Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 20, 2019 @ 2:31pm

‘Bukan Merajuk Cuma…’- Ir Radzi Jawab Hilang Dari ‘Radar’

Penyanyi Ir Radzi menafikan dirinya merajuk dari dunia seni apabila wajahnya jarang muncul di kaca televisyen sejak kebelakangan ini.

Pelantun lagu Sempurna Waktu ini ketika ditemui Xtra memaklumkan dia kembali menetap di Kuching dan menjalankan perniagaan di sana.

“Saya tidak hilang cuma menjalankan tanggungjawab di Kuching. Saya mengembangkan muzik dengan mengambil inisiatif terlibat dalam beberapa program seni muncungkil bakat anak-anak Sarawak.

“Liputan media tidak seluas di Semenanjung mungkin disebabkan itu wajah saya jarang muncul di dada akhbar atau kaca televisyen. Cuma lagu-lagu saya masih berkumandang di kaca televisyen sebagai lagu tema drama Setelah Ku Dimiliki,” katanya yang ditemui di sesi sembang petang bersama Ir Radzi di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur.  

Dalam pada itu, Ir Radzi bersyukur lagu-lagunya masih mendapat permintaan untuk dijadikan sebagai lagu tema dalam drama tempatan.

“Beberapa lagu saya masih menjadi pilihan untuk drama tayangan TV3 seperti Hanya Milikmu, Maafkan Aku, Cinta Terakhir dan banyak lagi.

“Mungkin rezeki saya sebagai penyanyi untuk lagu Ost lebih menyinar. Alhamdulillah, saya bersyukur atas nikmat ini,” akhirinya.

Sebelum ini, lagu Sempurna Waktu pernah menghiasi drama Teman Lelaki Upahan seterusnya Maafkan Aku sebagai ost Sebenarnya dan Bukan Cinta Monyet yang disiarkan di TV3. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Jun 2018

Sweet! Wawa Zainal Terima Kereta Mewah Sempena Hari Jadi

Hadiah sebab selama ni jaga saya dan tak pernah mengeluh jaga anak-anak saya… Terbaiklah Aeril, sweet habis!

Featured Wed, 15 Mar 2023
Events Sun, 11 Nov 2018

Konsert Lazada 11.11 Super Show Gempak Habis!

Overall, memang happening tau. Thank you Lazada! 

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

“Aaisyah Sebenarnya Perlu Rehat”- Che Ta

Semoga cepat sembuh ye Aaisyah!

Hiburan Mon, 17 Jun 2019

莫文蔚狮城开个唱!巡演确定 11 月抵马

莫文蔚《绝色》巡演确定11月将来到马来西亚!

Hiburan Wed, 21 Jun 2023

Syamsul Yusof Akan Tarik Balik Saman Terhadap MAIWP & JAWI

Alhamdulillah kalau itu yang terbaik!

Fab Foodies! Wed, 24 Jan 2018

PREP YOUR TASTEBUDS FOR MALAYSIA’S SPICIEST BURGER!

For the brave-hearted souls out there!

error: Content is protected !!