Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 14, 2025 @ 5:11am

Bongkar Realiti Hitam Dalam Masyarakat Moden, Filem ‘Munajjim: Sekutu Iblis’ Bakal Terjah Pawagam 31 Julai Ini!

Genre seram terus mendominasi industri filem tempatan apabila satu lagi karya baharu, Munajjim: Sekutu Iblis terbitan Yusrych Global Sdn. Bhd bersedia untuk menggegarkan pawagam tanah air mulai 31 Julai 2025.

Menurut penerbit, Yusry Makmor, filem ini tampil dengan naratif yang bukan sekadar menyeramkan, malah turut membuka mata penonton terhadap kewujudan amalan ilmu hitam dan kepercayaan khurafat yang masih berlaku dalam masyarakat hari ini.

“Ini bukan sekadar filem seram biasa kerana diinspirasikan daripada kisah benar dengan menyentuh tentang realiti masyarakat yang masih bergantung kepada ilmu hitam dan bomoh dalam mencari penyelesaian mudah ketika berhadapan sesuatu masalah.

“Filem ini bukan sekadar mahu membuat penonton terhibur, tetapi memberi kesedaran bahawa amalan syirik ini sememangnya memberi impak negatif dan bersekutu dengan iblis yang jelas hukumnya adalah haram,” ujarnya.

Munajjim: Sekutu Iblis mengangkat kisah sebuah keluarga yang menjadikan bomoh sebagai pegangan hidup, sekali gus membuka ruang kepada gangguan makhluk halus dalam bentuk jin dan jelmaan yang menggugat akidah mereka.

Filem ini turut menampilkan barisan pelakon berpengalaman seperti Farid Kamil, Uqasha Senrose, Che Puan Juliana Evans, Mustaqim Bahadon, Sherrie Merlis serta pelakon cilik, Daniel Aqil. Penggambaran telah dijalankan sekitar Januari lalu di beberapa lokasi di Selangor.

Naskhah yang mendapat sentuhan pengarahan Faizul A. Rashid ini dijanjikan tidak terperangkap dalam gaya seram tipikal seperti kemunculan pontianak atau pocong.

“Filem ini menampilkan keseraman yang lebih mendalam dan berunsur realiti serta diadun dengan visual sinematik serta jalan cerita yang kuat dan penuh mesej.

“Kami percaya filem ini bukan sahaja akan memberi pengalaman sinematik yang memuaskan, tetapi mengajak penonton berfikir tentang bahaya dan realiti amalan khurafat dalam kehidupan yang masih berlaku sehingga sekarang,” jelasnya.

Dibentuk daripada idea asal Yusry Makmor bersama Zafran Aziz dan Rozita Mat Isa, filem ini merupakan kerjasama strategik antara beberapa syarikat termasuk TGV dan pengedar antarabangsa D’Ayu Pictures dengan promosi oleh Empire Solutions.

Filem ‘Munajjim: Sekutu Iblis’ mengisahkan dua beranak yang terlalu bergantung kepada bomoh, membawa padah apabila si anak bertindak menggunakan sihir untuk membalas dendam terhadap bekas kekasih isterinya. Namun, ilmu hitam itu memakan diri apabila gangguan tersebut mula mengancam keselamatan keluarga mereka sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 29 Dec 2022
Featured Wed, 4 Jan 2023

[VIDEO] “Mana Jumpa Papa Macam Ni? Limited!” – Netizen Cemburu Kekasih Zarina Anjoulie Beli Alat Solek

Untungnya Anjuu 🥰🥰 Boyfriend or husband korang sweet macam ni juga tak? Hihiii 🤪🤪

Trending Sat, 23 Feb 2019

Kematian Akibat Difteria, Tak Pernah Ambil Suntikkan Imunisasi Sejak Lahir

Kematian Kanak-Kanak Akibat Difteria, Tak Pernah Ambil Suntikkan Imunisasi Sejak Lahir

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Kenapa Ifa Raziah Disamakan Dengan Sailormoon?

Betulkah Ifa Raziah buat pembedahan muka? Perubahan bentuk wajah penyanyi dan pelakon ini begitu ketara sejak kebelakangan ini. Wajah yang runcing dan berseri itu mendapat perhatian netizen sehinga ada yang menggelarkan diri beliau sebagai salah satu watak dalam siri anime iaitu, Sailormoon

Featured Wed, 1 Apr 2026

Giliran Aeril Zafrel Kena ‘Sound’ Tareq Fit, Minta Jangan Jadi Lelaki Dayus – “Tolong Hadkan Tayang Aurat Rumah Kau”

Jurulatih kecergasan, Tareq Fit sekali lagi menyorot perhatian apabila menegur tindakan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel baru-baru ini.

Featured Tue, 26 Apr 2022
Featured Wed, 9 Apr 2025

“Tiada Yang Boleh Jadi Ubat Pada Manusia Kecuali Zikir..”- Neelofa

Noor Neelofa Mohd Noor sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi tips yang diamalkan dalam kehidupan seharian.

error: Content is protected !!