Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 19, 2021 @ 5:00pm

Boleh Semak Status Pembayaran & Kelulusan i-Sinar KWSP Kategori 2 Bermula…

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pencarum yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 boleh menyemak status bayaran dan kelulusan bermula 8 Mac 2021.

Kelulusan automatik bagi kemudahan i-Sinar juga akan diberikan kepada permohonan yang dibuat selepas daripada tarikh tersebut.

Ianya dibuat selepas pengumuman oleh Menteri Kewangan pada 11 Februari 2021 mengenai pemansuhan kriteria i-Sinar  bagi permohonan Kategori 2 yang membolehkan pencarum dapat mengeluarkan Akaun 1 mereka tanpa syarat.

Jumlah Pengeluaran

Jumlah pengeluaran bagi kemudahan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut :

  1. Pencarum yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 ke bawah di dalam Akaun 1 mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000 sehingga 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum RM5,000.
  2. Pencarum yang mempunyai simpanan lebih daripada RM100,000 di dalam Akaun 1 mereka mempunyai akses kepada jumlah pembayaran sehingga 10% dalam simpanan Akaun 1 mereka dan maksimum pengeluaran adalah RM60,000. Bayaran pertama yang boleh dipohon maksimum RM10,000.

Pemansuhan Bayaran Interim

Bagi Pembayaran Interim yang dilakukan oleh KWSP sebelum ini iaitu sebanyak RM1,000 akan dimasuhkan disebabkan pemansuhan syarat dan kriteria i-Sinar bagi Kategori 2.

Justeru itu, pemohon yang tidak menerima bayaran interim akan menerima pembayaran penuh mereka seperti yang dipohon seperti berikut ;

Cara Membuat Semakan

Bagi pencarum yang ingin membuat semakan dan mengetahui tarikh pembayaran bolehlah mengikuti langkah-langkah di bawah;

  1. Layari laman web rasmi i-Sinar iaitu isinar.kwsp.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK STATUS’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan telefon bimbit
  4. Klik ‘SEMAK STATUS’
  5. Keputusan status permohonan dipaparkan dan tarikh pembayaran akan dipaparkan.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kemudahan i-Sinar ini, bolehlah terus menghubungi talian rasmi KWSP, atau layari www.kwsp.gov.my

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Nov 2022
Featured Thu, 13 Mar 2025

Asyik Bercinta! Ameera Khan Sedia ‘Hadiah’ Istimewa Buat Jefri Nichol

Hadiah berjenama mewah itu tertera pangkal huruf ‘A’ mewakili namanya.

Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Fri, 14 Feb 2025
Featured Wed, 25 Aug 2021

Taufik Hidayat & Lee Chong Wei Enggan Dedah Nama Individu Tawar Rasuah Perlawanan Sukan Asia Doha

Jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat, semalam membuat pendedahan yang mengejutkan apabila memberitahu terdapat cubaan mempengaruhi perlawanan dengan bayaran wang pada Sukan Asia Doha 2006 antara dirinya dan Lee Chong Wei dari Malaysia. Menerusi temubual di […]

Trending Wed, 8 Aug 2018

Foto-Foto Anak Kim Kardashian Ini Akan Buat Anda Kata ‘Awww!’

Comel betul anak-anak wanita yang penuh glamour ini!

Trending Mon, 17 Sep 2018

研究证实:男人出门前亲吻另一半,能赚更多钱、活更久

从今天起,请告诉你的另一半:我们来亲吻吧!这可不只为了增进你们的感情,更是为了能赚大钱,以及换取健康长寿。

Trending Wed, 22 Aug 2018

Jangan Risau, Susu Tercemar Tidak Dijual Di Sini!

Produk susu rumusan bayi yang terlibat mempunyai berat bersih 850g setiap tin, nombor batch 09117R1 dan tarikh luput pada 11 Sept 2019.

error: Content is protected !!