Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom February 21, 2018 @ 11:26am

D’Bendang, Lokasi Percutian Menggamit Nostalgia Di Tengah Sawah

Indah pemandangan di siang hari, sebelah malamnya pula bertemankan nyaring dan sayup suara burung hantu bersilih ganti curahan hujan lebat, antara nikmat suasana semalaman berkampung di teratak D’Bendang Homestay, terletak di Kg. Sungai Sireh, Kuala Selangor.

Kediaman dikelilingi sawah padi yang menghijau, dilengkapi tiga bilik tidur beserta penghawa dingin itu, terasa nyaman biarpun terik di tengahari.

Destinasi ideal bagi mereka yang ingin merasai pengalaman suasana desa terutamanya warga kota mahupun bagi mereka yang merancang mengadakan majlis walimatul urus bertemakan suasana kampung, hari keluarga atau sambutan Aidilfitri dan Aidiladha.

D’Bendang

Bagi yang gemar memancing ikan air tawar, terdapat banyak spot menarik untuk melakukan aktiviti itu. Jika teringin bersiar-siar keliling kampung menaiki basikal sambil bertiup lembut angin mengusik, D’Bendang Homestay turut menyediakan lima buah basikal.

Meraikan 3 tahun operasinya pada Februari, perniagaan rumah rehat itu diusahakan oleh seorang ibu tunggal beranak tiga bernama, Siti Zahliha Zailani, 55.

Bekerja di salah sebuah syarikat pemaju di Kuala Selangor, idea menjadikan rumah peninggalan Allahyarham ibu-bapanya, Haji Zailani Hashim dan Hajah Rogayah Haji Basri, dicetuskan oleh anak sulung beliau, Mohd Nazarudin Maznan, 34, yang berkerjaya sebagai jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR).

D’Bendang.

“Saya pernah menyewakan rumah ini kepada orang luar. Namun atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa meminta penyewa mencari rumah lain. Tidak lama selepas itu, rumah ini diberikan kepada sepupu saya untuk dijaga tanpa sebarang sewaan.

“Selepas dia berpindah ke tempat lain, anak sulung saya Nazarudin memberikan cadangan supaya tidak lagi menyewa rumah ini sebaliknya menjadikannya rumah rehat bagi umum yang ingin merasai suasana tinggal di rumah kampung berpanoramakan sawah bendang.

“Kos mengubahsuai dan segala kelengkapan yang terdapat di rumah ini dibiayai oleh anak saya. Apa yang menariknya setiap bilik dan ruang tamu rumah terdapat penghawa dingin. Ini kerana ramai pelanggan kami, tak biasa dengan cuaca panas sawah bendang.

D’Bendang

“Selepas dia berpindah ke tempat lain, anak sulung saya Nazarudin memberikan cadangan supaya tidak lagi menyewa rumah ini sebaliknya menjadikannya rumah rehat bagi umum yang ingin merasai suasana tinggal dirumah kampung berpanoramakan sawah bendang.

“Kos mengubahsuai dan segala kelengkapan yang terdapat di rumah ini dibiayai oleh anak saya. Apa yang menariknya setiap bilik dan ruang tamu rumah terdapat penghawa dingin. Ini kerana ramai pelanggan kami, tak biasa dengan cuaca panas sawah bendang.

“Meskipun pendekatan dari segi kemudahannya lebih moden rumah tradisi kampung, namun keselesaan pelanggan adalah keutamaan kami,” katanya yang membesar di rumah itu sebelum keluar pada 2005.

D’Bendang

Mampu memuatkan 20 hingga 30 orang dalam satu-satu masa, teratak sarat 1001 satu kenangan buat Zaleha dan keluarganya itu, melalui beberapa peringkat membaik pulih dan pengubahsuaian.

 Jika sebelum ini, kadar sewaan bagi 1 malam RM250, berkuat kuasa pada 2016 kadar sewaan dinaikkan sebanyak RM50 iaitu RM300 dan terbaru, RM350.

“Harga itu menurut saya masih lagi berpatutan, tambahan pula jika dihuni lebih daripada satu keluarga pada satu-satu masa. Kebetulan pada tahun ini juga, kami menambah tandas di luar rumah untuk kemudahan penyewa.

D’Bendang

“Syukur Alhamdulillah kadar sewaan ini tidak menjejaskan jumlah pelanggan kami malah pada musim cuti sekolah Disember lalu, kami menerima tempahan sepanjang bulan. Ada di kalangan pelanggan berbangsa Cina dari Seremban, Negeri Sembilan dan Melaka. India juga ada.

“Sebagaimana diketahui umum, di Kuala Selangor ini saja terdapat banyak rumah rehat yang menarik. Salah satu yang sudah komersil, Homestay Haji Dorani Sabak Bernam,” katanya.

Bercakap mengenai penyediaan f&b (food and beverage), Zahliha berkata, kebiasaannya penghuni di D’Bendang Homestay, gemar mencari makan sendiri di kawasan sekitar apatah lagi, di Kuala Selangor, terdapat banyak restoran makanan laut dan masakan tempatan yang popular.  

D’Bendang

Antaranya Cendol Bakar; Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor; Restoran Nur Cahaya Seafood, Pantai Remis, Kuala Selangor dan Seafood@River View, Kuala Selangor. Keropok lekor gaya tradisi masyarakat Kuala Selangor turut dijual.

“Jika ada permintaan untuk pihak pengurusan D’ Bendang menguruskan makan minum buat penghuni dan pelanggan, kami sentiasa terbuka untuk membantu,” katanya mengakhiri perbualan.

Alamat : D’Bendang Homestay, Taliair 1 Ban 3 Sungai Sireh, Tanjung Karang, 45500, Selangor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Mar 2023
Events Wed, 21 Jan 2026

Bukan Sekadar Filem, The Voice of Hind Rajab Cetus Gelombang Kemanusiaan.. Raih 39,000 Tontonan

Filem dokudrama berteraskan kemanusiaan, The Voice of Hind Rajab terus menerima sambutan memberangsangkan.

Featured Fri, 16 Jul 2021

PKPD Di 34 Mukim Di Selangor Tamat, Boleh Rentas Negeri Dalam Fasa 3 & 4

Kerajaan telah bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan di 34 buah mukim di Selangor hari ini. Menerusi ciapan Twitter hari ini memaklumkan pihak MKN bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD yang bermula 3 Julai lalu. […]

Events Fri, 13 Jan 2023

Famili Duo: Tema ‘Cinta’ Bawa Sabhi Sadhi & Fareed Di Tangga Paling Rendah – “Keseluruhan Persembahan Kali Ini…”

Adat pertandingan, ada masa di atas ada masa di bawah.. All the best untuk minggu kelima!

Featured Tue, 23 May 2023
Featured Thu, 12 Jan 2023

Alif Satar Kongsi Tip Untuk Mula Aktiviti Berlari & Jogging – “Jangan Letak Target Terlalu Tinggi…”

Penyanyi dan pelakon Alif Satar sering berkongsi video mengenai tip untuk berlari atau jogging kepada pengikutnya yang baru ingin berjinak melakukan aktiviti kecergasan. @itsalifsatar Yang baru nak mula,takyah beli mahal-mahal dulu.. dah serious esok baru […]

Featured Thu, 15 Dec 2022
Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Isu Packaging Sambal Dikritik, Ini Respons ‘Win’ Khairul Aming – “Bila Orang Bijak Berbicara…”

Penjelasan yang cukup baik. Bagi semua orang faham…Kudos Khairul Aming!💪💪💪

Featured Fri, 3 Jan 2025

“Kalau Dah Tak Ada Persefahaman Mengapa Perlu Teruskan” – Hafiz Suip Mengaku Kini Dalam Proses Bercerai

Hafiz mengaku masalah rumah tangga ii sudah berlanjutan selama setahun.

Featured Thu, 13 Oct 2022
error: Content is protected !!