Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain November 5, 2023 @ 1:07pm

Cinta Hatiku Cipta Memori Bermakna, Wany Hasrita Akui Masih Dalam Fasa Sesuaikan Diri Sebagai Ibu – “Terkadang Saya Sampai Menangis…”

Penyanyi Wany Hasrita mengakui dirinya kini masih dalam fasa menyesuaikan diri selepas bergelar seorang ibu kepada anaknya, Aishah Al Iman.

Menurut Wany, kehidupannya sangat berbeza selepas bergelar seorang ibu bahkan ada ketika dirinya tidak mampu menahan emosi lebih-lebih lagi berjauhan dengan suaminya, Mohd Al Adib Fahmi yang bekerja di Sarawak.

“Memang sangat berbeza kehidupan sebelum dan selepas bergelar ibu. Sekarang saya dalam fasa menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Terkadang saya sampai menangis tapi bila tengok Aishah senyum, terus hilang semua rasa penat lelah tu.

“Tambahan pula buat masa ini saya masih berulang alik dari KL ke Kuching dan Kuching ke KL bagi memenuhi tanggungjawab kerjaya seni disamping menjalankan tanggungjawap sebagai isteri dan juga ibu.

“Walaubagaimanapun mungkin di masa depan saya bercadang untuk terus menetap di Kuching bersama suami dan anak. Dan jika ada tuntutan kerja, saya terbang balik ke KL,” katanya.

Dalam pada itu, Wany sempat berkongsi berkenaan penglibatan anaknya, Aishah yang muncul di dalam muzik video lagu terbaharunya, Cinta Hatiku.

Wany berkata, dia sudah lama meminta syarikat FMC Music menghasilkan lagu tentang cahaya mata buatnya sebagai tanda syukur semenjak kehadiran Aishah dalam hidupnya dan suami

Lebih menarik lagi, suaminya, Adib turut mengizinkan penglibatan anak perempuan sulung mereka itu demi menjayakan muzik video single terbaharu isterinya.

“Saya sangat berterima kasih pada suami yang dikasihi kerana memahami dan mengizinkan penglibatan Aishah dalam muzik video Cinta Hatiku.

“Aishah masih sangat kecil, jadi Wany perlu meminta persetujuan suami dulu. Alhamdulillah Wany dikurniakan suami yang penyayang serta memahami tentang tuntutan kerjaya seni saya,” jelasnya.

Tambah Wany, lagu ciptaan Rudy Nastia dan lirik oleh Mawar Kasih itu telah dirakamnya ketika usia kandungannya sudah berusia 37 minggu.

“Saya sangat teruja semenjak proses rakaman vokal lagi. Kerana itu kali pertama saya merakamkan lagu ditemani seseorang di dalam studio.

“Walaupun waktu itu Aishah masih dalam kandungan tapi Wany boleh rasakan kehadiran Aishah seolah memberi semangat pada Wany Ketika dalam studio,” katanya.

Kini, orang ramai sudah boleh menonton muzik video Cinta Hatiku dengan kemunculan khas puteri kesayang Wany, Aishah Al Amin di YouTube FMC Music yang sudah dilancarkan sejak 2 November lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Tak Kisah Kalau Radio Tak Main Lagu Saya, Janji…

Jujurnya, saya tak kisah apakah mereka (stesen radio) mahu putar atau tidak lagu saya. Bukan merajuk tapi…

Featured Thu, 21 Aug 2025

Digelar B*ngap Gara-Gara Kongsi Foto Hadir Majlis Ilmu, Shiha Zikir Komen : “Harap Tak Koyak Kalau Orang Lain Pula B*ngapkan Awak”

Pelantun lagu AEWO itu akhirnya bersuara dengan mempersoalkan tindakan individu berkenaan.

Featured Tue, 28 May 2024
Hiburan Fri, 21 Feb 2025

[VIDEO] Nafi Hanya Mahu Lelaki Kaya, Fiza Halim Sedang Rapat Dengan Duda Anak Satu – “Yang Penting Bukan Suami Orang”

Fiza Halim enggan terburu-buru dalam berkahwin, masih kenal hati duda anak satu

Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Elak Stress, Ebby Yus Lebih Selektif Pilih Watak

Semoga diberikan kesembuhan buat Ebby Yus…Amin

Hiburan Thu, 7 Jul 2022
error: Content is protected !!