Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 21, 2021 @ 10:20am

“Bulan Puasa Bulan Paling Sibuk” – Fazley Yaakob

“Jujur saya katakan, jadual saya rangka dua minggu awal. Ada sahaja aktiviti yang saya lakukan setiap hari,” kata penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengenai aktiviti hariannya dalam merencana kerjaya.

Menurut Fazley, kesibukannya bertambah ketika memasuki bulan Ramadan.

“Saya bagi staf saya cuti sehari atau dua hari, tetapi saya sendiri tak bercuti. Ada sahaja aktiviti seni membabitkan penggambaran program masakan, lawatan ke restoran saya, kolaborasi dengan beberapa jenama serta hotel dan banyak lagi kerja yang saya harus lunaskan.

“Saya juga harus mencuri masa untuk dihabiskan bersama famili dan anak-anak. Jadual saya memang penuh. Tapi Alhamdulillah, saya dikurniakan orang sekeliling yang memudahkan saya dan semuanya berjalan lancar.

“Bulan puasa adalah bulan paling sibuk. Saya terlibat dengan banyak aktiviti. Tak ada istilah rehat untuk saya tetapi saya bersyukur semuanya dipermudahkan,” katanya.

Fazley ditemui pada majlis pelancaran Restoran Mala-Mala di Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Restoran milik Fazley ini memberi peluang kepada para pengunjung menikmati hidangan Mala Dry Pot.

“Restoran ini mengetengahkan masakan tradisional dari Wilayah Sichuan yang terletak di China. Ia khusus buat mereka yang gemarkan makanan pedas.

“Konsepnya sangat unik dan bersesuaian dengan rakyat Malaysia yang menggemari makanan pedas yang halal daripada air tangan saya sendiri,” katanya.

Istimewa buat semua pengunjung di bulan Ramadan ini, Mala Mala memperkenalkan menu Datuk Fazley Punya Ramadan Set For Two yang menyediakan ayam goreng, kerepek teratai, kuih-muih tradisional, kurma, Sirap Limau Ais Zero Kalori dan banyak lagi pilihan lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Zara Zya Nafi Dakwaan Sudah Bernikah Di Thailand

Zara Zya nafi sudah berkahwin di Thailand

Hiburan Sat, 14 Jun 2025

Maher Zain Tak Lupa Palestin, Dedikasi Empat Lagu Dalam Konsert KL

Maher Zain konsert pertama jelajah Asia Tenggara

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Nabila Razali Terima Permohonan Maaf Individu Gelar ‘Chipmunk’ Secara Berhadapan – “Mungkin Dia Terlalu Teruja Atau…”

Nabila Razali berkata, individu berkenaan menghubunginya melalui mesej peribadi selepas dia berkongsi pengalaman di Threads.

Featured Sat, 23 Jul 2022
Trending Tue, 20 Apr 2021
error: Content is protected !!