Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Padin February 28, 2025 @ 3:45pm

Catat Sejarah & Kejayaan Tersendiri, AGPGM Terima 5 Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia (AGPGM) mencipta kejayaan membanggakan apabila diiktiraf sebagai jenama ayam gepuk pertama di Malaysia yang menerima lima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR).

Menurut Ketua Pegawai Operasi AGPGM, Zulkarnain Mohd Yusof, pencapaian ini merangkumi pengiktirafan sebagai jenama ayam gepuk pertama di Malaysia yang mendapat pensijilan halal, rangkaian restoran ayam gepuk terbesar, jualan tertinggi dalam tempoh setahun serta jumlah ayam gepuk terjual terbanyak dalam setahun.

“Penghargaan daripada MBOR ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap jenama kami, tetapi juga satu amanah besar untuk terus mengekalkan kualiti serta kepercayaan pengguna.

“Kejayaan ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada pelanggan, rakan niaga dan pembekal yang telah bersama kami sejak awal perjalanan,” katanya.

Zulkarnain ditemui di Majlis Penyampaian Anugerah Malaysia Book of Records AGPGM pada Khamis.

Majlis itu turut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, serta Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Datuk Indera Hermono.

Pensijilan Halal Perkukuh Keyakinan Pengguna

Zulkarnain turut menegaskan pengiktirafan ini membuktikan AGPGM sentiasa komited dalam memastikan makanan yang disediakan menepati piawaian halal dan berkualiti tinggi.

“Pensijilan halal yang diterima baru-baru ini mengukuhkan lagi usaha kami untuk menyediakan makanan yang bersih, selamat dan berkualiti. Selain memberi jaminan kepada pelanggan, ia juga memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat industri halal global.

“Dengan status halal yang diperakui, AGPGM bukan sahaja memenuhi keperluan pasaran domestik, tetapi juga bersedia untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa, sejajar dengan aspirasi negara sebagai hab halal dunia,” katanya.

Menurutnya lagi, jenama ini berhasrat untuk terus berkembang dengan memperkenalkan lebih banyak inovasi dalam menu dan memperluaskan operasinya ke pasaran baharu.

“Ketika ini, AGPGM sudah mempunyai lebih 800 cawangan di Indonesia dan hampir 100 cawangan di Malaysia. Kami juga sedang merancang pembukaan cawangan pertama di luar negara, yang menjadi satu lagi langkah penting dalam strategi pengembangan jenama ini,” tambahnya.

Sambal Kemiri Tarikan Terbaharu AGPGM

Sebagai sebahagian daripada usaha memperkenalkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan, AGPGM turut melancarkan produk baharu, Sambal Kemiri, yang diperkenalkan secara eksklusif pada majlis tersebut.

“Sambal Kemiri ini merupakan produk inovatif yang direka khas untuk membolehkan pelanggan menikmati rasa autentik ‘PG by Pak Gembus’ di rumah mereka sendiri. Ia berbeza daripada sambal yang dihidangkan di restoran dan sesuai untuk pelbagai jenis hidangan.

“Dalam masa terdekat, produk ini akan dijual menerusi platform e-dagang seperti Shopee dan TikTok Shop. Kami menggalakkan pelanggan untuk mengikuti akaun rasmi ‘PG by Pak Gembus’ di kedua-dua platform bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pelancaran serta promosi istimewa,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Fri, 25 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda

Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jangan sampai bawang putih hangus).

Fab Foodies! Mon, 8 Oct 2018

Hebatnya Sebiji Kentang Dapat Membantu Turun Berat Badan

Vitamin B, potassium, dan vitamin C sensitif terhadap air dan panas, sehingga mudah untuk hancur dengan metode masak tertentu.

Fab Foodies! Wed, 25 Apr 2018

专家揭「爱喝酒9大危害」不只痴呆还会罹癌

你也是下了班喜欢和三五好友小酌几杯,抱怨疲劳工作一周所发生的事。尽管适量饮酒(女性每天一杯或男​​性一天两杯)已显示对健康有某程度的正面影响,但长时间饮酒过量不会增加额外的效益。

Fab Foodies! Tue, 24 Dec 2019

Acai Bowl; Instagrammable, Filling And Nutritious

Not only it is a feast for the eyes, it is also a feast for the tummy and health as well.

Fab Foodies! Wed, 5 Sep 2018
Fab Foodies! Sat, 13 Jan 2018

金马仑珍珠玉米和山寨玉米 你有买对吗?

金马伦竟然有三寨玉米?而且还跟珍珠玉米很像。虽然有很多不肯定,不用担心!小编会慢慢为你们解释,只要跟着这片文章,你你就会学到如何分辨出真的珍珠玉米!

Fab Foodies! Mon, 13 Nov 2017

全马超有feel的星巴克,你打卡了没有?

每次到国外旅行,都要到当地的星巴克喝杯咖啡,拍张照片,上载到个人社交网站跟朋友炫耀一下。话说其实马来西亚也有多间超有feel的星巴克,别总是羡慕国外的月亮比较圆,这个周末不妨随着小编的介绍,拿本书到其中一家叹咖啡,扮下文青!

Fab Foodies! Thu, 10 Jan 2019

Ring in the New Year with Sumptuous Food at Hilton Petaling Jaya

Chinese New Year is a time for families to come together, so why not do it with delicious food.

Fab Foodies! Thu, 7 Nov 2019

A Talk About Cereal: A Sugar Bomb Camouflaged as Healthy Food?

Cereal has always been advertised as a better alternative to a healthier lifestyle, but the question is, is it really?

error: Content is protected !!