Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin May 8, 2026 @ 5:36pm

Bila Keselesaan & Gaya Moden Berpadu Dalam Helaian Eksklusif Variante

Dalam dunia fesyen hari ini, wanita moden bukan sahaja mencari pakaian yang cantik dipandang, tetapi juga rekaan yang praktikal dan selesa untuk digayakan sepanjang hari. Gaya hidup yang semakin pantas menjadikan pilihan fesyen lebih cenderung kepada helaian versatil yang mudah disesuaikan dalam pelbagai situasi.

Daripada urusan kerja hingga aktiviti santai hujung minggu, ramai wanita kini memilih busana yang bukan sekadar mengikut trend, tetapi mampu memberi keyakinan tanpa mengorbankan keselesaan. Potongan longgar, fabrik lembut dan sentuhan minimalis antara elemen yang semakin mendapat tempat dalam dunia modest fashion masa kini.

Pada masa sama, fesyen moden juga semakin meraikan keseimbangan antara fungsi dan estetika. Bukan lagi sekadar tampil bergaya, malah setiap helaian kini dilihat sebagai refleksi personaliti dan gaya hidup individu.

Pendekatan itu turut memberi ruang kepada banyak jenama tempatan untuk tampil dengan identiti tersendiri, khususnya dalam menghasilkan rekaan modest wear yang lebih kontemporari dan dekat dengan cita rasa wanita urban.

Mengambil inspirasi daripada gaya hidup wanita moden yang aktif dan versatil, jenama fesyen tempatan Variante tampil memperkenalkan koleksi kapsul terbaharu mereka, Urban Edit.

Koleksi tersebut mengetengahkan gabungan gaya moden, keselesaan dan elemen fungsi menerusi rekaan yang lebih santai namun tetap elegan untuk digayakan dalam pelbagai suasana.

Setiap helaian dalam Urban Edit hadir dengan siluet longgar, kemasan mewah dan sentuhan minimalis yang sesuai dipakai untuk aktiviti harian, percutian mahupun gaya hidup urban.

Lebih menarik, koleksi itu turut dihasilkan menerusi kolaborasi bersama Arif yang memperkenalkan rekaan beg eksklusif bagi melengkapkan keseluruhan penampilan.

Gabungan pakaian dan aksesori tersebut sekali gus mewujudkan keseimbangan antara gaya dan fungsi, selain memberi fleksibiliti kepada wanita moden untuk tampil lebih yakin dan selesa sepanjang hari.

Diasaskan sejak tahun 2005, Variante dikenali menerusi pendekatan modest fashion kontemporari yang menggabungkan elemen klasik dan moden dalam setiap rekaan.

Jenama itu juga sering menampilkan fabrik berkualiti, potongan kemas serta sentuhan artisan halus termasuk sulaman manik dan kemasan eksklusif yang menjadi identiti tersendiri buat Variante.

Menurut Pengarah Kreatifnya, Leslie Variyan, proses menghasilkan rekaan sering hadir secara spontan terutama apabila bekerja dengan fabrik yang mempunyai karakter tersendiri.

“Bila saya pegang sesuatu fabrik dan rasa teksturnya, saya sudah boleh bayangkan bagaimana ia jatuh pada bentuk tubuh wanita. Dari situ biasanya idea rekaan mula berkembang secara semula jadi.

“Bagi saya, menghasilkan pakaian mempunyai kepuasan tersendiri kerana setiap helaian ada karakter dan emosi yang ingin disampaikan,” katanya.

Sebelum menerajui Variante, Leslie pernah berkhidmat sebagai Ketua Pereka di Isetan Kuala Lumpur selain menjadi pereka kreatif untuk label fesyen plus size, Ms. Read.

Kini, Variante memiliki enam butik di beberapa lokasi premium sekitar Kuala Lumpur dan terus menjadi antara jenama modest fashion tempatan yang dekat dengan wanita moden yang mengutamakan gaya, keyakinan dan keselesaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Thu, 19 Apr 2018

4 Lifehack Tampil Berseri Dengan Pemilihan Warna Baju Yang Tepat!

Pemilihan warna yang betul akan membuatkan anda lebih menyerlah. Namun, sekiranya anda memilih warna yang kurang tepat, bukan sahaja rupa anda kelihatan kusam, malah gigi juga akan kelihatan kuning!

FESYEN Wed, 31 Jul 2019

Actress Farah Nabilah Gives E! News on Tips to Looking Flawless in the Perfect Fit

Malaysian actress Farah Nabilah shares with us to her secret tips on giving the blush to her perfect fit! Finding the perfect shade to your skin tone has always been a struggle for literally anyone […]

Events Tue, 27 Aug 2019

“Yes, I Do”- WAF X Marriott Bridal Event Is Not Your Typical Wedding Scene And Here’s Why

Marriott X WAF 2019 push the boundaries of the wedding scene in Malaysia.

FESYEN Fri, 21 Nov 2025

Kekal Anggun Menawan, Koleksi Sopan & Sederhana Bangkitkan Pesona!

Koleksi sopan & sederhana Maglifestyle membangkitkan pesona di pentas Fashionably Modest Asia 2025.

Featured Mon, 15 May 2023
FESYEN Fri, 13 Dec 2019

Top 5 Collaboration Shoes That You Might Want To Look For In 2020

They say new year, new me; but why not new year, new kicks?

FESYEN Mon, 15 Apr 2019

Pencarian Wanita Melayu 2019, 10 Finalis Bakal Berentap Untuk Merebut Takhta

Pentas utama Plaza Shah Alam Sabtu lalu menyaksikan persaingan sengit 30 peserta separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2019 yang bertanding untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PWM 2019.

error: Content is protected !!