Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 6, 2022 @ 9:17pm

“Sambutan Raya Tahun Ini Penuh Freedom, Jauh Dari Segala Anasir Lain” – Shila Amzah

Penyanyi terkenal Shila Amzah mengakui sambutan hari raya pada tahun ini adalah sambutan yang paling bermakna setelah melangkah ke fasa kehidupan yang baru.

Shila, 31, menyifatkan sambutan raya kali ini seakan mendapat ‘kebebasan’ dan boleh membuat persiapan sepenuhnya tanpa perlu memikirkan pihak ketiga.

“Raya tahun ini raya paling bermakna dan yang paling happy. Sebab pada saya ini adalah satu kebebasan yang luar biasa.

“Pada saya kenapa sambutan raya tahun ini sangat bermakna sebab saya dapat merasai sebuah sambutan yang kali ini saya betul-betul dapat involve sepenuhnya tanpa perlu memikirkan anasir-anasir luar biasa yang lain tu.

“Saya fokus sepenuhnya kepada anak sebab pada saya sambutan hari raya amat penting kepada anak-anak,” kata Shila.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Untuk rekod, Shila dan bekas suaminya, Haris Idraki Elias mendirikan rumah tangga pada April 2018 namun rumah tangga mereka tidak bertahan dan bercerai pada Februari 2022. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang putera Seth Uwais.

Shila ditemui ketika sidang media untuk program tonton Soundstage: Shila Amzah & Friends baru-baru ini.

Program satu jam ini mengisahkan perjalanan kerjaya Shila Amzah sebagai seorang penyanyi dan meraikan muzik bersama-sama dengan rakan-rakannya di industri hiburan.

Dihoskan oleh Shila, program ini juga menampilkan Jihan Muse, Fara Fauzana, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Sekumpulan Orang Gila (S.O.G) sebagai selebriti jemputan.

Lagu-lagu yang dipersembahkan dalam program ini adalah Patah Seribu, Memori Tercipta (Shila Amzah), Pelukan Angkasa (Shila Amzah & S.O.G), Beribu Sesalan (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor), lagu medley Ikut Rentakku / Drama (Jaclyn Victor & Ning Baizura), Bunga Api Di Hati (Fara Fauzana, Jihan Muse & Shila Amzah).

Program ‘Tonton Soundstage: Shila Amzah & Friends’ akan disiarkan di TV3 pada 7 Mei 2022 (Sabtu) pada pukul 10 malam.

Menurut penerbit program ini, Nurhul Huda Haji Khalid, penonton juga boleh menonton program ini di portal tonton, di mana akan ada ‘extended’ version.

“Dekat TV kita dah sunting manakala di portal tonton ada behind the scene serta soalan-soalan yang mungkin tak dapat dikeluarkan di TV akan disiarkan di portal tonton,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Apr 2026

“Semua Ni Hasil Titik Peluh Sendiri, Dari Kosong Sampai Siap” – Mekyun Berjaya Miliki Rumah Pertama Sebelum Usia 30 Tahun

Mekyun berjaya mencapai salah satu impian terbesar dalam hidupnya sebelum mencecah usia 30 tahun.

Events Fri, 29 Apr 2022
Featured Wed, 9 Apr 2025

“Ia Buat Saya Fikir Soal Kematian”- Alami Serangan Jantung, Zamarul Hisham Kongsi Status Kesihatan

Pelakon versatile, Zamarul Hisham mengaku keadaan kesihatannya kini bertambah baik.

Featured Wed, 30 Apr 2025

Hael Husaini Kini Bahagia, Bakal Tamat Zaman Bujang Dalam Masa Terdekat

Hel menyerahkan soal jodoh kepada yang maha Esa.

Drama Mon, 2 Mar 2026

Khianat Yang Terpilih

Khianat Yang Terpilih merupakan drama bersiri Melayu 2026 yang disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia

error: Content is protected !!