Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 12, 2019 @ 2:00pm

‘Dia Jaga Solat. Hafal Quran’- Ebit Lew Sebak Jumpa Aliff Aziz

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi pengalaman berjumpa dengan penyanyi yang pernah mencetuskan beberapa kontroversi,Aliff Aziz, sebelum ini.

Menerusi laman Instagramnya, Ebit memberitahu dia berpeluang singgah ke rumah Aliff di Singapuraa. 

“Sebak tadi. Semalam dari Tapah Ipoh terus ke Singapore malam ni ceramah di Masjid Politeknik Pasir Gudang. Terus dapat mesej team #doorToDoorEbitlew untuk ziarah dakwah Aliff Aziz. Terus ke rumahnya.

“Niat kerana Allah sahaja. Berdoa supaya Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Panjang lebar kami berbual tadi.

“Saya tanya jika hari ini hari terakhir. Tiada esok. Tiada lusa. Apa nak cakap pada yang disayangi dan anak yang sangat cute. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak,”tulisnya.

 
 
 
View this post on Instagram

Sebak tadi. Semalam dari Tapah Ipoh terus ke Singapore malam ni ceramah di Masjid Politeknik Pasir Gudang. Terus dapat mesej team #doorToDoorEbitlew untuk ziarah dakwah Aliff Aziz. Terus ke rumahnya. Niat kerana Allah sahaja. Berdoa supaya Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Panjang lebar kami berbual tadi. Saya tanya jika hari ini hari terakhir. Tiada esok. Tiada lusa. Apa nak cakap pada yang disayangi dan anak yang sangat cute. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak. . Syukur dengar beliau kini sangat jaga solat. Mula hafal Al-Quran. Neneknya dan atuknya orang sangat baik. Begitu juga mak ayahnya baik semuanya. Tadi banyak soalan agama darinya. Setiap manusia diuji Allah. Setelah ujian adakah kita semakin dekat dengan Allah? Saya doakan Aliff Aziz istiqamah yer kerana Allah dan persiapan akhirat. Beliau diuji. Saya dan kita semua juga diuji Allah..-ebitlew #doortodoorebitlew #astroAosis . Boleh tengok full video dakwah dan perbualan di youtube ebitlew. Klik link di bio #subscribeYouTubeEbitLew #fullvideo www.keluargasunnah.com #jomDaftarkeluargasunnah #tourNegeriOktober2019

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Menerusi video yang dimuatnaik di laman Youtube Ebit Lew itu juga, dia menceritakan Aliff sudah mula menjaga solat dan menghafal Al-Quran.

“Syukur dengar beliau kini sangat jaga solat. Mula hafal Al-Quran. Neneknya dan atuknya orang sangat baik. Begitu juga mak ayahnya baik semuanya. Tadi banyak soalan agama darinya. Setiap manusia diuji Allah,”katanya.

Pendakwah yang terkenal dengan aktiviti dakwah dengan pelbagai lapisan masyarakat itu turut mendoakan Aliff kekal istiqamah dengan amalannya.

“Saya doakan Aliff Aziz istiqamah yer kerana Allah dan persiapan akhirat. Beliau diuji. Saya dan kita semua juga diuji Allah,”akhirinya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Thu, 31 Jul 2025
Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Kerana Kurang Susu Badan Terus DiKecam Oleh Netizen!

Hanya kerana kurang susu badan dikecam teruk oleh netizen , apa nak jadi dengan dunia sekarang nie

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Featured Wed, 4 Mar 2026

“Kenapa Bila Kita Lakukan Kesilapan Dikaitkan Dengan Istiqamah”- Nora Danish

Pelakon jelita, Nora Danish mencuri tumpuan selepas perkongsiannya mengenai kesalahan dan istiqamah dipertikaikan oleh segelintir pihak.

error: Content is protected !!