Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 24, 2019 @ 3:18pm

‘Dah Tiba Masa Untuk…’- Aiman Tino

Penyanyi Aiman Tino bersedia untuk ‘turun padang’ lebih kerap selepas ini bagi menjayakan persembahan amal.

Aiman ketika ditemui di sidang media Busking Permata Kasih Untukmu AFIPrihatin memberitahu selepas empat tahun bergelar penyanyi sudah tiba masanya untuk ‘memberi’ semula kepada masyarakat.

“Seiring masa, pemikiran saya juga perlu diubah. Kalau dulu saya banyak membuat persembahan berbayar, sekarang saya mahu memberi semula kepada orang ramai terutama yang memerlukan bantuan.

“Atas sebab itu, saya bersama AFI (gabungan Fara Hezel dan Izzmad Harun) akan mengadakan persembahan amal setiap dua bulan bagi tujuan kutipan untuk insan memerlukan,” katanya kepada Xtra.

Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci ini memberitahu anggota AFI tidak akan mengenakan bayaran untuk persembahan amal di setiap lokasi.

“Saya percaya, di sebalik rezeki yang kita dapat, pasti ada rezeki milik orang lain juga. Tidak salah berkongsi kesenangan yang kita ada hari ini dengan orang yang kurang berkemampuan.

“Besar harapan saya agar orang ramai dapat datang menyokong persembahan AFI Prihatin 2.0 nanti. Datang dan derma RM 1 setiap seorang pun kami dah bersyukur sangat,” akhiri Aiman.

Permata Kasih Untukmu bakal diadakan pada 7 Disember ini bertempat di BMC Mall, Cheras bagi memungut dana membantu adik Akif yang kini menghidap kanser Leukimia.

Terdahulu, persembahan amal ini telah berjaya mengutip RM12,000 bagi membantu dua pesakit iaitu bekas vokalis Putraband, Hafiz dan adik Rayyan yang merupakan pesakit kanser tahap 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Program TV Wed, 3 Aug 2022

“Benda-Benda Macam Ni Ada” – Detik 12 Malam Bakal Naikkan Bulu Roma Penonton

Jangan lupa tonton Detik 12 Malam setiap Jumaat, 11.30 malam di TV3.

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Setahun Bergelar Isteri, Laudya Cynthia Bella Sangat Bahagia

Pelakon berusia 30 tahun ini mengaku harus mengutamakan suami sebelum melakukan sebarang keputusan.

Hiburan Sat, 22 Dec 2018

Mahu Pegang Watak Heroin Lagi, Amyra Rosli Pasang Strategi

Menafikan enggan membawa watak ibu, Amyra memberitahu dia tiada masalah berbuat demikian.

Hiburan Tue, 20 May 2025
Selebriti Mon, 26 Jun 2023
Featured Fri, 10 Jun 2022
Hiburan Sun, 25 May 2025
error: Content is protected !!