Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 28, 2025 @ 5:03pm

“Dia Nak Keluar Tapi Perlu Masa” – Abby Abadi Dedah Keadaan Marissa Dania, Mahu Diselamatkan Daripada Hubungan Toksik

Pelakon, Abby Abadi mendedahkan anak perempuannya, Marissa Dania mahu keluar (perkahwinan) daripada rumah tangga bersama suaminya, Ahmad Aslam.

Menerusi sesi siaran langsung yang telah disunting semula ke platform Threads, Abby atau pemilik nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan, 48, memaklumkan dia sudah mempunyai perancangan untuk menyelamatkan anaknya namun Marissa memerlukan sedikit masa.

“Marissa sekarang okay sahaja, cuma dia berada dalam keadaan yang perlu diperbetulkan. Dia nak (diselamatkan) tetapi perlu masa.

“Saya cakap pada dia ‘jangan buang masa, cukuplah tu. run! run! run! Saya tahu apa saya buat, insya-Allah semuanya dalam perancangan,” katanya.

Dalam masa sama, Abby yang juga popular menerusi watak sebagai Inspektor Aleza ini turut menggambarkan Marissa berada dalam hubungan rumah tangga yang agak rumit.

“Tolong bantu saya untuk keluarkan anak saya daripada keadaan yang tidak sepatutnya dia berada. Anak saya boleh dapat apa yang dia nak dalam hidupnya, tapi bukan dalam keadaan sekarang. Doakan yang terbaik,” katanya.

 

View on Threads

 

Sebelum ini, ahli kumpulan wanita Elite itu pernah menyatakan hasrat mahu menyelamatkan Marissa daripada sebuah hubungan yang toksik.

Sekadar info, Marissa dan suaminya, Ahmad Aslam berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023, ketika isteri pertama, Umisya berada di tanah suci.

Selepas lebih setahun berpoligami, status perkahwinan Marissa dan Aslam akhirnya disahkan sah oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 27 Mei 2025.

Pada Ogos tahun lalu, bayi sulung pasangan ini dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan.

Artikel Berkaitan: Netizen Minta Marissa Dania Undur Diri, Respons Abby Abadi Pula Curi Perhatian

Artikel Berkaitan: “Anak Saya Perlu Diselamatkan Dari Hubungan Toksik Tu” – Abby Abadi

Artikel Berkaitan: “Usahakan Jadi Perempuan Ceria, Penuh Rasa Syukur & Tanpa Dendam” – Umisya Mazlan Kongsi ‘Quotes’ Bermakna

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 23 May 2020
Hiburan Wed, 13 Aug 2025

Festival HardTech & Trance Bertaraf Dunia Julung Kali Diadakan Di Malaysia Bersempena PETRONAS Grand Prix 2025

Ia berlangsung pada 18 dan 19 Oktober 2025 di Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit.

Hiburan Thu, 23 Oct 2025

“Hakikatnya Bertahan & Berjuang Demi Anak Itu Tak Mudah… Pengakhiran Juga Satu Jawapan Tepat” – Raja Ilya

Raja Ilya menegaskan perceraian bukan satu kegagalan sebaliknya sebuah pilihan tepat

Hiburan Fri, 21 Feb 2020

“Amat Berat Untuk Kami Terima” Ibu Ashraf Sinclair Luah Rasa Sedih

Pastinya ini dugaan yang terhebat buat keluarga Sinclair. Semoga terus tabah dan kuat!

Trending Wed, 3 Jan 2024

Ronda-Ronda Tahun Baharu Bertukar Tragedi, Gadis Tingkatan 1 Dirog*l Di Sawah Padi Kemudian Kena Tinggal Tepi Jalan

Suspek tu baru tingkatan 5? Keluar rumah pulak tak beritahu ibu bapa! Harap jadi pengajaran untuk semua.

Hiburan Sun, 12 Nov 2023
error: Content is protected !!