Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops July 31, 2018 @ 5:00pm

Catriona Ross Berbesar Hati Dipuji Dr Amalina?

Kalau dilihat kepada berat dan bentuk badan pelakon Jangan Benci Cintaku, Catriona Ross sebelum ini dan sekarang ramai yang cukup teruja bagaimanakah agaknya pelakon itu berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 17 kilogram dalam masa lima bulan tanpa perlu mengambil mana-mana pil kesihatan.

Susulan itu, Dr Nur Amalina Che Bakri, seorang yang dianggap profesional dalam dunia perubatan, memuat naik kenyataan memuji usaha Catriona yang menjaga pengambilan makanan dan kerap bersenam tanpa bergantung kepada sebarang pil kurus untuk menurunkan berat badan, menerusi laman Twitternya. 

Menyedari hal itu, Catriona berbesar hati dan bersyukur dengan kenyataan diberikan oleh Dr Amalina. Tidak sangka doktor yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan 17A1 itu mengikuti perkembangan Catriona dalam  menurunkan berat badan dengan menjalani gaya hidup sihat.

“Apa membuatkan saya tersenyum adalah kenyataan diberikan beliau dapat membantu dan memberi inspirasi untuk terus memperbaiki usaha pada masa depan.

“Saya harap kata-katanya dapat dijadikan sebagai pembakar semangat kepada wanita terutama bergelar ibu agar kembali sihat dengan cara yang betul.” Katanya.

Tambah pelakon itu lagi, dia tidak pernah terfikir untuk mengambil jalan mudah dengan mengambil pil kurus untuk menurunkan berat badan.

“Seperti dikatakan Dr Amalina, memang benar saya tidak pernah mengambil sebarang pil diet kerana bimbang kesan akibatnya malah saya turut menjaga pemakanan harian,”€ katanya.

Contohilah pelakon Catriona Ross dalam menurunkan berat badan secara sihat ya. Usaha dan kerja keras pasti akan membuahkan hasil yang memuaskan!

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Oct 2025
Hiburan Tue, 13 Nov 2018

「漫威之父」史丹李逝世!享寿95岁

「漫威之父」史丹李(Stan Lee)12日逝世,享寿95岁。

Featured Fri, 20 Mar 2026

Nas-T Kongsi Tradisi Baju Raya Sedondon Itu Wajib, Akui Aidilfitri Tak Sama Tanpa Arwah Ayah & Adik

Pelakon Nas-T berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila mengakui sambutan Aidilfitri sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak lagi sama selepas kehilangan insan tersayang.

Featured Mon, 8 May 2023
Hiburan Tue, 28 Oct 2025

Cari 12 Bakat Baharu, Penerbit Jaja Ishak Pentingkan Disiplin – “Pernah Jumpa Penyanyi Yang Enggan Datang Promosi”

Jaja Ishak menegaskan kejayaan seseorang artis tidak hanya bergantung pada bakat dan populariti.

Featured Tue, 6 Sep 2022
error: Content is protected !!