Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 13, 2025 @ 1:01pm

Festival HardTech & Trance Bertaraf Dunia Julung Kali Diadakan Di Malaysia Bersempena PETRONAS Grand Prix 2025

Buat pertama kalinya, Hi:Five Entertainment akan membawakan tiga jenama muzik elektronik terkenal dunia, HardTech (Hardmission dan Techmission) serta Transmission bersempena acara pre-party PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 yang akan berlangsung pada 18 dan 19 Oktober 2025 di Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit (SIC).

Dengan SIC sebagai Rakan Strategik, festival ini menjadi satu detik penting dalam sejarah muzik elektronik Malaysia. Berlatarkan kehangatan hujung minggu MotoGP, kolaborasi epik ini bakal menyatukan peminat sukan permotoran dan pencinta muzik dari seluruh dunia dalam sebuah pengalaman hujung minggu yang penuh tenaga.

HardTech (Hardmission & Techmission), yang terkenal dengan hentakan rentak bertenaga dan konsep futuristik, bakal membuat debut di Malaysia. Gabungan teknologi canggih, rekaan bunyi terkini dan persembahan visual imersif menjadikan ia antara fenomena rave yang mengubah cara penonton menikmati muzik elektronik.

Sementara itu, Transmission pula merupakan jenama trance ikonik dunia yang terkenal dengan produksi berskala besar, tema sinematik dan persembahan visual yang memukau. Berasal dari Eropah, Transmission kini menjadi fenomena global dengan gabungan lineup trance bertaraf dunia serta penceritaan unik melalui cahaya, laser dan bunyi. Kehadirannya di Malaysia menandakan era baharu bagi muzik trance di negara ini.

Kedua-dua jenama ini akan membawa penonton menyelami perjalanan muzik yang penuh variasi daripada melodi mengangkat semangat sehinggalah ke hentakan tanpa henti menjanjikan pengalaman muzik elektronik paling memukau di Asia Tenggara.

Acara ini bukan sekadar festival muzik, malah merupakan satu perayaan komuniti, budaya dan masa depan muzik elektronik di Malaysia. Dengan gabungan aura MotoGP, HardTech dan Transmission, litar Sepang akan bertukar menjadi pusat nadi bunyi, cahaya dan semangat berkongsi minat.

Sorotan acara festival ini merangkumi persembahan DJ bertaraf dunia yang menggabungkan genre HardTech dan Trance, disertai paparan visual serta pencahayaan imersif yang memberikan pengalaman deria penuh kepada penonton. Acara ini turut menampilkan kerjasama khas bersama PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025, menjadikannya satu detik bersejarah buat komuniti rave dengan kembalinya irama Trance secara besar-besaran di Malaysia.

Barisan artis yang akan memeriahkan acara ini turut menjadi tarikan utama. Bagi malam HardTech pada 18 Oktober, pentas akan digegarkan oleh Space 02, MANDY, Tweekacore, Sub Zero Project, Warface, Trym, Sep B2B Suhsi, Alexis Grace, Nahksy dan Bass Agent. Sementara itu, malam Transmission pada 19 Oktober pula akan menampilkan persembahan Driftmoon, Daxson, Markus Schulz Rabbit, Aly & Fila, Ben Nicky, Digital Culture, Digital Rush B2B Gio, Mister Ariffin, Chukies & Whackboi serta Boris Fong.

Festival ini akan berlangsung pada 18 dan 19 Oktober 2025 (Sabtu dan Ahad), bermula jam 3.00 petang hingga 11.50 malam di Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit, dengan kehadiran dijangka mencecah 15,000 pengunjung.

Tiket bagi kategori General Admission (GA) untuk dua hari boleh didapati pada harga RM268 (Pre Sale 1), RM288 (Pre Sale 2), RM338 (Tier 1) dan RM378 (Tier 2). Bagi kategori VIP Experience pula, harga tiket adalah RM468 untuk Pre Sale dan RM498 untuk pembelian biasa. Tiket boleh dibeli secara dalam talian menerusi TICKETMELON.COM dan MEGATIX.ASIA.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 23 Aug 2025

Bapa Makin Uzur, Amir Raja Lawak Rayu Stesen Televisyen Lunaskan Bayaran Hutang

Ia susulan keadaan bapanya, Azmi Deris yang semakin uzur dan memerlukan penjagaan teliti.

Hiburan Sat, 14 Jun 2025

Demam Disko Kembali! Konsert ‘Saturday Night Celebrating Bee Gees’ Bakal Gegarkan KL Selama 2 Malam

Saturday Night Celebrating Bee Gees bakal gegar Zepp KL pada 31 Julai dan 1 Ogos 2025.

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

‘Jangan Tunggu Lama-Lama’, Pesanan Bekas Suami Fasha Sandha Curi Tumpuan

Jejai turut mendoakan ikatan pertunangan itu mengecapi kebahagiaan hingga ke jenjang pelamin. Insya Allah…

Selebriti Sat, 24 Feb 2024

“Ada Hati Kecil Perlu Saya Jaga” – Mohon Maaf Kunci Mulut Soal Kahwin, Shakilla Khoriri Minta Beri Ruang & Masa

Saya sendiri rasa kurang selesa apabila majlis ini ‘diceroboh’ orang-orang luar yang tanpa meminta izin kami untuk berkongsi dahulu tentang pernikahan ini kepada media dan wartawan sebelum majlis ini berlangsung – Shakilla

Hiburan Mon, 16 Mar 2026
Hiburan Sat, 7 Dec 2019

筹备两年新作终见天日!新专辑数位上架张智成妙回:不想被看光

筹备两年新作终见天日,自我挑战乐此不疲;新专辑数位上架张智成妙回:不想这么快被看光光啦!

error: Content is protected !!