Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 28, 2018 @ 4:00pm

Black Hat Cat Diteraju Rapper Terkenal Bakal Martabat Muzik Urban, Cayalah!

Warner Music Malaysia (WMM) mengumumkan pelancaran label baru tempatan, Black Hat Cat (BHC) yang bakal diterajui oleh rapper terkenal, Alif. Ini sebagai salah satu usaha dalam memartabatkan genre muzik urban iaitu seperti ‘Electronic Dance Music’ (EDM)’, ‘Hip Hop’, ‘Jazz’, ‘R&B’, ‘Soul’, ‘Reggae’ atau gabungan irama atau gaya muzik yang seumpamanya.

Pengarah Urusan WMM, Darren Choy menjelaskan idea penubuhan BHC bermula dari aspirasi WMM untuk meneroka pasaran muzik urban di Malaysia.

“Jelas di Malaysia, genre ini masih belum berkembang sepenuhnya, (meski pun) EDM sangat berkembang pesat di seluruh dunia. Walaupun ia pada asalnya tidak mensasarkan pendengar muzik arus semasa, namun pendengar muzik tempatan dapat menerima muzik jenis ini.

“ Kami merasa ia peluang terbaik untuk WMM memberi fokus pada genre ini dan menawarkan halwa telinga yang berbeza untuk pendengar muzik tempatan,” jelasnya di majlis pelancaran BHC baru-baru ini.

Peneraju Alif yang merupakan anggota kumpulan duo popular, Sleeq juga meledak dengan kerya terbaik sebelum ini seperti lagu yang dinyanyikan oleh Kaka Azraff, Zizan Razak, De Fam, Joe Flizzow, Adira dan ramai lagi.

 “ Saya berharap BHC berjaya mencipta bakat muzik urban tempatan seterusnya menjadi batu loncatan untuk mereka mencipta nama di luar negara.

“ Sekiranya kita bijak berinovasi dalam berkarya, muzik urban tempatan sebenarnya mampu berjaya di peringkat global,” katanya.

Melihatkan kepada katalog muzik dan portfolio Alif, jadi tidak hairanlah jika dia menjadi pilihan WMM untuk menggalas tugas sebagai teraju utama BHC.

Menurut Darren, antara tanggungjawab yang bakal digalas Alif, bukan sahaja untuk menerbitkan lagu-lagu ‘Urban Music’ malah Alif menggalas peranan besar dalam menentukan hala tuju BHC termasuk mencari dan menggilap bakat dari rantai ini – sama ada yang baru atau sedia ada – untuk dibawa ke pentas global.

Sesungguhnya, penggunaan nama BHC sebagai jenama label muzik urban ini ternyata ada maksud disebaliknya. Menurut Alif ia bukan hanya sekadar nama, ‘Black Hat Cat’ adalah watak atau persona yang melambangkan kebolehsesuaian rumah muzik ini dalam menongkah evolusi muzik tanpa henti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Tue, 10 Oct 2023

“Batal Tayangan Pagari Bulan, FINAS Buat Apa?” – Michael Ang Luah Rasa Terkilan

Kalau Mic tak bagi tahu, serious tak tahu kewujudan Pagari Bulan 😅😖

Featured Mon, 23 May 2022
Hiburan Thu, 10 Oct 2024

“Bunga Bukan Sekuntum, Teruskan Cari Kebahagiaan Baru” – Esma Daniel Titip Pesanan Kepada Fattah Amin

‘Jika bunga itu sukar dilupakan, hargailah kenangannya’ – Esma Daniel

Hiburan Wed, 30 Jan 2019
Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Ayda Jebat Diberi Pujian Lakon Watak Bisu!

Siapa sangka, Ayda Jebat berjaya melakonkan watak sebagai Ilya iaitu perempuan bisu dan pekak dengan sangat baik!

Hiburan Fri, 20 Mar 2026

Raya Suram Puteri Aishah Tanpa Orang Tersayang – “Ibu Pergi Di Saat Akhir, Syawal Kali Ini Sederhana Saja”

Puteri mengakui tahun ini disambut dalam suasana sederhana tanpa persiapan seperti kebiasaanya

Featured Sun, 30 Apr 2023
Featured Fri, 23 Sep 2022

Bob Lokman Meninggal Dunia

Salam Takziah. Al-Fatihah 🥀

error: Content is protected !!