Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Halimey Zamal December 8, 2022 @ 4:50pm

Dedikasi Ucapan Hari Lahir Buat Isteri, Warganet Akui Anwar Ibrahim Lelaki Sejati Buat Azizah

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menjadi bualan netizen kebelakangan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Anwar mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-70 tahun buat isteri tercintanya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Seorang insan, wanita, isteri yang tabah, penyayang dan berbakti. Seorang ibu yang tak pernah jemu mencurahkan kasih sayang.

“Saya sentiasa bersyukur. Tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini. Saya berdoa agar Azizah sentiasa di bawah lindungan-Nya. Happy birthday!” tulis Anwar.

Tinjauan di ruangan komen, warganet terharu melihat hubungan Azizah bersama Anwar dan mendoakan agar mereka berdua berbahagia hingga ke jannah.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir wargamaya memuji kredibiliti Azizah sebagai seorang pemimpin yang kuat dan tabah dalam menempuh segala dugaan hidup.

Info tambahan, Azizah berkahwin bersama suaminya ketika berusia 23 tahun manakala Anwar pada waktu itu sudah berusia 28 tahun. Mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 26 Februari 1980.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 15 May 2023

Kongsi Kisah 12 Tahun Tinggalkan Dunia Mak Nyah, Cikgu Ery Keluarkan Buku ‘Maaf Tuhan Aku Tersalah Langkah’

Cikgu Ery berkongsi ceritanya sepanjang 12 tahun meninggalkan dunia mak nyah.

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Sat, 27 Dec 2025

PU Amin Tegur Kandungan Cari Hantu, Anggap Berunsur Syirik – “Ustaz, Agama & Ruqyah Bukan ‘Gajet’ Halau Hantu…”

PU Amin mengulas perkara itu ketika membalas satu ciapan yang memaparkan suami kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita, iaitu Aidiamin Ahmad, didakwa mengalami gangguan

Trending Wed, 21 Feb 2018

SERENA WILLIAMS “HIDUP SEMULA”

Menurut Williams, jahitan pembedahan caesarean terbuka kerana batuk teruk akibat embolisme.

Hiburan Wed, 14 Feb 2018

‘CINTA PALSU’ MAZUIN HAMZAH?

Mendapat lebih dari 119k tontonan, DS Vida turut memuat naik beberapa keping  gambar lagi yang memperlihatkan wajah putera ketiga Mazuin, Pengiran Khaleed, 23 tahun.

error: Content is protected !!