Euforia Bola 2026
Acara By: Padin November 4, 2023 @ 7:06pm

Me’nate Jalin Kerjasama Dengan SEJAGAT, Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Kumpul Dana

Menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT) dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima, Me’nate Steak Hub yang kini berusaha mengumpul dana untuk disalurkan kepada penduduk di Gaza.

Menerusi kempen ‘Dine And Donate For Palestine’, Pengarah Urusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Syed Ashraf Syed Ali yang juga pemilik Me’nate Steak Hub mensasarkan kutipan sebanyak RM300,000.

“Kami menamakan kempen in sebagai ‘Dine And Donate For Palestine’ atau dalam erti kata lain makan sambil beramal. Ia akan bermula pada 6 hingga 20 November ini.

“Kempen ini akan melibatkan semua pelanggan di restoran kami, di mana Me’nate akan menyumbangkan 10 peratus hasil jualan kepada Palestin,” katanya.

Menyentuh tempoh kempen yang dianggap singkat, misi mereka cukup jelas dalam memberikan bantuan sepantas mungkin kepada mangsa peperangan di sana.

“Ini merupakan kali pertama kempen seumpama ini diadakan, fokus kami cukup jelas untuk memberikan bantuan secepat mungkin kepada rakyat Palestin yang kini terjejas teruk. Bukan sahaja dari segi bantuan makanan tetapi juga perubatan.

“Dengan sasaran yang saya nyatakan tadi, harapan kami hanya satu untuk memastikan mangsa-mangsa di sana diberikan keperluan secukupnya dalam mengharungi tempoh tempoh yang cukup sukar ketika ini,” jelasnya lagi.

Turut bersyukur untuk melihat semangat rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menyalurkan bantuan kepada Palestin, tambahnya sebagai jenama restoran tempatan yang mempunyai kelebihan untuk menganjurkan kempen sumbangan dana untuk Palestine pihaknya turut berharap mendapat sokongan daripada pelanggan Me’nate Steak dalam menjayakan usaha murni ini.

“Pastinya saya dahulukan ucapan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang akan menjadi tulang belakang kepada kempen ini.

“Bagi saya usaha ini bukan datang dari satu pihak sahaja pastinya kerjasama bersama SEJAGAT dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima juga menyumbang kepada tujuan kempen ini.

“Semoga dengan usaha ini sedikit banyak mampu membuka laluan yang lebih luas untuk rakyat Palestin mendapat kemerdekaan sekali gus membagunkan semula negara mereka,” katanya.

Sementara itu menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT) dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima, jelasnya ini juga memberi pengalaman baharu buat Me’nate Steak Hub dalam mengadakan kempen bantuan kemanusian seperti ini.

“Merupakan kali pertama buat kami, pastinya kerjasama yang dijalankan ini membantu Me’nate Steak Hub dalam menguruskan dana ini untuk disalurkan kepada pihak sepatutnya.

“Sejagat dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima mempunyai hubungan yang cukup baik dalam memastikan dana ini kelak dapat membantu rakyat Palestin yang kini sangat-sangat memerlukan bantuan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 4 Oct 2019

Smart Women Foolish Choice, menarik untuk dibaca!

Buku ini mesti dibaca oleh semua wanita!

Acara Fri, 13 Dec 2019

MSU angkat motif songket dalam larian antarabangsa

International Songket Run 2.0 diiktiraf MBR

Acara Tue, 17 Sep 2019

Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2019 Safilo tampil kelainan

Penuh gaya dengan bingkai yang menarik dan aksesori yang berkilau!

Acara Thu, 15 Mar 2018

Noh Salleh, Bunkface, SonaOne, Kugiran Masdo, Nabila Razali Bakal Gegarkan Pentas Konsert Gegaria Fest Ipoh. Gerenti Happening!

Berita baik untuk semua, Gegaria Fest kini kembali lagi menggegarkan hujung minggu anda!

Acara Fri, 1 Apr 2022
Acara Mon, 13 Jan 2020
error: Content is protected !!