Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom May 29, 2019 @ 11:00am

Dah bosan makan rendang? Mungkin anda boleh cuba 5 resipi serunding popular ini!

Empat belas jam! Enam jam merebus daging dan lapan jam keesokan harinya pula untuk memasak serunding. Itu belum dikira urusan penyediaan pelbagai rempah-ratus dan melerai atau menyiat daging yang sudah direbus supaya menjadi carikan halus.

Melihat bagaimana proses serunding dibuat, maka tidak hairanlah mengapa hidangan ini sangat lazat dengan aromanya yang mewah.
Menjadi pilihan tatkala Syawal, serunding boleh dimakan bersama ketupat dan lemang. Malah, kalau sudah jemu menimatinya bersama hidangan diatas, makan bersama nasi panas dan kicap atau sambal juga memang terbaik!

Istimewa buat anda, Hijab & Heels ingin berkongsikan lima resepi serunding enak buat membangkitkan selera seisi
keluarga dan tetamu yang bertandang.

1. Serunding daging

Foto: serundingoriginalkglau

Bahan-bahan

• 1 kg daging batang pinang
• Minyak masak untuk menumis
• 5 senduk cili boh
• 1 kg santan
• Gula merah dan garam secukupnya
• Sepeket kerisik
• Secawan air asam jawa

Bahan A

• ½ kg bawang besar
• 10 ulas bawang putih
• 5 batang serai
• 2 cm kunyit hidup
• 2 cm lengkuas
• Bahan B
• 2 genggam jintan manis
• 2 genggam ketumbar

Cara memasak:

1. Rebus daging sehingga empuk dan disiat halus.
2. Kisar semua bahan A.
3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
5. Kemudian masukkan bahan B dan santan. Kacau sebati.
6. Masukkan daging yang telah disiat.
7. Masukkan gula, garam dan kerisik.
8. Masukkan air asam jawa.
9. Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.

Info cef: Ketuk daging yang telah direbus tadi hingga lembut bagi memudahkan proses menyiat daging.

2. Serunding ayam

Foto: Facebook

Bahan-bahan

• 1 kg ayam
• Minyak masak untuk menumis
• 5 senduk cili boh
• 1 kg santan
• Gula merah dan garam secukupnya
• Sepeket kerisik
• Secawan air asam jawa.

Bahan A

• ½ kg bawang merah
• 10 ulas bawang putih
• 2 batang serai
• 2 cm lengkuas

Bahan B

• 3 genggam jintan manis
• 3 genggam ketumbar

Cara memasak:

1. Rebus isi ayam sehingga empuk dan disiat halus.
2. Kisar semua bahan A.
3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau.
6. Masukkan santan dan kacau sebati.
7. Masukkan isi ayam yang telah disiat.
8. Masukkan gula, garam dan kerisik.
9. Masukkan air asam jawa.
10. Masak sehingga garing dan angkat.

Info chef: Anda boleh menggunakan api yang perlahan ketika mereneh rendang. Semakin rendang di masak lama, semakin enak rasanya.

3. Serunding ikan

Foto: mediasosialkini

Bahan-bahan

• 2 kg ikan
• Minyak masak untuk menumis
• 5 senduk cili boh
• 1 kg santan

Bahan A

• 1/2 kg ulas bawang besar
• 10 ulas bawang putih
• 5 batang serai
• 2 cm kunyit hidup
• 2 cm halia
• 2 cm lengkuas
• Bahan B
• 3 genggam jintan manis
• 3 genggam ketumbar

Cara memasak:

1. Rebus ikan dan asingkan bahagian isi dan tulang.
2. Kisar semua bahan A.
3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau.
6. Masukkan santan dan kacau sebati.
7. Masukkan isi ikan yang telah diasingkan tulang.
8. Masukkan gula, garam dan kerisik.
9. Masukkan air asam jawa.
10. Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.

Info chef: Serunding ikan sesuai juga dimakan bersama roti dan dijadikan inti kuih muih.

4. Serunding ikan bilis

Foto: Rasa

Bahan-bahan

• 250 gm ikan bilis putih
• Minyak masak untuk menumis
• 5 senduk cili boh
• Gula merah dan garam secukupnya
• Sebiji kelapa parut
• Sepeket kerisik
• Secawan air asam jawa

Bahan A

• ½ kg bawang merah
• 10 ulas bawang putih
• 5 batang serai
• 2 cm kunyit hidup
• 2 cm halia
• 2 cm lengkuas

Bahan B

• 3 genggam jintan manis
• 3 genggam ketumbar

Cara membuat:

1. Rendam ikan bilis putih dan kisar.
2. Kisar bahan A.
3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati.
6. Masukkan ikan bilis yang telah dikisar kasar.
7. Masukkan gula merah, garam, kelapa parut dan kerisik.
8. Masukkan air asam jawa.
9. Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.

Info Chef: Pilih ikan bilis yang berkualiti untuk menghasilkan serunding yang sedap.

5. Serunding udang geragau

Foto: YouTube

Bahan-bahan

• 250 gm udang geragau
• Minyak masak untuk menumis
• 5 senduk cili boh
• Gula merah dan garam secukupnya
• Sebiji kelapa parut
• Sepeket kerisik
• Secawan air asam jawa

Bahan A

• ½ kg bawang besar
• 10 ulas bawang putih
• 5 batang serai
• 2 cm kunyit hidup
• 2 cm halia
• 2 cm lengkuas

Bahan B

• 3 genggam jintan manis
• 3 genggam ketumbar

Cara memasak:

1. Rendam udang geragau dan kisar kasar.
2. Kisar bahan A.
3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati.
6. Masukkan udang geragau yang telah dikisar kasar.
7. Masukkan gula merah, garam, kelapa parut dan kerisik.
8. Masukkan air asam jawa.
9. Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.

Info Chef: Pastikan serunding betul-betul kering supaya anda dapat menyimpannya untuk tempoh yang lama

Sumber: Rasa

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 3 May 2018

Ini Rupanya Cara Nak Buat Donat Yang Lembut Dan Gebu. Memang Mudah Sangat!

Teringin nak makan donat yang lembut dan sedap? Cubalah resepi ini.

Eat Travel Fri, 4 Jan 2019
Eat Travel Thu, 1 Nov 2018
Eat Travel Thu, 20 Dec 2018

Berkonsepkan Kolonial Perancis, Dash Resort Tarikan Terbaru Pulau Langkawi

Dash Resort Langkawi diiktiraf sebagai Reka Bentuk Resort Terbaik dalam World Luxury Hotel Awards.

Eat Travel Fri, 21 Sep 2018

Bubur Pulut Hitam Ini Rasanya Lemak Manis, Sedap Sangat!

Senang je nak buat bubur pulut hitam ini!

Eat Travel Wed, 18 Sep 2019

Enam cara mengekalkan kesegaran sayuran dan buahan di rumah anda.

Cara betul menyimpan sayuran dan buah-buahan.

Eat Travel Thu, 26 Jul 2018
Eat Travel Wed, 8 Jan 2020

Ingin rasa masakan Hong Kong yang asli dan halal? Jom ke restoran ini!

Sajiannya sesuai sangat dengan cita rasa orang Melayu!

Eat Travel Fri, 19 Oct 2018

Inilah 10 Syarikat Penerbangan Terbaik Di Seluruh Dunia

Gunakan info ini untuk book tiket penerbangan anda yang seterusnya.

Eat Travel Mon, 23 Sep 2019

Bilik suite bertemakan biskut ini pasti menaikkan selera anda untuk bercuti!

Biskut coklat simbol komitmen resort DoubleTree Phuket Bhantai

error: Content is protected !!