Euforia Bola 2026
Acara By: Ad Ops January 20, 2020 @ 6:54pm

Impian bergelar Tearista tercapai menerusi kolaborasi Tealive dengan KidZania

Minuman bubble tea atau boba yang mencetuskan fenomena di serata dunia bukan sahaja popular dalam kalangan dewasa, malah turut memikat hati dan citarasa kanak-kanak.

Menariknya, jenama minuman teh boba popular, Tealive kini merealisasikan impian kanak-kanak menerusi kolaborasi julung kalinya dengan taman tema keluarga terkemuka, KidZania Kuala Lumpur sebagai rakan industri.

kolaborasi Tealive dan KidZania

Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad menyerahkan ‘Keys to the City’ kepada Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo. Kredit gambar: KidZania & Tealive

Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd yang juga merupakan pemilik jenama Tealive, Bryan Loo, berkata  pihaknya sangat teruja kerana Tealive tidak pernah membayangkan akan membuka ‘kedai’ di KidZania dan kerjasama itu juga adalah impian ulung mereka.

“Apabila Kidzania menawarkan peluang ini, kami terus merealisasikannya dengan pantas. Biasanya jika ke kedai menjual minuman Boba, kita hanya dapat melihat aksi pekerja menyediakan minuman tersebut, tetapi kini si cilik berpeluang untuk menjadi tearista dan melakukan sendiri minuman kegemaran mereka.

“Kanak-kanak pasti akan teruja kerana mereka akan merasai sendiri pengalaman ikonik ini,” tutur Bryan sewaktu ditemui pada majlis sidang media yang diadakan di KidZania Kuala Lumpur, Curve NX Mutiara Damansara baru-baru ini.

pembukaan tealive di KidZania

Shahrul dan Bryan merasmikan pembukaan ‘outlet’ terbaharu di KidZania Kuala Lumpur. Kredit gambar: KidZania & Tealive

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad.

Menurut Shahrul, KidZania sentiasa mencari pekerjaan atau pun peluang yang tidak pernah dilihat dari kaca mata masyarakat, sehubungan itu taman tema atau pusat keluarga tertutup yang memenangi pelbagai anugerah itu bukan sahaja memberi pengalaman bermain yang boleh membina imaginasi kreatif kanak-kanak, malah turut memberi inspirasi serta menyediakan pembelajaran interaktif yang menyeronokkan kepada kanak-kanak.

“KidZania menyediakan satu pengalaman menarik kepada kanak-kanak untuk merasai sendiri pengalaman kerja dunia sebenar seperti yang dilakukan oleh orang dewasa di dunia luar. Kami menyediakan pelbagai jenis aktiviti industri yang mengujakan untuk mereka mengelola dunia kanak-kanak dengan penuh keseronokan,

pembukaan Tealive di KidZania

Bryan menerangkan kepada Shahrul mengenai aktiviti yang disediakan oleh kafe Tealive di KidZania KL. Kredit gambar: KidZania & Tealive

“Kita memahami konsep baru yang diperkenalkan oleh Tealive iaitu Tearista, satu profesyen yang tidak pernah didengar. Alhamdulillah, kali ini termeterai kerjasama antara KidZania dan Tealive dan apa yang membanggakan ialah Tealive adalah satu jenama yang bermula dari Malaysia dan popular di luar negara,” katanya ketika ditemui pada majlis sama.

Tambahnya lagi, apa yang ingin diketengahkan pihaknya adalah pekerjaan yang sangat baru di dalam industri iaitu sebagai Tearista. Kebanyakan kanak-kanak yang pergi ke outlet Tealive, mereka akan lihat bagaimana bubble tea atau minuman kegemaran mereka disediakan, tapi di KidZania mereka mendapat peluang untuk menyediakan minuman sendiri serta memberi servis kepada pelanggan.

“Kita berbincang dengan Tealive sekitar suku kedua tahun 2019. Kami amat berbesar hati dan bersyukur dengan perasmian penubuhan Tealive di KidZania Kuala Lumpur. Ini memberikan satu peluang kepada kanak-kanak untuk datang berkunjung ke KidZania dan merasai sendiri pengalaman sebagai Tearista.”

kerjasama tealive dan kidzania

Kanak-kanak mendengar penerangan daripada pekerja KidZania Kuala Lumpur. Kredit gambar: NSTP/MAHZIR MAT ISA

kidzania kolaborasi tealive

Kanak-kanak diberi penerangan sebelum memulakan pekerjaan sebagai Tearista. Kredit gambar: NSTP/MAHZIR MAT ISA

“Kanak-kanak juga dapat memperoleh manfaat seperti belajar sikap berdikari dan bekerjasama. Lebih mengujakan pihak KidZania ialah kepentingan untuk mendapatkan modal insan yang sudah tersedia untuk melakukan pekerjaaan sebagai tearista. Insya-Allah kolaborasi ini akan berpanjangan dan akan ada pelbagai lagi aktiviti menarik pada masa akan datang,” katanya mengakhiri perbualan.

Bagi mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman menjadi tearista atau pekerjaan luar biasa yang lain, boleh kunjungi KidZania Kuala Lumpur yang terletak di Curve NX, Mutiara Damansara. Maklumat lanjut mengenai waktu operasi, harga tiket atau lain-lain boleh layari laman sesawang www.kidzania.com.my atau hubungi talian 1-300-13-KIDZ (5439).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 10 Mar 2026

‘Lebaran Klasika Raya’ Hidupkan Nostalgia Sambutan Aidilfitri Zaman Dulu

Kempen yang berlangsung bermula 6 hingga 30 Mac itu dianjurkan oleh 168 Park Mall

Acara Tue, 26 Sep 2023

Angkat Tema Serumpun Berpesta, TAPAUfest Akan Diadakan Di Lenggong, Perak Pada 7 & 8 Oktober!

Wah bestnyaaa! Line up semua power Cepat korang grab tiket sebelum terlambat

Acara Mon, 18 Nov 2019
Acara Fri, 21 Oct 2022
Acara Mon, 8 Jan 2018

Susah Cari Baju Bila Badan Berbentuk Pear? Ini 7 Tips Untuk Wanita!

Pernah tak bila menyarungkan ‘jeans’ atau seluar panjang, tiba-tiba tersangkut dan sempit di bahagian peha? Namun longgar di bahagian pinggang? Kalau pernah, itu antara tanda bentuk badan yang anda miliki adalah berbentuk pear! Cuba bayangkan […]

Acara Mon, 10 Feb 2020
Acara Mon, 7 Oct 2019
Acara Tue, 9 Dec 2025

“Jadi Penyumbang Besar Ekonomi Negara, Program Hospital Pelancongan Jana RM3 Bilion & Tarik 2.5 Juta Pelancong” – Menteri Kesihatan

Tahun 2025 nampaknya memberi ‘boost’ besar buat industri pelancongan kesihatan negara.

Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!

Acara Thu, 27 Feb 2020
error: Content is protected !!