Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops May 13, 2019 @ 10:00am

Betulkah mencuci muka selama 60 saat akan jadikan kulit lebih sempurna? Ini jawapannya

Bagi mereka yang tidak dikurniakan  kulit yang mulus, halus, lembut dan gebu, apa jua helah kecantikan pasti dialu-alukan, terutamanya jika produk kecantikan yang digunakan selama ini tidak menunjukkan hasil yang diingini.

Pernah atau tidak anda dengar mengenai ‘60-second-rule’, satu teknik membersihkan wajah yang hanya mengambil masa 60 saat? Secara dasarnya, anda perlu mencuci kulit anda selama 60 saat sebelum membilasnya.

Teknik ini diilhamkan oleh Nayamka Roberts-Smith daripada LABeautyologist. Beliau ialah pakar kecantikan yang sering mengingatkan 43,000 orang pengikutnya di Twitter supaya mencuci muka selama 60 saat agar produk pencuci mereka dapat menembusi kulit.

“Alat solek, habuk dan minyak sebenarnya lebih sukar untuk ditanggalkan daripada apa yang anda sangka,” Nayamka memberitahu majalah Cosmo.

“60-second-rule bukan sahaja membenarkan pencuci anda ‘mencairkan’ segala produk kecantikan atau kotoran yang ada pada permukaan kulit.

“Dengan mengambil masa yang lebih lama juga, anda secara tidak langsung akan memberi lebih banyak perhatian kepada teknik pencucian anda.

“Contohnya, jangan lupa untuk bersihkan kawasan di sekeliling hidung, di bawah dagu dan di sepanjang garisan rambut.”

Walaupun 60-second-rule tampak mudah dan ringkas, rupa-rupanya ia memang efektif kerana terdapat ramai wanita yang menemui hasil yang dijanjikan, lalu mewujudkan tanda pagar #60secondrule.

Seorang pengguna Reddit berkata teknik ini telah mengubah rupa kulitnya. “Sudah sebulan saya mencuba teknik ini dan saya perasan perkara berikut: tiada lagi benjolan di dahi, jerawat berkurangan dan kulit saya lebih lembut serta berseri!”

Adakah 60-second-rule betul-betul berkesan untuk semua orang?

Menurut pakar kulit Mona Gohara, MD, mungkin ya, mungkin tidak. Sebenarnya, anda perlu tetapkan harapan yang realistik sebelum mencuba teknik 60 saat ini.

“Ia boleh menjadikan kulit anda lebih lembut – itu pun jika anda menggunakan produk pencuci yang sesuai – dan lebih berseri kerana ia menggalakkan peredaran darah di muka,” kata Mona.

Tetapi malangnya 60-second-rule tidak mampu untuk betul-betul hentikan jerawat daripada tumbuh.

“Anda tidak boleh menghapuskan hormon atau DNA (asid deoksiribonukleik) dalam badan anda, atau apa jua punca yang menyebabkan jerawat.”

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 3 May 2020
Featured Fri, 27 Mar 2020
Featured Mon, 30 Mar 2020

Gaya ceria dan retro polka dot serlahkan si hijabista

Sesuai untuk semua peringkat umur

Oh Lawa Thu, 17 May 2018

17 Foto Busana Perkahwinan Diraja Yang Tercantik Dari Negara-Negara Serata Dunia

Sebelum Harry dan Meghan berkahwin, jom tengok dulu wedding dress di majlis-majlis perkahwinan diraja.

Featured Wed, 13 Feb 2019

Hendak bergaya ketika memakai baju renang Muslimah, siapa kata tidak boleh?

Pakaian renang Muslimah rekaan MatSalleh Design boleh membantu.

Oh Lawa Fri, 2 Nov 2018

Inilah Jenis & Bentuk Aksesori Yang Tengah Popular Sekarang

Wanita-wanita moden kini ramai yang memakai barang kemas jenis ini.

Featured Mon, 16 Mar 2020
Featured Wed, 12 Feb 2020
Oh Lawa Wed, 5 Dec 2018

Pewarna Kuku Mesra Wuduk, Sesuai Untuk Si Manis Bertudung Litup!

Wanita berhijab juga pastinya tidak mahu ketinggalan dalam trend kecantikan!

error: Content is protected !!