Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin September 7, 2025 @ 8:14am

Bukan Sekadar Aksesori Hari Bahagia, Anna Jobling Angkat Makna ‘Her Vintage Vow’

Setiap cinta punya ceritanya sendiri dan setiap janji hadir dengan simbol yang kekal abadi.

Bagi pelakon popular dan personaliti jelita Anna Jobling, perhiasan bukan sekadar aksesori, tetapi saksi kepada perjalanan seorang wanita dalam meraih bahagia.

Sebagai duta untuk jenama barang kemas Tomei, kempen perkahwinan terbaharu mereka bertemakan Her Vintage Vow membuatkan Anna percaya setiap pengantin berhak diraikan dengan cara yang paling ikhlas menerusi gaya yang mencerminkan diri mereka.

“Sebagai wanita, kita semua ada cerita cinta dan perjalanan yang unik. Saya rasa Her Vintage Vow sangat dekat di hati kerana ia bukan sekadar perhiasan.

“Jika diamati dengan lebih dalam, ia adalah tentang bagaimana setiap pengantin boleh mengekspresikan diri mereka dengan cara paling jujur.

“Bagi saya, perhiasan yang dipakai pada hari istimewa adalah simbol janji dan kenangan yang akan kekal selamanya,” kata Anna.

Diinspirasikan daripada kekuatan lembut dan warisan budaya, kempen ini meraikan perjalanan cinta setiap wanita.

Melalui koleksi Her Vintage Vow, Tomei menterjemahkan falsafah bahawa janji bukan hanya diucapkan, tetapi boleh dizahirkan dalam bentuk seni yang indah untuk dikenang sepanjang hayat.

Menurut Ketua Transformasi Tomei, Ng Yi Jia, Her Vintage Vow adalah lambang keberanian wanita untuk meraikan identiti mereka sendiri.

“Her Vintage Vow bukan sekadar koleksi perhiasan, tetapi simbol janji cinta dan keperibadian.

“Kami mahu setiap pengantin merasakan bahawa diri mereka diraikan dengan cara paling jujur, melalui gaya yang benar-benar mencerminkan siapa mereka,” katanya.

Kempen Bridal 2025 ini memperkenalkan empat koleksi utama yang menjadi nadi kepada Her Vintage Vow.

Koleksi Diamond tampil untuk mereka yang minimalis dengan sentuhan elegan abadi yang tidak pernah lapuk ditelan zaman.

Yellow Diamond pula memancarkan pesona ceria menerusi kilauan emas istimewa yang memberi aura mewah kepada si pemakai.

Koleksi Pearl mengekalkan keanggunan klasik dengan aura tenang yang abadi, sesuai untuk pengantin yang menghargai gaya timeless.

Sementara itu, Diamond Cut menampilkan pertukangan halus yang diinspirasikan daripada motif warisan Melayu, menjadikannya unik dan penuh seni.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Tomei menganjurkan Tomei Wedding Fair di IOI City Mall, Putrajaya, dari 3 hingga 16 September 2025.

Pengunjung berpeluang meneroka keseluruhan koleksi Bridal 2025, menyertai sesi Style Talk bersama pelakon Anna Jobling serta kolaborasi dengan Tangsi Tujuh yang memberi perspektif baharu dalam gaya perkahwinan Nusantara moden.

Tidak sekadar itu, pengunjung juga disajikan dengan pengalaman unik menerusi Sanrio Pop-up Experience yang membolehkan mereka menikmati pelbagai tawaran istimewa dan hadiah eksklusif.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk Sanrio Blind Box edisi baharu, 999 Hello Kitty Sports Medal Gold Wafer dan pelbagai barangan menarik lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 20 Jun 2018

Perkahwinan Berkonsepkan Taman Atau Di Waktu Malam Memang Romantis Tapi…

Meskipun resepsi yang dilatari hutan hijau dan disemarakkan dengan bunyian unggas kedengaran sungguh mengasyikkan, realitinya, sungguh mengejutkan.

Cahaya Mata Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Perbualan WhatsApp, Anak Ozlynn Terima Pujian Solat & Mengaji Di Masjid

Pelakon Ozlynn berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama anak sulungnya, Ahmad Ariq dimuat naik di Instagram.   View this post on Instagram   A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) Menerusi hantaran terbabit, Ariq […]

Gaya Hidup Wed, 11 Apr 2018

Sebenarnya Berapa Kerap Patut Anda Cuci Seluar Jeans Anda? Ini Jawapannya

Bila baru perlu kita cuci jeans? Selepas dua kali pakai atau 4 kali?

Gaya Hidup Tue, 17 Mar 2020
Gaya Hidup Mon, 29 Jun 2020
Featured Thu, 8 Aug 2019

Tengah cari kerja? Pastikan resume anda tiada bahagian yang tidak relevan ini

Pengurus pengambilan pekerja tiada masa nak tengok!

Gaya Hidup Sat, 25 Aug 2018

5 Kegunaan Kulit Timun Yang Patut Anda Tahu

Kulit timun boleh halau semut!

Featured Wed, 27 May 2020

Patuhi SOP khusus untuk proses sanitasi ditetapkan KKM

Dapatkan maklumat jika tidak jelas

Cahaya Mata Wed, 14 Dec 2022

“Jarang Ayah Nak Manjakan…” – Aliff Syukri Mahu Terus Kerja Keras, Tak Kisah Kecaman Orang

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak kisah jika dirinya menjadi bahan kecaman warganet dalam mencari rezeki yang halal.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris) Menerusi […]

Gaya Hidup Tue, 16 Oct 2018

Adakah Anda Memiliki 10 Ciri Ini? Jika Ada, Sah Anda Drama Queen!

Misi dalam hidup si drama queen tidak lain tidak bukan mahu diberi perhatian juga menjadi perhatian!

error: Content is protected !!