Euforia Bola 2026
Acara By: tex_admin February 20, 2019 @ 3:05pm

DFKL 2019 angkat tema positif selalu

Oleh: Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) kembali lagi tahun ini bertemakan #positifselalu, dengan mengetengahkan dua pelakon popular, Izzue Islam dan Janna Nick sebagai duta.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, DFKL 2019 mengetengahkan bakat baharu tempatan menerusi program uji bakat, siri jelajah, sesi kongsi idea dan pertandingan drama pendek.

Selain itu, festival edisi keenam itu turut mengangkat tema Realiti Dunia Media Sosial sebagai komponen dalam sesi kongsi idea dan pertandingan drama pendek yang masih dibuka penyertaannya sehingga 1 Mac ini.

Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan (TV3 & TV9), Rangkaian Media Prima Berhad, Siti Nurlisia Mohd Nazri, berkata penganjuran DFKL tahun ini bakal menampilkan beberapa pembaharuan dalam segmen yang dianjurkan bagi memartabatkann industri seni lakon tanah air.

“Bengkel DFKL pada tahun ini hanya terbuka untuk 10 hingga 20 peserta uji bakat bagi siri jelajah DFKL 2019 bagi membolehkan penganjur memfokuskan proses penerapan ilmu secara lebih dekat, malah bakat baharu akan disaring berdasarkan komitmen, bakat, keyakinan dan minat yang ditunjukkan.

“Selain itu, kami memperkenalkan tema Realiti Dunia Media Sosial sebagai tunjang sesi kongsi idea DFKL 2019 dan juga pertandingan drama pendek. Tema ini bertepatan dengan situasi alam digital di negara kita yang dilihat ada unsur kecam mengecam antara individu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Foto: NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

Sementara itu, Janna berharap kempen yang dijalankan DFKL itu akan menggalakkan pengguna untuk menjadi lebih bijak dalam memanfaatkan platform media sosial bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

Perubahan lain adalah pengenalan kategori Drama Rantaian Bahasa Cina bagi Anugerah DFKL 2019, selepas diperkenalkan pada Anugerah Skrin 2018.

Bengkel DFKL 2019 akan berlangsung dari 22 hingga 24 Mac depan dengan menampilkan tenaga pengajar hebat seperti Eirma Fatimah, Shahrulezad dan Datuk Rosham Noor, manakala Malam Anugerah DFKL 2019 pada 7 April 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Anugerah DFKL 2019 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan dan Drama Pilihan & Drama Rantaian Bahasa Cina.

Kesemua sembilan kategori yang dipertandingkan telah dibuka untuk undian di laman sesawang www.dfkl.com.my sejak Februari lalu sehingga 25 Mac 2019.

Foto: NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

Sesi Jelajah DFKL 2019 akan bermula pada 1 Mac 2019 di beberapa institusi pengajian tinggi sekitar Lembah Klang seperti Management & Science University (1 Mac), Shah Alam; Universiti Malaya (2 Mac) dan Universiti Putra Malaysia (3 Mac).

Bagi siri jelajah itu, beberapa nama besar dalam industri akan menjadi juri dan ahli panel sesi uji bakat dan sesi kongsi idea seperti Datuk A Aida, Heykal hanifah, Along Kamaludin, Eirma Fatimah, Ashraf Muslim dan Fasha Sandha.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 26 Sep 2018
Acara Sun, 12 Feb 2023
Acara Fri, 4 May 2018

Setahun Menyepi, Maria Farida Lancar Produk Kosmetik Sendiri

Maria Farida muncul dengan produk kosmetik yang unik!

Acara Wed, 15 May 2019

Nikmati suasana membeli-belah 24 jam tanpa henti di Mood Republik Raya 2019

Pelbagai keperluan Aidilfitri disediakan kira-kira 100 usahawan tempatan

Acara Thu, 20 Feb 2020
Acara Mon, 20 Jan 2020
Acara Thu, 30 Apr 2020

Telekung Siti Khadijah lancar sejadah SK X AMRU

Saiz mini tarik perhatian untuk dimiliki

Acara Fri, 4 Oct 2019

Gaun indah persalinan istimewa raja sehari

Semuanya cantik, pasti pemakainya tambah anggun!

error: Content is protected !!