Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops February 13, 2019 @ 12:00pm

Hendak bergaya ketika memakai baju renang Muslimah, siapa kata tidak boleh?

Jika anda seorang Muslimah yang mementingkan penjagaan aurat, tetapi meminati aktiviti berenang, tidak semestinya anda tidak lagi boleh meneruskannya.

Di pasaran bukankah sudah ada jualan pakaian renang versi Muslimah? Rekaannya menutupi aurat, jadi tidak perlu risau akan penampilan anda.

Tetapi pernahkah anda melihat pilihan pakaian renang Muslimah yang ditawarkan? Kebanyakannya berwarna hitam, kelabu atau biru gelap dan tidak banyak bezanya dari segi fesyen.

Jika anda seorang yang suka bergaya, pilihan yang ada itu pastinya membosankan. Tidak semestinya anda tidak boleh bergaya sambil memakai baju renang!

Jika inilah isu yang anda hadapi, apa kata anda lihat koleksi pakaian renang berhijab yang dikeluarkan oleh MatSalleh Design?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Earthy Tones RM229 ???????????? Arrival by 15th January 2019 ???? Size: S, M, L, XL, XXL ???? FEATURES: ✔️Quick dry ✔️ UV protection ✔️ Chlorine resistant ✔️ Non-transparent ✔️ Top attachable to pants ✔️ Excellent coverage ✔️ Stretchible and comfortable #matsallehdesign • • • • • #swimwear #modest #swimsuit #modestfashion #modesty #beachwear #fashionmuslim #bikini #madeindonesia #modeststyle #swim #modestdress #hijabi #bajurenang #hijabiqueen #bikinis #modestclothing #bikinimurah #dailyhijab #hijabstreet #bikiniimport #jualbajurenang #tankini #jwfashion #hijabtrend #jualbikini #bikiniindo #bikinimurahbanget #bikinibranded

A post shared by Modest Muslimah Swimwear (@matsallehdesign) on

Syarikat fesyen itu mempunyai misi untuk menawarkan pilihan pakaian renang yang bukan sahaja elegan dan moden, tetapi juga setara dengan personaliti wanita Muslimah.

Berpangkalan di Malaysia, syarikat itu ditubuhkan tahun lalu oleh pereka fesyen dari Lithuania, Dolle, yang memulakan kerjaya dalam industri fesyen sebagai seorang model.

Beliau berkata, pengalamannya itu banyak membantunya, sehingga timbul minat untuk membuka perniagaan sendiri.

“Ketika saya bercuti, saya nampak sekumpulan wanita yang mandi di pantai dengan hanya memakai kemeja-T dan seluar ketat.

“Mereka memberikan saya inspirasi untuk mereka pakaian renang yang bergaya dan modes. Dengan itu, lahirlah MatSalleh Design,” kata Dolle.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Modest Muslimah Swimwear (@matsallehdesign) on

Ciri-ciri rekaan MatSalleh Design

Demi merevolusikan industri fesyen baju renang Muslimah, pasukan MatSalleh Design menghasilkan koleksi khas mereka dengan penuh teliti.

Koleksi itu menggunakan fabrik spandex berkualiti tinggi dan poliester yang sesuai untuk pelbagai jenis sukan air.

Ia juga boleh melindungi kulit anda daripada sinaran ultra ungu matahari, boleh bernafas dan tidak telus.

Beliau berkata, semua ciri itu adalah untuk memastikan keselesaan dan ketahanan maksimum si pemakai.

“Pakaian renang Muslimah sepatutnya tidak telus dan berlapik supaya ia lebih selesa untuk dipakai dan boleh tahan lama.

“Variasi yang berwarna muda wujud untuk memastikan anda sejuk di bawah sinar matahari. Anda tidak perlu lagi mengadu mengenai kepanasan,” katanya.

 

 

Selain itu, dengan warnanya yang lembut, anda pasti tampak lebih feminin dengan pakaian renang ini yang ternyata lain daripada yang lain.

Selepas ini, anda bolehlah bergaya apabila bermandi-manda di pantai atau kolam renang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Mar 2023
Featured Thu, 3 Nov 2022
Events Wed, 30 Apr 2025

Stacy Bakal Gegarkan Sabah Dengan Konsert Solo Mega ‘Aku Stacy Menggegar Kota U’

Stacy kembali ke negeri kelahirannya untuk menjayakan konsert solo berskala mega

Featured Thu, 14 Dec 2023
Eat Travel Wed, 24 Oct 2018

Succi Sushi, Lokasi Makan Sushi Yang Bukan Saja Sedap Tetapi Dijamin Halal!

Dengan melihat foto saja sudah membuatkan kita terliur!

Featured Fri, 1 Dec 2023

[VIDEO] “Beruntungnya Ada Anak Soleh Macam Ni”- Baru Berusia 4 Tahun, Gelagat Ardy Wira Pertama Kali Laungkan Azan Bikin Netizen Meremang!

MasyaAllah Wira😍😍😍Min dari dulu memang suka sangat kat Wira ni bijak je budaknya❤️

Featured Tue, 15 Jul 2025
Featured Sat, 29 Oct 2022

Jaga Hati Isteri, Aksi Teuku Ryan Pegang Tangan Ria Ricis Raih Perhatian

Pelakon dan YouTuber Indonesia, Ria Ricis tular di media sosial kerana menerima layanan sangat baik suami, Teuku Ryan. Ryan yang memegang tangan Ricis semasa seorang pekerja butik yang tiba-tiba datang mendekati mereka untuk membetulkan cara […]

error: Content is protected !!