Euforia Bola 2026
Acara By: Padin February 22, 2026 @ 5:56pm

Terjah Brunei & Penang, Ben Ali & Nadiyah Shahab Terus Sukses Melangkah Untuk Tahun Kelima

Gandingan pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab terus menyerlah sebagai penggerak utama apabila Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABxFGR) kembali pada tahun 2026 dengan skala yang lebih meluas.

Dianjurkan bersama oleh My Events International dan Absolut Events & Management, ABxFGR memulakan jelajahnya di tiga lokasi utama.

Ia bermula di BRIDEX Convention Centre, Brunei (27 Februari–1 Mac 2026), diikuti PICCA, Pulau Pinang (6–8 Mac 2026) dan berakhir dengan acara kemuncak di MITEC, Kuala Lumpur (13–16 Mac 2026).

Acara kemuncak di MITEC akan berlangsung seperti tahun-tahun sebelum ini selama 66 jam tanpa henti, bermula jam 12.00 tengah hari pada 13 Mac 2026 hingga jam 6.00 pagi pada 16 Mac 2026.

Menurut Ben Ali selaku Pengarah Urusan Absolut Events & Management, Brunei dan Pulau Pinang merupakan lokasi baharu mereka.

“Skala penganjuran ABxFGR 2026 ini telah diperluaskan ke Brunei dan Pulau Pinang dan turut diperbesarkan dengan penambahan ruang pameran bagi menempatkan lebih banyak tapak reruai di acara kemuncak di MITEC, KL nanti.

“Jadi, kami amat menghargai sokongan barisan penganjur pada tahun ini dalam merealisasikan impian kami untuk menembusi pasaran baru di peringkat antarabangsa serta bahagian utara Malaysia,” katanya.

Menurut Datin Wira Sabrina, Pengarah dan Pengasas My Events International, pencapaian-pencapaian yang diraih sepanjang penganjuran ini telah mengukuhkan lagi status ABxFGR sebagai Festival Raya yang paling ikonik dan pilihan utama pengunjung di Malaysia.

“Di samping itu, ia memberi impak positif kepada ekonomi negara serta membuka peluang perniagaan kepada usahawan dan pemilik perniagaan tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana. Di samping itu, sebagai hentian antarabangsa pertama bagi acara ini, Brunei Darussalam menjadi fokus strategik bagi memperluaskan capaian jenama acara ABxFGR serta meraih potensi pasaran baharu di negara tersebut,” kata nya.

Sebagai sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat, penganjur ABxFGR 2026 akan menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan seperti anak-anak yatim dan persatuan ibu tunggal, meneruskan tradisi kebajikan yang telah dimulakan pada tahun-tahun sebelumnya.

Penganjur berharap ABxFGR 2026 terus menjadi platform utama untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan usahawan tempatan serta menawarkan pengalaman persiapan Raya yang lengkap kepada pengunjung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 9 Aug 2018

Wow! Fasha Sandha Pernah Memenangi Pertandingan Kerana Giginya Cantik!

Tugasan Ikon Aurawhite itu turut digalas Fasha bersama Izzue Islam serta pendakwah bebas, PU Azman.

Acara Thu, 7 Jun 2018

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Kunjungi Anggun Life

Anda wajib kunjungi Festival Anggun Life di Johor Bahru!

Acara Wed, 26 Sep 2018

Gabungan Hebat Generasi Lama & Baharu Semarakkan Pentas ABPBH 31

ABPBH31 menjanjikan satu persembahan yang infiniti!

Acara Mon, 8 Oct 2018

Angan Jadi Kenyataan, Impian Wany Hasrita Bergelar Bintang Paling Popular Dimakbul Tuhan!

Bintang Paling Popular membawa pulang sebuah kereta jenama Citroen C4 Picasso berharga RM126,000 berserta trofi.

Acara Mon, 12 Sep 2022

Syukur Kerja Keras Berbaloi, Syamel & Ernie Zakri Dominasi AIM23

So happy for Ernie & Syamel! Teruskan berkarya .

Acara Wed, 24 Jul 2019

Krim aqua rich selamatkan kulit daripada ‘terbakar’

Wajib pakai krim pelindung walaupun di dalam bangunan

error: Content is protected !!