Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 12, 2020 @ 9:50pm

Cedera Parah Disamun Jiran Dalam Lif

Seorang wanita cedera parah akibat ditikam 10 kali ketika disamun seorang jirannya, dalam kejadian dalam sebuah lif di Flat Taman Sri Damai, Jelutong, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata kejadian berlaku 11.16 malam Rabu lalu, ketika mangsa berusia 20 tahun berseorangan di dalam lif untuk pulang ke rumahnya, sebelum lif dimasuki seorang lelaki bertopeng.

“Sebaik pintu lif ditutup, lelaki itu terus menyerang wanita itu dan menikam di bahagian belakang mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah pisau, sebelum menyamun dompet serta telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri.

Wanita yang cedera parah itu kemudiannya mendapatkan bantuan ahli keluarga, sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang tidak bekerja itu kerugian kira-kira RM500 selepas telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM100 dalam dompetnya disamun suspek, selain kehilangan dokumen pengenalan diri.

Soffian berkata, bertindak atas maklumat pihaknya menahan seorang suspek berusia 26 tahun yang juga jiran mangsa dan selepas diperiksa, lelaki yang tidak bekerja itu di positif dadah serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Lelaki itu kini direman sehingga 15 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, iaitu samun mendatangkan kecederaan parah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Soffian berkata, wanita itu masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, namun dilaporkan di dalam keadaan stabil.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Jul 2023
Trending Tue, 12 Jan 2021

Agong Perkenan Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

Kita belum menang, patuh SOP!

Hiburan Tue, 27 Jan 2026
Featured Wed, 21 Sep 2022
Featured Wed, 30 Nov 2022

“Dia Pernah Masuk Lokap, Tapi…” – Dakwa Dianaya Selama 3 Tahun & Dipukul Hampir Separuh Nyawa, Bekas Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata & Badan Lebam

Allahh, teruknya lebam dekat mata tuu 🥵😭 Perkara macam ni takkan nak dibuat main kan? Hmm apapun semoga dipermudah segala urusan buat mereka

Trending Wed, 26 Dec 2018

Rebat Bil Elektrik RM40 Kepada 185,000 Miskin Tegar Tahun Hadapan

Program rebat bil elektrik adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kualiti hidup rakyat seperti yang telah dinyatakan dalam Bajet 2019 pada 2 November lepas

#ThrowbackXTRA Wed, 14 Jun 2023
Featured Tue, 21 Mar 2023
error: Content is protected !!