Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Fas February 21, 2018 @ 5:46am

SERENA WILLIAMS “HIDUP SEMULA”

Bekas juara tenis wanita dunia, Serena Williams hampir meninggal dunia  selepas melahirkan anak perempuannya September lalu.

Memetik laporan CNN, Williams baru-baru ini mendedahkan komplikasi dialaminya selepas melahirkan hingga mendorongnya untuk bercakap mengenai kepentingan penjagaan kanak-kanak yang berpatutan.

“Saya hampir mati selepas melahirkan anak perempuan saya, Olympia,” tulis Williams.

Beliau terlantar selama enam minggu akibat beberapa komplikasi termasuk embolisme pulmonari (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru), memaksanya menjalani beberapa pembedahan selepas bersalin.

“Saya bersyukur dengan segala kemudahan yang tersedia termasuk pasukan perubatan dan doktor serta jururawat mengagumkan di hospital yang mempunyai peralatan tercanggih,” kata Williams

Menurut Williams, jahitan pembedahan caesarean terbuka kerana batuk teruk akibat embolisme.

Ketika pembedahan, doktor menemui hematoma (darah beku) yang besar di abdomen memaksanya kembali ke bilik pembedahan untuk prosedur bertujuan menyekat darah beku daripada bergerak ke paru-paru.

Beliau menggalakkan orang ramai untuk menyalurkan bantuan yang dapat meringankan beban ibu-ibu dan bayi baru lahir di seluruh dunia.

Williams yang pernah merangkul kejuaraan Grand Slam sebanyak 23 kali kembali ke gelanggang tenis sembilan hari lalu ketika mewakili Amerika Syarikat di kejohanan Fed Cup.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Jun 2025

Bawa Aafiyah & Afwa Tengok Wayang, Siti Nurhaliza Ajak Ibu Bapa Tonton Ejen Ali The Movie 2 Bersama Anak-Anak

Siti Nurhaliza berkongsi detik manis menonton filem animasi Ejen Ali The Movie 2 bersama anak-anak.

Featured Wed, 22 Mar 2023
Featured Wed, 17 May 2023

Sedih Tak Berpeluang Jumpa Anak, Hafidz Roshdi Fail 2 Tuntutan Hadanah

Hadanah difailkan supaya Hafidz mendapat hak lawatan tetap bagi memudahkannya untuk berjumpa dan berkomunikasi dengan anak-anak.

Featured Wed, 19 Oct 2022
Hiburan Tue, 20 Jun 2023
error: Content is protected !!