Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 21, 2024 @ 10:18am

Demi Menjaga Jodoh Orang Lain, Ara Johari Ke Jakarta

Pernah melalui fasa putus cinta, penyanyi Ara Johari meluahkan kesakitan yang dirasai itu menerusi single baharunya berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL).

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 27, berkata single berentak balada itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana pasti menyentuh jiwa sesiapa yang pernah melalui pengalaman sama.

“Saya jatuh cinta ketika pertama kali dengar demo lagu ini. Kebetulan ketika itu memang sedang patah hati, bila dengar lagu ini rasa sakitnya menusuk ke hati.

“Saya yakin sesiapa yang mendengar juga tersentuh terutama yang pernah ada pengalaman putus cinta dan bekas kekasih sudah berkahwin dengan orang lain” ujarnya.

Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL) merupakan lagu ciptaan komposer seberang, Ilham Baso yang sebelum ini pernah menyumbang karya- karyanya kepada penyanyi papan atas Indonesia seperti Judika (Bukan Dia Tapi Aku) dan banyak lagi.

Lebih istimewa, gubahan muzik lagu ini mendapat sentuhan daripada penggubah muzik terkenal Indonesia Adrian Rahmat Purwanto.

Manakala, proses rakaman dilakukan di Bro’s Studio di Jakarta dibawah bimbingan vokal stail Bowo Soulmate.

“Saya bertuah dapat bekerja dengan pemuzik-pemuzik handal Indonesia. Ia merupakan satu pengalaman baru dalam karier seni saya. Mereka banyak bekerja dengan nama besar seperti Mahalini, Lyodra dan Keisya Levronka.

“Alhamdulillah urusan rakaman berjalan lancar seperti yang dirancang. Bekerja dengan mereka juga mudah dan pantas” ujarnya.

Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL) edaran Universal Music Malaysia ini sudah boleh didengari di semua platform streaming dan video lirik lagu ini boleh di tonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 May 2020
Featured Tue, 28 Sep 2021

Kerajaan Wajar Tambah Pengeluaran i-Citra, Ubah Bayaran Dividen Kepada Struktur Berperingkat

KWSP disarankan menaikkan pengeluaran i-Citra dan mengubah pembayaran dividen kepada struktur berperingkat. Cadangan itu diutarakan oleh Ahli Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini. “Seperti kita sedia maklum, berjuta-juta […]

Featured Tue, 2 May 2023
Featured Sat, 14 Feb 2026

“Setidaknya Masih Banyak Jalan Yang Belum Kita Cuba…” – Muat Naik Kata-Kata ‘Galau’, Respons Fazura Pada Que Haidar Curi Perhatian

Pelakon popular, Que Haidar dan Nur Fazura semakin mencuri perhatian apabila kedua-duanya dilihat mesra terutamanya menerusi beberapa video siaran langsung seperti yang tular sejak kebelakangan ini.

Trending Tue, 30 Jul 2019

17 Maut, Pesawat Tentera Pakistan Terhempas

Pesawat Dilaporkan Terhempas Di Kawasan Perumahan

Featured Tue, 15 Jun 2021

Pendedahan Eksklusif Di TV3 Malam Ini Bakal Mengejutkan Penonton

Setelah tular dokumentari eksklusif COVID : 19 yang dipaparkan di rancangan Majalah 3 bulan lalu, TV3 kembali lagi membawakan dua rancangan eksklusif yang membongkar realiti kehidupan dan kes jenayah yang berlaku di dalam negara. Dua […]

Featured Thu, 7 Aug 2025
Featured Fri, 25 Nov 2022
Hiburan Wed, 1 Oct 2025
error: Content is protected !!