Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 26, 2022 @ 4:34pm

Wajib Tonton! Filem Pendek ‘Sedetik Cahaya’ Meruntun Jiwa, Angkat Kisah Realiti Penghidap Demensia & Alzheimer

Demensia dan Alzheimer yang juga dikenali sebagai nyanyuk biasanya berlaku dalam kalangan warga emas serta tidak dapat dielakkan.

Namun tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai penyakit ini menyebabkan banyak stigma dan salah tanggapan kerap berlaku terhadap pesakit Alzheimer.

Itu antara intipati filem pendek bertajuk ‘Sedetik Cahaya’ berkisar tentang kisah realiti dihadapi individu yang mengalami demensia.

Filem pendek arahan Zulkarnain Azhar ini diilhamkan daripada kisah benar rakan baiknya yang menjaga bapanya, seorang pesakit Alzheimer.

Kebiasaannya, tidak semua anggota keluarga yang mampu dan sanggup menjaga orang tua yang mengalami demensia atau penyakit Alzheimer.

Ini kerana, individu mengalami Demensia bukan sahaja menjadi pelupa malah boleh menjadi agresif secara lisan dan bertindak kasar secara fizikal terhadap orang lain di sekeliling mereka.

Demensia atau Alzheimer, mungkin bukan penyakit yang sering diketengahkan, namun ia adalah perkara biasa yang berlaku dalam masyarakat kita.

Berdasarkan Laporan Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia, terdapat lebih 261,000 penghidap demensia di Malaysia tahun lalu.

Fahami perjuangan penghidap Alzheimer, dan jangan lupakan mereka yang tidak mampu ingat lagi. Marilah kita wujudkan masyarakat yang lebih bertimbang rasa dan memahami.

Xiaomi berharap filem pendek Hari Raya menyayat hati ini dapat meningkatkan kesedaran tentang penyakit Alzheimer serta bagaimana teknologi boleh membantu meningkatkan kehidupan sesiapa sahaja.

Tonton video penuh Xiaomi pada 25 April 2022, jam 8 malam di Facebook Xiaomi Malaysia. Tetamu kejutan dalam video turut menanti anda!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Xiaomi. 

Maklumat lanjut tentang penyakit Alzheimers, layari Alzheimers Disease Foundation Malaysia atau laman sosial Facebook. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 Jan 2019

麦当劳邀你加入义工行列!到全马超过15间安老院庆新年

麦当劳诚邀你一同加入义工行列!到全马超过15间安老院,与长辈们一同共庆农历新年。

Featured Thu, 4 Sep 2025

“Lima Tahun Sudah Kekasihku” – Suami Titip Ucapan Romantis Buat Mira Filzah

Emir menyifatkan Mira sebagai anugerah terindah  dalam hidupnya.

Featured Thu, 4 Jul 2024
Trending Wed, 6 May 2020

[TERKINI] Ujian Saringan Di Chow Kit Kini Bermula

Semoga dengan langkah ini dapat memutuskan penularan wabak covid-19

Featured Mon, 21 Feb 2022
error: Content is protected !!