Euforia Bola 2026
Acara By: Padin October 11, 2023 @ 9:18am

Cassandra Yap, Ashlyn Ooi Diangkat Sebagai Pemenang Miss International Malaysia 2024

Miss International Malaysia (MIM) telah menobatkan ratu-ratu baharunya iaitu Cassandra Yap dan Ashlyn Ooi sebagai Miss International Malaysia 2024, sewaktu acara kemuncak yang mempesonakan.

Acara tahun ini bukan sahaja meraikan kecantikan tetapi juga kecerdasan, bakat, dan keanggunan yang dijelmakan oleh wanita Malaysia.

Turut menyertai Cassandra Yap dan Ashlyn Ooi adalah ratu Miss International Malaysia 2023: Kimberly Vung, Christina Lee dan Aaliyah Wunsch yang mendapat gelaran naib juara pertama, kedua dan ketiga.

Pihak penganjur Miss International Malaysia percaya bahawa setiap peserta adalah ratu Miss International Malaysia kerana mereka telah menunjukkan dedikasi mereka ke arah mencapai impian masing-masing.

Dianjurkan oleh Persatuan Pentas Anak Seni Malaysia dan dipersembahkan oleh SunStrong Entertainment, MIM meraikan bukan sahaja kecantikan, tetapi semangat yang diperkasakan oleh wanita Malaysia, kepelbagaian budaya negara dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kelestarian.

MIM mengunjurkan nilai teras, cita-cita dan aspirasi Malaysia ke pentas global. Jawed Khan, Presiden dan Pengarah Kebangsaan PPASM & MIM menyatakan bahawa setiap peserta MIM dengan pelbagai latar belakang mereka benar-benar mewujudkan nuansa Malaysia serta intipati uniknya dan berfungsi sebagai suara untuk pelbagai tradisi, masyarakat dan kepercayaan.

Pengasas SunStrong Entertainment, Jment Lim menyatakan mereka dengan bangganya mempersembahkan MIM kerana Miss International Malaysia bukan sekadar gelaran; ia adalah panggilan yang bermatlamat.

Ia melambangkan perpaduan, tujuan, dan kuasa transformatif perubahan positif. Disamping meningkatkan imej Malaysia melalui platform ini, pihak penganjur juga berusaha untuk memastikan setiap peserta muncul sebagai mercu tanda perubahan, meraikan intipati unik mereka dan mempamerkan budaya kita.

Jawed Khan, Jenny Ngu dan Dr Aly Stephen selaku Ketua Jawatankuasa Penganjur MIM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam perjalanan transformatif ini, daripada penyampai kepada penaja dan yang paling penting, para peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tidak berbelah bahagi.

Jenny Ngu, Pengerusi MIM menyatakan dengan melihat masa depan, pihak penganjur menjemput ramai lagi untuk menyertai acara ini di tahun hadapan.

“Berikan sokongan anda, kongsi cerita anda dan sertai kami dalam misi kami untuk menjadikan Miss International Malaysia lebih berkesan. Sama ada anda bakal peserta, penaja atau penyokong, kami amat menantikan penyertaan anda dalam membentuk naratif keindahan, kekuatan dan kepentingan budaya Malaysia,” ujarnya dengan semangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 19 Jun 2020

Dapatkan Huawei MatePad Pro hanya pada harga RM2,898 sempena Karnival  Huawei AppGallery

Ringan, kecil dan pelbagai spesfikasi berteknologi tinggi

Acara Tue, 31 Jan 2023
Acara Fri, 25 May 2018

Dari Siri TV, Mak Cun Tampil Dengan Permainan Digital

Ceriakan hari anda dengan permainan digital Mak Cun’s Adventure!

Acara Mon, 18 Mar 2019

Alha hadiahkan ibu Mercedes-benz C200 QMG 2.0 sebagai penghargaan. Top stokis pun dapat kereta tau!

Alha melakukan kejutan itu bersempena ulang tahun kelahiran ibunya, Norsham Ahmad yang ke-60!

Acara Thu, 27 Feb 2020
Acara Tue, 30 Jan 2018

Dato’ Fazley Buru Coconut Shake Terbaik Di Kelantan

Penyanyi dan chef selebriti popular, Dato’ Fazley Yaacob memulakan misi pencarian Coconut Shake terbaik di Malaysia dengan menjelajah ke lokasi pertama di Kota Bharu, Kelantan pada 25 Januari lalu.

error: Content is protected !!