Euforia Bola 2026
Acara By: Shaidah Shafie December 20, 2019 @ 7:03pm

Tugas memasak lebih mudah dengan pes siap dan enak

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan dan alang-alang memasak, biar terasa dan bertambah nasi di dalam pinggan bila menikmati hidangan yang disediakan, tapi kalau sudah tidak berkesempatan memasak, ada atau tidak alternatif lain yang boleh dilakukan?

Kenyataannya, malas atau kesuntukan masa bukan alasan untuk tidak menyediakan juadah enak di dapur sendiri lantaran kini ada pelbagai bumbu siap yang boleh digunakan bagi memudahkan rutin memasak.

Menggunakan pes atau bumbu siap, dapur pastinya tidak akan berkecah dan paling utama ia menyingkatkan tugasan memasak anda selain menjimatkan masa dan tidak perlu buntu memikirkan rencah apa yang hendak dimasak untuk hidangan sekeluarga.

Datuk Fazley Yaakob (dua dari kiri) membuat demonstrasi masakan pada majlis ‘KOPETRO Cooking Made Easy’ sambil dibantu Setiausaha KOPETRO, Datuk Abdul Razak Hussain (kanan) di Suka Sucre Bistro, Cheras, baru-baru ini. Foto: NSTP/KHAIRUL AZHAR AHMAD.

Cef selebriti, Cef Datuk Fazley Yaakob berkata, memasak menggunakan pes siap memang menjimatkan masa dan memudahkan tugas memasak di dapur, lebih-lebih lagi jika pes yang digunakan tiada banyak tokok tambah bahan yang perlu dilakukan.

“Pes atau bumbu masakan menjadikan sesiapa sahaja boleh memasak dan tugas memasak anda di dapur juga menjadi lebih mudah. Tiada salahnya menggunakan pes siap sekiranya ia sedap dan menjimatkan.

“Paling senang jika pes yang digunakan itu mempunyai rasa dan warna yang hampir sama seperti masakan yang baru sahaja disediakan, kerja memasak menggunakan pes boleh siap dalam tempoh 10 minit sahaja berbanding 30 minit jika anda menyediakan bahannya sendiri,” katanya pada majlis Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) Cooking Made Easy yang berlangsung di Suka Sucre Bistro, Cheras, baru-baru ini.

Datuk Razak ditemani Datuk Fazley mengadili peserta yang mengambil bahagian dalam KOPETRO Cooking Made Easy. Foto: NSTP/KHAIRUL AZHAR AHMAD.

Pada majlis sama, beliau membuat demonstrasi memasak dan menghias dua menu enak, ayam masak kalio dan ayam masak hitam menggunakan pes LengQuas dikeluarkan KOPETRO).

KOPETRO ialah koperasi kaki tangan Petronas Berhad dan menerusi KOPETRO Food, ada pelbagai produk dingin  beku dan pes masakan di bawah jenama LengQuas. Selain produk makanan, KOPETRO juga terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan lain seperti katering, perhotelan, pelancongan dan peruncitan. 

Yang turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Anggota Lembaga Koperasi KOPETRO, Datuk Abdul Razak Hussain dan Pengurus Kanan Perhubungan Korporat dan Pemasaran KOPETRO, Ahmad Hazil Abd Latif.

Datuk Abdul Razak (tengah), Datuk Fazley dan Ahmad Hazil (enam dari kanan) bersama pihak media dan pempengaruh yang mengambil bahagian dalam KOPETRO Cooking Made Easy di Suka Sucre Bistro, bau-baru ini. Foto: NSTP/KHAIRUL AZHAR AHMAD.

Selain demonstrasi memasak menggunakan pes oleh Datuk Fazley, pihak media, pemblog dan pempengaruh yang hadir juga turut dipelawa memasak dan menghias masakan disediakan menggunakan pelbagai jenis pes dengan kreativiti tersendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!

Acara Wed, 26 Feb 2020

Berpeluh sakan di gimnasium mewah, TP Zumba syok habis!

Aktiviti itu bersempena pelancaran Najwa Sports Black Series

Acara Wed, 25 Jul 2018

Jom Rasai Keterujaan Berganda Di Karnival Jom Heboh, KL Sports City Bukit Jalil Pada 28 & 29 Julai Ini!

Acara yang ditunggu-tunggu dan menjadi tarikan masyarakat tempatan ini bakal menyajikan keseronokan dan keterujaan berganda dengan pelbagai aktiviti serta tawaran istimewa!

Acara Thu, 30 Aug 2018

Mira Filzah Dilantik Sebagai Duta Kempen ‘Salam Taiwan’ Yang Direka Khas Untuk Kaum Muslim

Jom baca untuk ketahui tempat-tempat menarik yang Mira recommend untuk pergi.

Acara Tue, 30 Oct 2018

Kehangatan Karnival Jom Heboh Di Angsana Johor Bahru Turut Dirasai Di Booth Hijab & Heels

Sama seperti edisi Jom Heboh sebelum ini, acara ini memang seronok.

Acara Tue, 29 Oct 2019

Kempen Always Be Clean (ABC) tingkat kesedaran kebersihan untuk kanak-kanak

Kerjasama diantara KPJ Ampang Jaya dan Antabax bagi menjayakannya!

error: Content is protected !!