Hiburan By: SGMS Faida November 12, 2018 @ 4:31am

#Mentor7: Ada Sebab Hafiz Pilih Amal, Azmirul Jadi Protege

Penyanyi Hafiz Suip memaklumkan dia memiliki sebab tersendiri mengenai pemilihan dua protege dalam program Mentor 7 yang berlangsung malam tadi.

Hafiz mengekalkan Mohd Amal Mohd Faudzi (Amal) dan Muhammad Azmirul Hafiz Azman, (Azmirul) kerana berpuas-hati dengan persembahan dua pemuda ini ketika menyampaikan lagu tugasan masing-masing.

“ Saya boleh rasakan tenaga yang mereka sampaikan. Bukan itu sahaja, semangat dan komitmen mereka membuatkan saya lebih yakin mereka mampu menjadi protege yang bakal memberi saingan hebat.

“ Saya tidak nafikan ketiga-tiga mereka hebat dan memiliki keunikan tersendiri cuma persembahan Nadia penghayatannya sedikit berbanding Azmirul dan Amal,” katanya ketika ditemui sejurus tamat konsert kedua Mentor 7 di Sri Pentas 2, malam tadi.

Tambah Hafiz, tenaga dan penghayatan amat penting untuk menjadi seorang penghibur.

“ Saya sendiri pernah menyertai pertandingan program realiti. Dua elemen di atas adalah sangat penting.

“ Tetapi jangan salah faham, saya tidak bermaksud Nadia tidak bagus. Saya lihat dia juga ada bakat untuk jadi artis rakaman satu hari nanti. 

“ Nadia juga ada pengalaman menyertai pertandingan nyanyian di stesen lain sebelum ini, saya percaya dia boleh pergi jauh,” katanya.

Hafiz juga memaklumkan pemilihan Amal dan Azmirul bukan disebabkan keduanya tidak mempunyai pengalaman dalam industri hiburan.

Konsert kedua Mentor 7 turut menyaksikan langkah Siti Nurnadia Mohd Rozi (Nadia) beraksi di konsert ketiga terhenti.

Undian sebenar Mentor 7 akan bermula minggu depan dengan permarkahan berdasarkan penilaian juri tetap sebanyak 50 peratus, undian menerusi laman web www.xtra.com.my (30 peratus) dan juri awam (20 peratus).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Nov 2019
LIFESTYLE Wed, 22 Aug 2018

Atasi Masalah Berdengkur Dengan

Tidur berdengkur boleh menjadi penyebab mood tidak baik kerana tidur tidak lena

Featured Thu, 23 Feb 2023

Tular Foto Merisik, Zara Zya Pilih Kunci Mulut – “Belum Waktunya Lagi”

Betul ke netizen kata Datuk Alha Alfa yang merisik tu? 🤔

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Tak Mahu Lagi Kejar Dunia, Awi Rafael Tukar Selera?

Akuinya, dia mula ‘tersedar’ selepas sembuh daripada penyakit ekzema teruk beberapa bulan lalu sekaligus berhasrat menghasilkan lagu yang penuh nilai moral.

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Peminat Suka, Nina Iskandar Pula Kecewa Dengan Gaun Pengantin?

Kata pelakon Setelah Cinta Itu Pergi ini, dia terkejut melihat gaun pengantin selepas kembali ke butik empat hari kemudian.