Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin April 24, 2018 @ 4:00pm

Dia Petik Nama Saya – Ini Sebab Kenapa Che Ta Serang Kak Zai

Sebelum ini tular tentang kenyataan oleh seorang pengkritik fesyen, Zailani Mohd Zain atau Kak Zai yang mengkritik individu yang berbadan gemuk dalam satu pertunjukan fesyen di laman sosial peribadinya. Kenyataannya ternyata mendapat kecaman hebat daripada netizen.

“Kalau berat badan melebihi 60 kilogram, tak payahlah datang sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak,” luahan Kak Zai yang telah menimbulkan kontroversi dan kemarahan netizen.

Walau bagaimanapun, Kak Zai telah pun memohon maaf secara umum, tapi isu ini masih diperkatakan sehingga ke hari ini. Isu ini juga dikatakan semakin hangat apabila pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta meluahkan rasa marah dengan Kak Zai kerana menuduh pengurusnya adalah punca kontroversi paha melimpah itu. Kak Zai terdahulu membuat dakwaan itu menerusi satu komen di Instagram sekaligus mengaitkan nama Che Ta dalam isu tersebut.

Berikutan itu, Che Ta telah menyatakan bahawa dia sudah lama mengenali Kak Zai dan dia menjadi marah kerana Kak Zai tiba-tiba mengaitkan namanya. Malah, Kak Zai turut menulis komen berbaur hasutan.

“Kami okay sahaja dan saya tak pernah berdendam dengan dia. Saya tak suka gaduh dengan orang. Sebab dia ‘petik’ (kaitkan) nama saya, sebab tu saya buat komen balas.

“Sebelum ini tak ada masalah pun, tak patutlah dia keluar kenyataan sehingga mengaitkan pengurus saya, dia dah buat permohonan maaf tapi menghasut pula suruh orang lain jangan taja baju untuk saya.

“Apa yang dia cakap itu salah dan saya rasa perlu tegur tentang hal itu. Sebelum ini dia juga mengata orang, tapi orang tak tahu nak bersuara. Lagipun, awak siapa nak menghakimi orang gemuk ke apa sebab orang lain tak judge usia awak pun,” kata Che Ta.

Penulis harapkan isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Mungkin isu ini boleh dijadikan sebagai teladan kepada orang yang lain supaya jangan terlalu mengkritik sesuatu perkara yang boleh menyentuh sensitiviti semua orang.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Feb 2024

“Mommy Bangga Dengan Abang” – Dijemput Hadir Ke Majlis Konvokesyen, Ucapan Ibu Zayn Rayyan Meruntun Hati Netizen

Semoga terus diberikan kekuatan 🤲🏼 Tahniah buat arwah adik Zayn Rayyan! Al-Fatihah

Hiburan Mon, 18 Aug 2025
Hiburan Sat, 27 Nov 2021

“Menyanyi Saja Tak Cukup, Saya Perlu Lengkapkan Dengan Ilmu” – Aina Abdul Bersyukur Berjaya Genggam Sarjana Muda Muzik

Penyanyi Aina Abdul, 28, bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Muzik Kontemporari di Universiti UCSI, Kuala Lumpur. Menghadiri sesi graduasi yang berlangsung pagi tadi, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani mengakui […]

Hiburan Thu, 5 Feb 2026

Netizen Tegur Isu Baju ‘Off-Shoulder’, Watie Hanifiah & Thalita Beri Penjelasan

Watie turut mengakui Shuib ada menegurnya isu pakaian Thalita itu dikatakan mencolok mata memandangkan usianya masih muda

Hiburan Tue, 4 Jul 2023
Trending Wed, 10 Jul 2019

Naik Harga Dua Kali Ganda Aiskrim Kerana ‘Influencers’

kerana muak sebab influencer selalu minta aiskrim percuma ini padahnya

error: Content is protected !!