Euforia Bola 2026
Acara By: Padin September 1, 2023 @ 8:00pm

Buat Fashion Show Di Litar Antarabangsa Sepang, Ibu Menitis Air Mata Melihat Kejayaan Ashraf Anuar – “Moga Acara Ini Menjadi Penguat Semangat Untuk Ibu Sihat”

Siapa sangka di usia 23 tahun, pempengaruh dan pengasas jenama fesyen SVG Worldwide, Ashraf Anuar berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila dapat mengadakan pertunjukan fesyen di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) buat julung kalinya, baru-baru ini.

Lebih istimewa, pertunjukan fesyen terakhir bagi jenama SVG Worldwide itu turut dihadiri oleh ibu tercintanya walaupun hadir dengan berkerusi roda kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Tidak hanya itu, bapa Ashraf turut diundang untuk membuat kemunculan istimewa apabila memperagakan koleksi terbaharu Neonate x SVG bersama-sama dengan 80 model lain.

Ashraf menerusi satu luahan di Instagram peribadinya turut menzahirkan rasa terima kasih kepada ibu serta seluruh keluarga yang hadir memberi sokongan.

“Kesemua ahli keluarga saya juga hadir terutama ibu tercinta walaupun dalam keadaan kurang sihat. Beliau tetap gagahkan diri untuk hadir ke pertunjukan fesyen anaknya.

“Terima kasih kerana mendidik Ashraf Anuar sehingga ke hari ini ibu. Ini semua untuk ibu semoga acara ni juga menjadi penguat semangat untuk ibu sihat seperti sediakala,”tulisnya

Ketika acara pertunjukan fesyen itu berlangsung, Ashraf memperkenalkan ibunya di hadapan lebih 3,500 tetamu yang hadir.

Dalam suasana yang penuh hiba, ibu Ashraf gagal menahan air mata sebaik melihat kejayaan anaknya itu.

Malah Ashraf turut membawa ibunya yang berkerusi rosa mengelilingi ‘runway’ terpanjang yang dianggarkan 800 meter.

Suasana menjadi penuh gamat dengan sorakan peminat fesyen jenama itu yang kagum dengan kehebatan Ashraf selain dilihat sentiasa mengutamakan keluarga.

Dalam pada itu, Ashraf turut berkongsi rasa teruja apabila Neonate X SVG yang bertemakan ‘Race Day’ melakar sejarah baharu apabila menjadi jenama pertama yang berjaya membuat sebuah pertunjukan fesyen di SIC.

“Terima kasih buat yang hadir dari jauh, berpanas dari pagi hingga ke malam demi pertunjukan fesyen kami.

“Harap semuanya berpuas hati dengan apa yang kami tampilkan dan tidak lupa juga buat rakan penaja utama De’xandra, Vapeboss Malaysia kerana percaya dengan kemampuan kami,” katanya.

Untuk rekod video Ashraf yang memperkenalkan ibunya dalam majlis pertunjukan fesyen Neonate X SVG itu ditonton lebih 130,000 dan meraih lebih 600 komen.

Bertemakan ‘Race Day’, pertunjukan Neonate X SVG itu diadakan sehari sebelum jadual rasmi Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23).

Lebih 83 koleksi ‘Race Day’ diperagakan dengan pembabitan 80 model pilihan Neonate dan SVG. Separuh model yang membuat kemunculan di atas trek lumba dipilih menerusi uji bakat yang dijalankan pada Jun lalu.

Seramai 10 Muse diperkenalkan pada acara ini seperti MK K-Clique, Saixse, Haneesya Hanee, Qawiy (TikTok) dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 10 Aug 2018
Acara Fri, 28 Sep 2018

Hijab & Heels Kini Di Program Wanita Hari Ini, TV3

Mulai Oktober ini, jangan lupa tengok ya!

Acara Thu, 21 Feb 2019

E1, Jual fesyen dalam lagu

Semalam Sahaja bawa penggemar muzik kembali ke zaman retro!

Acara Mon, 6 Mar 2023
Acara Wed, 8 Aug 2018

Ladies, Jom Serbu Konsert Anuar Zain Di Singapura Oktober Ini!

Anuar Zain Cinta Takkan Beakhir Live In Singapore 2018 akan diadakan pada 26 Oktober 2018, 8.30 malam di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre, Singapura.

Acara Thu, 30 Apr 2020

Telekung Siti Khadijah lancar sejadah SK X AMRU

Saiz mini tarik perhatian untuk dimiliki

error: Content is protected !!