Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 21, 2026 @ 12:37pm

“Dasar Narsisistik! Aku Kena Jadi Pengemis Dekat Company Sendiri, Stay Merata Rumah Family” – Syida Melvin Dakwa Dianiaya Suami?

Pelakon dan usahawan, Syida Melvin kesal dengan tindakan individu didakwa suaminya yang dikatakan culas memberikan nafkah selain diperlakukan seperti pengemis di dalam syarikat milik mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS),  Syida atau nama lengkapnya, Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, tidak menyangka akan diperlakukan sedemikian rupa apatah lagi, sepanjang bersama individu terbabit dia sanggup mengorbankan harta peribadi demi perniagaan bersama.

“Tak sangka betul aku kena jadi pengemis dalam company yang ada nama aku. Aku letak duit modal untuk siapkan business. Leburkan harta-harta semata-mata nak buat modal suapay business siap dan beroperasi sampai sekarang.

“Tak ambil gaji bulan, kalau ada pun sangat sikit amount nya, tapi macam ni aku dapat,” katanya.

Dalam hantaran sama juga, Syida mendakwa dia terpaksa duduk dan menetap di rumah keluarganya bersama anak-anak sedangkan individu berkenaan tinggal di rumah kelamin dengan sewa tidak berbayar sehinggakan pihak bank terpaksa mengejarnya.

“Duduk rumah kelamin (aku dan anak-anak tak duduk disitu) Rumah nama aku, dua bulan dia tak bayar. Bank kejar aku hari-hari.

“Dia duduk rumah besar, aku dan anak-anak stay merat arumah family sebab dalam proses bercerai. Aku hanya bayar duit rumah sampai bulan yang aku dan anak-anak duduk,” kongsinya.

Dalam pada itu, Syida turut menyifatkan tindakan individu berkenaan sebagai narsisistik sekali gus tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas berhubung isu berkenaan.

“The war has started. Kau yang meminta SS. Aku cuba sedaya upaya untuk tak bercerita pada sesiapa kecuali family aku. Tapi aku dah jadi macam pengemis dalam company sendiri.

“Dah cakap elok-elok mungkin dia nak aku melutut, merayu depan dia kot? Apa lagi patut aku buat? Takkan nak tunggu aku hantar surat lawyer untuk benda simpel macam ni?

“Sengan family sendiri saman menyaman merata-rata. No wonder dengan aku ni senang-senang dia buat macam ni, dasar narsisistik,” ujarnya.

Sebelum ini, Syida Melvin memfailkan perceraian terhadap suaminya sejak Disember tahun lalu.

Namun sebutan pertama baru sahaja dijalankan pada 2 April 2026 di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Meskipun sebelum ini perbicaraan kes pernah ditangguhkan berikutan ada usaha pendamaian di antara mereka, namun peguam memaklumkan bahawa Syida nekad untuk meneruskan perceraian.

Sekadar info, Syida dan Mohamad Syafiq yang merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid berkahwin pada 19 Januari 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 26 Apr 2019

xtra好康头 | 送你《妈妹祥祥爆满云顶演唱会》入门票

xtra好康头送你《妈妹祥祥爆满云顶演唱会》入门票,让你和「肥妈」玛丽亚、李丽霞、黎耀祥及阮兆祥度过一个开心欢乐之夜。

Hiburan Tue, 31 Dec 2024

CSOIAM: “Buka Telinga, Celikkan Mata… Jangan Undi Sebab Peserta Comel Atau Cantik” – Ziana Zain

Ziana Zain memohon penonton Calpis Soda One in a Million untuk mengundi peserta berdasarkan bakat.

Featured Thu, 21 Sep 2023
Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Takut Di Saman Oleh Linda Rafar, Ramai Yang Mula Minta Maaf

Tindakan berani Linda menfailkan saman terhadap netizen mendapat pujian kerana Linda merupakan selebriti pertama berbuat sedemikian

Hiburan Fri, 8 Sep 2023
Hiburan Thu, 13 Nov 2025

“Saya Gelisah Fikirkan Inspektor Sheila” – Iqbal Zulkefli Kekal Doa Teman Baik Dapat Keadilan

Iqbal Zulkefli meluahkan rasa bimbang serta tidak tenang memikirkan keadaan Inspektor Sheila

Hiburan Sat, 2 Mar 2024
error: Content is protected !!