Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 13, 2026 @ 10:00am

“Daripada Saya Bergaduh Di Set Lebih Baik Saya Gerak Dulu” – Siti Elizad Utamakan Disiplin

Pelakon Siti Elizad Shariffuddin menegaskan, dirinya sangat menitikberatkan disiplin terutamanya isu menepati masa ketika terlibat dalam sebarang penggambaran.

Kata Elizad, dia akan beredar seketika dari set sekiranya rakan lakonnya lambat hadir ke lokasi penggambaran dek kerana tidak mahu emosinya terganggu.

“Saya masih boleh beri masa dan menghormati pengarah serta kru kerana mereka sudah membuat persediaan.

“Tapi kalau lama sangat tunggu, saya juga harus beredar daripada mood saya swing.

“Kalau sebentar lagi ada babak menangis, saya takut emosi itu tidak sampai. Jadi saya perlu bertenang kerana kita manusia biasa, bukannya sengaja mahu berlagak seperti bintang.

“Daripada saya bergaduh di set, lebih baik saya tarik ‘brek tangan’ dan minta diri dulu supaya mereka boleh tukar kepada babak lain,” katanya.

Elizad berkongsi perkara demikian ketika ditemui usai tayangan episod akhir drama Bila Cinta Menjadi Dosa di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Elizad, 42, mengakui,  dia sentiasa bersikap positif dan menghormati tugas serta tanggungjawab pengarah meskipun individu itu lebih muda daripadanya.

Malah, dia juga tidak pernah berniat untuk mencampuri urusan pengarahan kerana mahu menjaga keharmonian suasana di lokasi penggambaran.

“Saya tidak akan melangkaui tugas pengarah walaupun pengarah itu lebih muda. Saya tetap perlu hormat kerana dia yang mengemudi produksi ini.

“Saya juga tidak mahu suasana di set jadi tidak seronok disebabkan saya.

“Kalau pengarah yang tegur, orang tu tak ada masalah dengan saya walaupun sebenarnya saya yang mengadu.

“Jadi, kalau ada teguran, adalah lebih baik pengarah yang bersuara,” jelasnya.

Untuk info, Elizad bersyukur apabila drama lakonannya menerima respons positif dalam kalangan peminat.

Selain Elizad, drama Bila Cinta Menjadi Doa itu turut dibintangi Che Puan Sarimah Ibrahim, Zamarul Hisham, Alya Iman, Marc Syahmie,  dan Datin Maria Farida.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 5 Feb 2018

Single Lebih Membahagiakan

Melihat teman sebaya sudah berkeluarga dan bahagia dengan teman hidup masing-masing, hati siapa yang tidak terusik apatah lagi jika diri masih solo tanpa teman yang menemani hari.

Featured Wed, 23 Jul 2025
Featured Mon, 7 Mar 2022
Featured Fri, 11 Jul 2025

Isu Rekaan Busana Kahwin Serupa, Ezlisa Loy Enggan Panjangkan Isu – “Jangan Gaduh Pasal Baju”

Tidak mahu memanjangkan isu tular tersebut kerana mahu menjaga nama baik keluarganya dan suami.

Featured Mon, 13 Feb 2023

Rangkul Gelaran Juara & Vokal Terbaik AJL 37, Aina Abdul Berbelanja RM90,000 Untuk Terus Hidup

Min masih tak boleh move on dengan persembahan mega Aina Abdul 🤩🥲

error: Content is protected !!