Euforia Bola 2026
Acara By: tex_admin March 14, 2019 @ 2:35pm

Demi keluarga, Noryn Aziz jual tudung

Walaupun pernah gagal dalam beberapa cabang perniagaan sebelum ini, beliau tidak serik mencari alternatif perniagaan lain.

Dalam hal ini, perniagaan tudung By_Norynn menjadi taruhannya kali ini. Mengetengahkan konsep Superwoman, beliau menjadikan kisah hidupnya yang penuh dugaan sebagai inspirasi. Anak lelaki dan keluarganya juga menjadi penguat semangat bagi dirinya.

“Tudung bagi saya adalah lambang wanita yang hebat. Majoriti wanita Melayu dan beragama Islam di Malaysia memakai tudung dan mereka berjaya membuktikan kejayaan demi kejayaan dalam mencipta produk serta jenama sendiri,” katanya ketika ditemui di acara minum petang bersama Noryn Aziz yang bertempat di Colonial Cafe, Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Foto: NSTP

Bagi keluaran edisi pertama ini, instant shawl dan hoodie shawl menjadi taruhannya.

Beliau juga menjelaskan tudung yang dikeluarkannya ini tercetus daripada masalah yang dihadapinya sendiri yang sering kehilangan pin dan kerongsang walaupun kerap membelinya. Oleh itu, instant shawl keluarannya adalah penyelesaian kepada masalah ini.

Selain itu, hoodie shawl adalah pilihannya ketika membuat persembahan yang memerlukan persalinan busana dilakukan dengan pantas. Oleh sebab hoodie shawl ini boleh dijadikan turban, maka ia senang untuk digayakan dengan sebarang persalinan semasa persembahan.

Bagi Noryn sendiri, peluang untuk memulakan perniagaan ini harus diambil sementelah beliau merangkul gelaran juara Gegar Vaganza musim lalu mengalahkan peserta lain seperti Zamani dan Dia Fadila.

Sementara itu, beliau juga berkongsi panduan kecantikan yang melibatkan kemahuan diri yang tinggi. Jika ada keinginan untuk menjadi cantik, segala usaha yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil. Keinginan untuk mengubah tabiat diri ke arah yang lebih baik juga bakal memberikan kesan kepada kecantikan dalaman dan luaran. Beliau tidak melupakan makanan tambahan yang dipreskripsikan oleh doktor dan mengunjungi klinik untuk rawatan wajah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 24 Jun 2019

Bengkel i-Skil Hijab & Heels-ASNB bantu lahir usahawan wanita

Latihan asas kemahiran untuk jana pendapatan

Acara Mon, 23 Dec 2019

Individu normal wajar pelajari bahasa insyarat

Bahasa isyarat sangat menarik sebenarnya!

Acara Thu, 15 Jun 2023
Acara Fri, 13 Apr 2018

Jom Pi Gegaria Fest Di Amanjaya Mall, Sungai Petani Ahad Ini. Super Happening!

Rugi kalau tak pi sebab banyak booth serta aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana sepanjang hari. Gerenti memang tak bosan!

Acara Sun, 8 Jun 2025
Acara Mon, 13 Feb 2023
Acara Sun, 12 Aug 2018

Daphne Lim Wen Sin Juara AirAsia Runway Ready Designer Search 2018

Acara kemuncak pertunjukan itu adalah koleksi ‘The Women of Illusion’ oleh Tran Thi Tu, yang menampilkan 16 rekaan daripada jenamanya, Tu Bong.

error: Content is protected !!