Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 14, 2021 @ 3:10pm

“Crazy On How Rich People Can Simply Tindas…” – Kontroversi Daging Harimau Menangis Undang Perdebatan Netizen

Siapa agaknya yang tidak kenal dengan produk ‘paling’ hangat di pasaran ketika ini, daging Harimau Menangis keluaran Aunty Tini Kitchen yang sering menjadi antara subjek utama dalam insta story selebriti popular tanah air sejak kebelakangan ini.

Namun, timbul kontroversi apabila pihak Perbadanan Harta Intelek (myIPO) dikatakan telah menasihati ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed agar tidak mendahului pihaknya dengan mendakwa jenama daging Harimau Menangis itu telahpun didaftar sebagai hak eksklusif dan cap dagangan.

Perkara ini telahpun dimuat naik menerusi satu hantaran di laman sosial Twitter myIPO pada Rabu.

Walaubagaimana pun, perkara ini masih dalam proses pemeriksaan.

” Crazy on how rich people can simply tindas other small sellers…”

Melihat kepada isu ini serta komen yang diberikan oleh netizen menerusi ruangan twitter, rata-rata ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan ibu kepada Neelofa ini.

Malah, ada yang beranggapan status kekayaan menjadi kayu pengukur kepada kes penjenamaan produk makanan tersebut.

Namun, ada segelintir netizen yang menasihatkan agar ibu Lofa tampil menjelaskan perkara tersebut supaya tidak timbul sebarang kontroversi sehingga ianya jatuh fitnah.

Netizen siap tunjuk bukti!

Memandangkan isu daging harimau menangis menjadi perdebatan hangat dikalangan netizen, ada juga nampaknya yang sempat menunjukkan bukti bahawa perkataan daging harimau menangis ini adalah perkataan biasa yang terkandung di dalam kamus dewan.

Apapun, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan netizen tidak cepat melatah sehingga timbulnya fitnah diantara kedua belah pihak okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Mar 2018

‘Power Couple’ Zayn Malik & Gigi Hadid Dah Berpisah! Ini Sebabnya…Oh, Tidak!

Bukan selalu kita dapat jumpa pasangan selebriti di mana dua-dua individu pun fotogenik dan cantik.

Trending Wed, 8 Jul 2020
Hiburan Wed, 17 Sep 2025
Trending Tue, 20 Mar 2018

Lelaki Tembak MH17 Bunuh Diri?

Polis Mykolaiv dalam satu kenyataan di Facebook, menyifatkan insiden itu sebagai kes bunuh diri tetapi menyiasat kemungkinan ia satu “pembunuhan dirancang”.

Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Hiburan Thu, 20 Feb 2025

“Kenapa Soal Bersentuhan Selalu Ditanya Kepada Wanita Berhijab?” – Kenyataan Hannah Delisha Dipertikai Warganet

Hannah Delisha mempersoalkan sama ada pelakon tidak berhijab boleh bersentuhan

error: Content is protected !!