Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 9, 2018 @ 10:18am

Bukan Merajuk, Elfira Loy Sibuk Urus Studio Gaya Hidup

Lama dah rasanya tak nampak pelakon Elfira Loy di kaca televisyen. Mungkin ada yang sangka kelibatnya tidak dilihat di kata TV disebabkan dirinya merajuk sejak berita putus tunang bersama penyanyi Suffian Suhaimi heboh di media. Walhal tidak! Pelakon berusia 23 tahun ini kini sibuk dengan dua ‘buah hatinya’.

“ Saya masih bekerja cuma lebih fokus kepada perniagaan. Buat masa ini saya banyak menghabiskan masa di lifestyle studio (studio gaya hidup) dan kafe Love Me Seven Days di Alam Damai,” katanya kepada xtra.com.

Bercakap tentang projek terbarunya, Elfira atau mesra dengan panggilan El memberitahu idea mewujudkan studio gaya hidup adalah salah satu cara untuk membantu golongan influencer dan peniaga di luar sana.

“ Ramai di antara mereka yang memiliki produk dengan kandungan yang bagus tetapi tiada lokasi cantik untuk mengambil gambar. Background sebenarnya sangat penting agar produk mereka tampak kualiti dan profesional.

“ Dengan pembukaan lifestyle studio ini, saya berharap dapat membantu para peniaga mengambil gambar produk mereka agar produk mereka dilihat luar biasa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Elfira bakal masuk ke set penggambaran tak lama lagi. Kata El, mengenai tajuk drama pula, kita kena tunggu okay?

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
TECH Wed, 15 Aug 2018

5 Surprising Jobs Which Uses a LOT of WD-40

Who would have known these people needed the handy lubricant too?

Featured Sat, 2 Apr 2022

“Saya Ingat Akan Kena Kecam Tapi…” – Bawa Watak ‘G*y’, Gambit Akui Ia Berkesan Dan Diterima Penonton

Tu lah semua positif je dan ada yang tak sabar nak tunggu eh drama macam ni lagi…

Hiburan Sun, 19 Aug 2018

Doakan Anak Hunny Madu Sembuh…

Kami doakan agar Adam Musa kembali pulih dan mendapat kekuatan seterusnya membesar seperti kanak-kanak lain.

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Fesyen Selebriti Di Karpet Merah AJL 33, On Ke Tak On?

Manis-manis & segak belaka barisan artis yang lalu di karpet merah AJL 33, malam ni…

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Ernie Zakri Alih Fokus Untuk Tunaikan Umrah Pula

Mentor Milenia pun dah habis, bolehlah Ernie fokus untuk beribadat pula ya?

error: Content is protected !!