Euforia Bola 2026
Acara By: Padin June 19, 2023 @ 3:24pm

Serlahkan Potensi Anak Muda, MonoloQue & Qi Razali Kongsi Pengalaman Dengan Gen Z – “Connect With The Unexpected, Create Now, Create Next”

Dua figura berpengalaman dalam dunia seni tanah air, Loque (MonoloQue) dan Qi Razali berkongsi pengalaman mereka dengan anak-anak muda yang mempunyai minat untuk melibatkan diri dalam dunia seni.

Menerusi bengkel Converse All Stars Workshop & Soul Feast yang diadakan baru-baru ini, perkongsian yang dilakukan dalam sesi santai ini memberi ruang kepada komuniti Gen Z untuk meneroka segala peluang baharu dan aspek kreatif untuk dibangunkan bersama jenama terbabit hasil daripada pengalaman Loque dan Qi dalam dunia seni.

“Jenama ini mahu terus menguasai dan menawan komuniti Gen Z menerusi kempen Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next. Anak-anak muda mempunyai potensi untuk memajukan diri mereka dan jenama ini mahu terus memberi kerjasama untuk mereka mencapai impian dan merealisasikan potensi kreatif.

“Selain Qi dan Loque, kami juga menampilkan bakat mereka yang mempunyai potensi besar dalam bidang gastronomi, The Choobs dan Chef Haqiemaoki menerusi Soul Feast. Acara ini turut menyaksikan persembahan projection mapping dari All Stars Abdul Shakir (Grasshopper) serta mendapat kerjasama penuh Common Ground Bukit Bintang,” kata wakil Converse Malaysia.

Selain dua selebriti itu, Munjiy selaku DJ dan stylist yang kini bersama Global All Stars Team turut berkongsi perkembangan di bawah program All Stars.

Terdahulu, kempen Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next – Converse All Stars Workshop & Soul Feast menghimpunkan barisan pempengaruh jenama itu bersama komuniti All Stars untuk memperkasakan lagi komuniti anak muda yang mampu menyumbang kembali kepada masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 5 Jul 2018
Acara Fri, 14 Sep 2018

Kolaborasi Media Prima-Viu Saksikan Sinergi Antara Platform TV & Digital

Kolaborasi ini sekaligus menepis dakwaan industri digital mahu mencabar industri TV.

Acara Fri, 3 Mar 2023

Yonnyboii, Alyph Cerita Kisah ‘Sengkek’

Dulu masa aku sengkek, kunyah roti dan kerepek…

Acara Thu, 27 Feb 2020

Pakej percutian mewah glamping di tengah kota raya

Castra by Colony tawar pengalaman berbeza

Acara Fri, 26 Aug 2022
Acara Wed, 12 Feb 2020
Acara Mon, 20 Jan 2020
error: Content is protected !!