Euforia Bola 2026
Acara By: Padin June 8, 2025 @ 12:43pm

‘Pak Tam’ Lembu Sado Dengan Berat 1,000 Kilogram Curi Tumpuan, Daging Diagih Kepada Mangsa Letupan Gas Putra Heights

Seekor lembu sado bernama Pak Tam yang dianggarkan bernilai RM20,000 mencuri tumpuan apabila menjadi haiwan korban utama dalam Program Korban anjuran Masjid Putra Heights, Subang Jaya, sempena sambutan Aidiladha pada Sabtu.

Lembu baka campuran blonde dan limousine dari Perancis seberat satu tan itu merupakan antara 16 ekor lembu dan seekor kambing yang dikorbankan dalam program tersebut.

Program ini dianjurkan oleh Kays Steak & Lobster, yang buat julung kalinya menganjurkan ibadah korban dengan membeli lembu sado tersebut pada Disember tahun lalu dari sebuah ladang di Teluk Intan, Perak.

Menurut Pengarah Urusan Kays Steak & Lobster, Muhammad Aizuddin Mohd Khalid, pelaksanaan program korban ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat mereka serta usaha untuk menjalin hubungan yang lebih erat dengan komuniti setempat.

“Pak Tam berusia lebih kurang empat tahun berharga sekitar RM20,000 yang menjadi korban ini adalah inisiatif tangggungjawab sosial korporat kami sebagai rangkaian restoran stik dan udang kara premium bersama komuniti setempat.


”Dalam masa yang sama, program ini juga adalah untuk jalinan ukhwah yang lebih erat bersama qariah Masjid Putra Heights.


“Dengan berat satu tan atau 1,000 kilogram, selepas dilapah sebanyak 700 kilogram isi daging segar dapat diagihkan kepada ahli kariah masjid dan orang ramai,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Masjid Putra Heights dipilih sebagai lokasi ibadah korban kerana ia merupakan lokasi cawangan pertama Kays Steak & Lobster, yang telah menerima sokongan berterusan daripada komuniti setempat sejak lebih 11 tahun lalu.

Katanya lagi, inisiatif ini juga bertujuan untuk berkongsi rezeki dengan penduduk sekitar, lebih-lebih lagi kerana masjid tersebut pernah berfungsi sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) kepada mangsa tragedi letupan paip gas yang berlaku di Putra Heights pada April lalu.

Daging korban daripada lembu sado itu turut diagihkan kepada mangsa insiden letupan, golongan asnaf, fakir miskin serta penduduk sekitar dengan kerjasama pihak masjid.

Sementara itu, Pengurus merangkap Imam 1 Masjid Putra Heights, Ustaz Abdul Hadi Hidzan menyatakan keterujaan pihaknya menerima sumbangan lembu sado seberat satu tan untuk korban, yang merupakan pengalaman pertama bagi mereka.

“20 orang sukarelawan diperlukan untuk menumbangkan lembu sado ini tadi, dan kerja melapah juga mengambil masa sekitar satu jam,” katanya.

Tambah Ustaz Abdul Hadi, persiapan awal turut melibatkan pencarian sukarelawan berpengalaman dalam pengendalian serta pelapahan lembu bersaiz besar, selain melantik penyembelih khusus untuk tugas tersebut.

Petugas sukarelawan program korban, Zaini Ishak, turut berkongsi pengalaman unik dan mencabar yang dialaminya ketika membantu menjayakan penyembelihan lembu sado.

“Ia adalah pengalaman pertama buat saya dan memang amat mencabar. Ia memberi kelainan serta pengalaman berbeza walaupun tangan sedikit luka sewaktu menarik tali beramai ramai, tetapi ia adalah pengalaman berharga,” ujarnya.

Seorang lagi sukarelawan, Tuan Saiful Azli, berkata lembu sado tersebut mempunyai kekuatan luar biasa berbanding lembu biasa.

Baginya, cabaran yang dilalui menjadi pengajaran berguna untuk lebih bersedia dalam program korban akan datang.

Semangat kerjasama yang ditonjolkan dalam program ini turut mempererat hubungan antara penduduk apabila kira-kira 200 sukarelawan turut serta.

Tugas sukarelawan telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti penumbangan lembu, penyembelihan, lapah besar dan kecil, pemotongan, penimbangan, pembungkusan dan pengagihan.

Pihak Masjid Putra Heights menganggarkan sekitar 1,600 bungkusan daging berjaya diagihkan kepada mangsa letupan, golongan asnaf, fakir miskin, ahli kariah dan penduduk sekitar.

Sebagai penghargaan dan penutup program, satu jamuan makan tengah hari turut diadakan untuk hampir 1,000 jemaah dan penduduk yang hadir ke masjid.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 4 Mar 2022

Yayasan Maghfirah Sasar RM5 Juta Bantu Mereka Terkesan Covid-19

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Maghfirah tampil membantu dalam mengagihkan sumbangan kepada golongan sasaran yang terkesan akibat pandemik menerusi kempen Raikan Ramadan. Kadar kemiskinan di negara ini menunjukkan angka peningkatan akibat ramai kalangan rakyat mengalami kehilangan […]

Acara Thu, 15 Mar 2018

Gegaria Fest Serbu Zon Utara. Apa Lagi, Moh Ramai-Ramai Ke Meru, Ipoh 24 Mac Ini!

Festival yang menyatukan golongan belia ini bakal menggegarkan Dataran Amanjaya, Meru, Ipoh Perak pada 24 Mac ini dari jam 8 pagi hingga 11 malam.

Acara Thu, 7 Sep 2023
Acara Wed, 26 Feb 2020
Acara Fri, 25 May 2018

Dari Siri TV, Mak Cun Tampil Dengan Permainan Digital

Ceriakan hari anda dengan permainan digital Mak Cun’s Adventure!

Acara Mon, 10 Feb 2020
Acara Fri, 13 Sep 2019

ABPBH32: Siapa akan dinobat juara Kategori Online?

Undi artis kesayangan anda sebelum tarikh undian ditutup!

Acara Sun, 27 Mar 2022

“Program Team Pacu Perubahan Kehidupan Golongan Belia Bersasar” – Raja Muda Selangor

Program Team yang merupakan sebuah program pembangunan belia selama sembilan minggu.

error: Content is protected !!