Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin April 10, 2019 @ 11:46am

Cinderella versi Muslimah? Gadis ini buktikan watak Puteri Disney masih boleh direalisasikan walaupun berhijab

Oleh Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Sejak kecil, anda pasti sempat merasai zaman puteri Disney yang disiarkan di kaca televisyen dan mula memasang keinginan untuk mencuba pelbagai fesyen yang mereka gayakan.

Cinderella misalnya memakai gaun berwarna biru dan berambut emas mampu mencairkan sesiapa yang pernah melihat cerita dongeng yang difilemkan Disney itu.

Wan Izzdihar Wan Aidnil berjaya memberikan sentuhan berbeza kepada fesyen yang digayakan oleh Cinderella dengan menyuntik elemen muslimah.

Dengan tema karakter filem, Wan Izzdihar memilih watak Cinderella untuk ditiru pada majlis makan malam bagi sambutan graduasi pelajar jurusan Undang-undang.

Foto: Wan Izzdihar

Pelajar jurusan Undang-undang  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini tidak kekok menyuai padankan fesyen yang kebiasaannya digayakan oleh wanita yang tidak bertudung. Malah, dia mengenakan tudung bawal yang hanya bernilai RM5!

Gaun Cinderella yang kebiasaannya digayakan oleh gadis Barat telah berjaya diberikan nafas baru olehnya. Bagi menutup lengannya, dia  memakai sarung tangan berwarna putih yang biasa dilihat dalam filem terkenal seperti Tiga Abdul lakonan Seniwati Sarimah Ahmad.

Foto: Wan Izzdihar

“Saya tidak terlalu memilih apabila berfesyen kerana saya merasakan bahawa ia adalah seni yang patut dihargai oleh setiap orang. Meskipun pakaian yang dibeli adalah tidak berjenama, tetapi cara penggayaan seseorang itu yang harus dititik beratkan,” katanya gadis berusia 24 tahun ini.

Meskipun dia gemar bergaya, pemilihan baju yang dipakai juga bergantung kepada tahap kemampuan seseorang.

Disebabkan statusnya sebagai pelajar dan sedang menjalani jurusan Undang-undang yang menuntut kekemasan dalam penampilan diri, dia mencari alternatif yang paling murah dan pada masa  sama, tampak bergaya.

Oleh sebab itulah dia mula menjinakkan diri dalam ‘arena’ fesyen pakaian terpakai dan mula membeli pakaian terpakai di ‘Bundle’ sejak berusia 17 tahun lagi.

Foto: Wan Izzdihar

”Fesyen yang dijual di kedai pakaian terpakai ini kebanyakannya adalah daripada zaman dahulu yang sudah tidak dipakai pada zaman sekarang,” jelasnya.

Anak jati kelahiran Kuala Lumpur ini kadangkala berbangga apabila ada dalam kalangan rakan menganggap pakaiannya adalah daripada jenama terkemuka walhal ia hanya dibeli dengan harga serendah RM5.

Dia juga menitipkan pesanan khas buat gadis di luar sana agar mencari identiti sendiri supaya mereka dapat lebih bebas mencari pakaian yang bersesuaian dengan jiwa mereka. 

Foto: Wan izzdihar

Jika anda seorang yang ceria, cari pakaian yang menggambarkan personaliti anda yang sebenar. 

Wan Izzdihar menyewa gaun Cinderella ini di  kedai menjual kostum di ibu kota dengan harga RM150. Jika anda berminat untuk menyewanya, kunjungi alamat di bawah:

Costume Empire (KL),

1st Floor, Wisma Central, Lot 2.36 & 2.37,

Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 19 Jul 2018

Tip-Tip Memilih Pakaian Yang Sesuai Untuk Janji Temu Pertama Anda Dengan Teman Istimewa

Kena pilih betul-betul! Kalau tak sesuai, turn off pula teman anda nanti.

Oh Lawa Sat, 5 Oct 2019
Oh Lawa Mon, 9 Apr 2018

Transformasi Pakaian Lama Anda Kepada Sesuatu Yang Trendy Dengan Teknik DIY Ini

DIY atau erti kata lain Do It Yourself adalah satu daya kreativiti dalam memanfaatkan barangan terpakai dan menjadikannya sesuatu yang bermanfaat. Buat para gadis, video yang dikongsikan untuk anda ini pastinya dapat membantu sekaligus membuatkan anda berfikir dua kali sama ada mahu membuang baju lama atau bergaya ranggi dengannya  selepas mempelajari teknik DIY. Selamat mencuba!

Featured Thu, 3 Jan 2019
Oh Lawa Wed, 28 Aug 2019

4 bahan bahaya dalam kosmetik

Kalau nak kulit sempurna, berhati-hati beli produk kecantikan!

Featured Tue, 1 Oct 2019

Sniker botol plastik, inisiatif Aldo selamatkan bumi

Dua penyelesaian masalah alam sekitar dalam satu kasut RPPL

Oh Lawa Thu, 10 Oct 2019

Berapa kerap perlu anda potong rambut? Ini jawapan pakar

Jika tak potong langsung, rambut bercabang boleh jadi lebih teruk.

Featured Mon, 13 Aug 2018

Tahukah Anda Baking Soda Boleh Menyebabkan Iritasi Pada Kulit Wajah?

Penggunaan baking soda dalam perawatan kulit dapat memberikan kesan yang buruk.

Oh Lawa Wed, 12 Sep 2018

Bukan Lagi Pakaian Rasmi, Batik Kini Lebih Sensasi Dan Ranggi!

Batik kini dihadirkan dalam variasi rekaan menarik antaranya dress, skirt, kemeja lelaki, palazzo, skaf, pakaian kanak-kanak, tas tangan dan kasut.

error: Content is protected !!