tiada penawarnya.

Ia akan kembali jika kulit penghidapnya terdedah kepada keadaan kering, bagaimanapun ia bukanlah sejenis penyakit berjangkit.

Tetapi boleh dikurangkan dengan rawatan yang konsisten, penggunaan produk yang betul serta penjagaan makanan.

Bercakap mengenai produk, sekiranya sesuatu produk itu disahkan secara klinikal tidak semestinya anda perlu mempercayainya bulat-bulat.

Sebagai pengguna yang bijak, sebaiknya lakukan sedikit rujukan mengenai bahan yang digunakan. Perhatikan pada belakang tube atau botol ubat, sama ada tertera perkataan SLS atau SLES.

Biasanya perkataan ini berada dibahagian kandungan bahan dan terlalu kecil. Tetapi itu bukan alasan untuk anda tidak mengkajinya.

 Apa itu SLS dan SLES?

Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulfate (SLES) merupakan bahan kimia yang terbukti secara klinikal mendatangkan kerengsaan pada kulit.

Penggunaan bahan ini masih berleluasa kerana bahan ini murah dari segi kos. Berbeza dengan produk yang berasaskan bahan-bahan organik harganya lebih tinggi kerana ia sumber asli, sukar diperoleh dan terkawal.

Peranan SLES dan SLS ini adalah untuk membersihkan kulit dengan cara mengikis iaitu membuang lapisan minyak semula jadi pada kulit. Antara kesan efektifnya sebaik anda menggunakan sabun atau mencuci muka, kulit akan berasa tegang.

Bagaimana kesannya terhadap kulit?

Kesannya adalah iritasi kulit terutamanya kepada bayi dan mereka yang menghidap ekzema. Bahan ini juga memberi kesan terhadap mata apabila anda mengalami pedih mata selepas terkena buih daripada sabun berkenaan. Manakala kesan penggunaan untuk jangka masa panjang ialah katarak.

Katarak, penyakit apakah itu?

Foto: idn.times

Katarak atau penyakit selaput mata, biasanya berlaku dalam kalangan orang dewasa, namun ia juga boleh menyerang kanak-kanak yang biasa dikenali sebagai katarak kongenital.

Katarak adalah lensa mata yang keruh atau berkabut berbanding lensa mata sihat yang jernih. Lensa mata yang keruh akan mengganggu laluan kemasukan cahaya untuk sampai ke retina seterusnya mengakibatkan pesakit menghadapi masalah penglihatan kabur, imej berganda, gangguan penglihatan warna dan masalah melihat cahaya terang atau silau.

Antara masalah lain?

Bukan itu sahaja, malah bahan SLS dan SLES ini juga  boleh merosakkan folikel rambut dan menggalakkan keguguran rambut.

Contohnya, setiap kali anda menyikat rambut sebaik disyampu pasti kelihatan banyak rambut yang gugur. Lebih membimbangkan apabila kedua-dua bahan kimia (SLS dan SLES) diserap oleh kulit, ia akan berfungsi sama seperti hormon estrogen dalam badan manusia lalu menyebabkan:

  1. PMS dan simptom menopaus
  2. Mengurangkan kesuburan lelaki
  3. Meningkatkan kebarangkalian penyakit kanser pada golongan wanita seperti kanser payudara

Jika anda mempunyai masalah keradangan kulit, ini adalah produk terbaik untuk anda?

Pernah mendengar jenama Suu Balm, iaitu produk pelembab kulit secara menyeluruh terbaharu di pasaran? Produk yang dibangunkan oleh National Skin Centre (NSC), Singapura bukan sahaja bebas SLS dan SLES malah ianya bebas steroid.

Mula dijual di Singapura pada 2015, Suu Balm memperkasakan jenamanya dengan menembusi masuk pasaran negara-negara Asia lain termasuk Malaysia.

Di Malaysia, jenama ini sudah pun melewati usia hampir dua tahun dan dijual secara ekslusif di Watson. Produk meganya yang laris terjual adalah Suu Balm Itch Relieving Moisturising Cream dan SUU BALM Dual Cooling & Moisturising Cream Body, yang turut dihasilkan untuk kegunaan kanak-kanak.

Menurut  Dr John O’Shea selaku Pengasas Bersama Suu Balm, kebelakangan ini ramai yang membincangkan mengenai produk asli dan organik. Walau bagaimanapun, apabila berbicara mengenai krim atau produk, definisi organik tidak semestinya sahih.

“SLS dan SLES dikenali sebagai surfactants dalam bahasa saintifik iaitu bahan yang digunakan untuk membersih. Sama ada sabun pencuci badan mahupun sabun pencuci pinggan mengandungi bahan ini kerana ianya membantu untuk melarutkan minyak dan membilas menggunakan air.

“Namun begitu, kajian mengatakan bahawa bahan SLS adalah terlalu keras untuk kulit. Sebahagian daripada kandungan yang melindungi kulit adalah minyak yang dihasilkan daripada badan. Jadi apabila minyak dihapuskan oleh bahan SLS, ianya akan mendedah kulit kepada persekitaran makanya tidak bagus terutama sekali untuk penghidap ekzema.

“Seperti yang saya telah katakan, dalam situasi tersebut liang anda akan lebih terbuka membuatkan kulit perlu lebih banyak pelindungan,” katanya.

Dalam senario sebegitu, ianya sangat jelas bahawa produk yang mengandungi bahan yang terlalu kuat seperti SLS atau SLES patut dielak.

Saranan kepada pengguna, berhati-hati memilih produk. Bertukar lah kepada Suu Balm, kerana ia dijamin selamat!

Foto: Olympus Digital Camera

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Aug 2023

“Moga Yang Paling Buruk Sebenarnya Yang Terbaik Untuk Kami”- Batalkan Pernikahan Dengan Syafiq Kyle, Mimi Lana Luah Perasaan

Pelakon jelita, Mimi Lana reda di atas dugaan yang menimpa hubungannya bersama pelakon, Syafiq Kyle apabila terpaksa membatalkan pernikahan mereka yang cuma berbaki satu minggu sahaja lagi. Mimi menerusi hantaran di Instagram miliknya seakan meluahkan […]

Featured Wed, 1 Apr 2020
Featured Wed, 15 May 2024
Featured Thu, 25 Nov 2021
Featured Wed, 1 Dec 2021

Robot Hidup Pertama Di Dunia Kini Boleh Membiak

Saintis Amerika Syarikat yang sebelum ini telah pertama kalinya mencipta robot hidup dipanggil Xenobots memberitahu, robot itu kini boleh membiak. Pembiakkannya dikatakan tidak sama seperti cara pembiakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang kita biasa lihat. Xenebots […]

Featured Wed, 22 Mar 2023

“Saya Tak Pernah Walau Sekali Pukul Dia” – Syamsul Yusof

Saya terpinga-pinga bila tahu dia buat dakwaan itu – Syamsul

Featured Wed, 1 Dec 2021

Gara-Gara Susah Cari Jodoh, Pemuda Tekad Merisik Rakan Sekerja

Bercakap soal jodoh, ia memang tidak dapat diramalkan. Rupa-rupanya tanpa kita sedari, orang yang ada di depan mata kita sebenarnya adalah jodoh kita. Sebab itulah orang tua selalu berkata, jangan gaduh-gaduh sangat, takut lama-lama nanti […]

error: Content is protected !!