Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie May 20, 2020 @ 7:06pm

Caj kuarantin 50 peratus dikenakan kepada rakyat yang pulang dari luar negara

Tiada lagi penginapan percuma bagi rakyat Malaysia di luar negara yang ingin pulang ke tanah air mulai 1 Jun 2020.

Penginapan itu membabitkan arahan kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan Kerajaan sebaik tiba di semua pintu masuk antarabangsa Malaysia.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKPB, di Putrajaya, hari ini.Foto: Harry Salzman

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata caj berkenaan yang berkuakuasa mulai 1 Jun 2020 membabitkan semua rakyat yang ingin memasuki negara ini.

“Keputusan itu diambil Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengenakan caj kuarantin hotel ke atas semua individu yang memasuki pintu masuk negara bermula 1 Jun.

“Bagi warganegara yang pulang, mereka akan dikuarantin wajib dan perlu membayar sebanyak 50 peratus daripada kadar penuh bayaran hotel iaitu separuh daripada RM150 yang dikenakan, manakala bukan warganegara tetapi permastautin tetap akan dikenakan bayaran100 peratus,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKPB, di Putrajaya, hari ini.

Bagi warganegara yang pulang dan dikuarantin wajib, mereka perlu membayar sebanyak 50 peratus daripada kadar penuh bayaran hotel – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Sejak 2 April lalu, seramai 38,371 rakyat yang pulang dari luar negara sudah menjalani kuarantin wajib selama 14 hari dan sebanyak 30,200 individu selesai menjalani kuarantin wajib dan dibenarkan pulang.

Sehingga pagi ini sebanyak 259 pusat kuarantin sudah beroperasi berbanding 256 pada hari sebelumnya dengan 17,449 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Sebelum ini, Kerajaan menanggung 100 peratus kos penginapan dan makanan sepanjang perintah wajib kuarantin 14 hari, namun didapati ada rakyat yang tidak bertanggungjawab termasuk merosakkan kemudahan disediakan di pusat kuarantin disediakan.

Dengan pelaksanaan arahan baharu itu, Kerajaan hanya akan menanggung separuh daripada bayaran yang ditetapkan untuk proses kuarantin wajib itu bagi warganegara Malaysia.

Hotel turut dijadikan pusat kuarantin untuk rakyat yang baharu pulang dari luar negara – gambar hiasan. Foto: NSTP/Asyraf Hamzah.

Ismail Sabri berkata, bagi tujuan itu semua warganegara atau permaustatin tetap yang bercadang untuk pulang ke Malaysia perlu menandatangani surat persetujuan untuk pembayaran berkenaan.

“MKN juga membuat keputusan mewajibkan semua warganegara yang ingin pulang ke tanah air menandatangani surat persetujuan pembayaran 50 peratus bagi warganegara dan 100 peratus bagi bukan warganegara.

“Mereka boleh melakukan urusan ini di pejabat kedutaan Malaysia dan kedutaan akan mengeluarkan surat kelulusan untuk pulang ke tanah air.

“Jabatan Imigresen akan mengeluarkan arahan kepada syarikat penerbangan bagi memastikan setiap penumpang perlu mempunyai surat berkenaan sebelum berlepas pulang dan memasuki negara ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Dec 2024

Abby Abadi Jadi Mangsa Scammer Gara-Gara Mahu Ramai Follower – “Senang Sangat Terpengaruh”

Abby mengaku insiden yang berlaku berpunca daripada khilafnya.

Featured Sun, 26 May 2024
Gaya Hidup Fri, 27 Apr 2018

9 Kediaman Mewah Paling Privasi Di Dunia, Rumah Terakhir Paling Tricky

Sesetengah orang terlalu ‘private’ sehinggakan lokasi kawasan perumahan mereka bukan saja jauh dari hiruk-pikuk kota malah berselindung di balik batu, pokok dan di tebing bukit.

Featured Fri, 10 Jan 2025
Featured Tue, 2 Feb 2021
Featured Wed, 17 May 2023
Featured Thu, 23 Apr 2020

Petugas barisan hadapan boleh qada puasa jika tidak berkemampuan

Buka puasa agar tidak jejas tugas merawat pesakit

Featured Sat, 29 Oct 2022

Jaga Hati Isteri, Aksi Teuku Ryan Pegang Tangan Ria Ricis Raih Perhatian

Pelakon dan YouTuber Indonesia, Ria Ricis tular di media sosial kerana menerima layanan sangat baik suami, Teuku Ryan. Ryan yang memegang tangan Ricis semasa seorang pekerja butik yang tiba-tiba datang mendekati mereka untuk membetulkan cara […]

Gaya Hidup Fri, 3 Jan 2020

69 % rakyat Malaysia mahu mengembara sendirian, anda bagaimana?

Keselematan, kesunyian bukan halangan dengan Klook!

error: Content is protected !!